Wednesday, November 23, 2011

Perjalananku tanpa Pandan Jaya : Episode 1


Pejalananku Tanpa Pandan Jaya
Bab 1: lanjutan kisah hari-hari terakhir sebelum cuti semester.
Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi diatas nikmat-Nya kerana telah memberi peluang kepadaku agar aku dapat terus berkarya dan menulis setiap gambaran mengenai pengalaman yang aku pernah lalui dalam kehidupan ini untuk aku adaptasikan dalam penulisan blogku. Mungkin ada diantara mereka tertanya-tanya, kemanakah aku menghilang?. Sebenarnya, aku tidak pernah menghilangkan diri tapi kesibukan aku dalam meneruskan perjuangan dan cita-citaku di Kuala Lumpur telah membuatkan aku tidak mengenal erti masa lapang. Ini kerana, masa lapangku diisi dengan setiap beban dan tugasan kerja yang padat yang telah menuntut aku untuk menyempurnakan dengan lebih segera dan pantas.

Kenapa aku memilih tajuk penulisanku “ Perjalananku Tanpa Pandan Jaya”?. Bagiku, Pandan Jaya merupakan sebuah tempat yang penuh dengan cerita mengenai kisah suka duka aku sepanjang aku menjadi Mahasiswa di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics. Pandan Jaya, Selangor telah mengajar aku erti kehidupan dan makna cinta sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang tidak pernah jemu untuk membahagiakan orang lain disekelilingku tapi pada hakikatnya aku terpaksa menanggung derita yang teramat sangat perihnya dan pada waktu aku menghadapi semua ini, tiada siapa pun yang mampu untuk memahami aku. Idea penulisan ini tercetus apabila aku merasakan segala luahan dan isi hati ini perlu juga di mayakan dalam ruangan ini kerana sudah tiba masanya “mereka” ini mengetahui akan setiap kisah suka duka yang aku lalui sepanjang aku bersama dengan mereka.

Pengalaman yang penuh bermakna. Itu yang aku dapat gambarkan semasa aku menjalani kehidupan bersama insan-insan yang pernah bersamaku di Pandan Jaya. Kisah pengalaman ini adalah merupakan kisah lanjutan daripada kisah “ Hari-hari terakhir sebelum cuti semester”. Bagi mereka yang pernah mengikuti bacaan pada kisah ini, akan sudah mula mengerti dan juga memahami akan setiap babak permulaan kisahku. Cuma kali ini, skop penceritaan yang lebih luas dan apa yang aku jangkakan ketika aku memulakan cuti semester telah aku duga dan aku telah laksanakan untuk kebaikan semua pihak. Inilah permulaan aku kisah pengorbanan sebuah cinta persahabatan. Selepas peristiwa “Hari-hari terakhir sebelum cuti semester” , aku telah mengambil keputusan untuk “menghukum” mereka atau insan yang pernah cuba untuk mempermainkan perasaanku dengan tidak menegur  , mempedulikan , menghiraukan dan dalam erti kata lain, aku tidak mahu berkawan dengan mereka lagi selepas ini. Ya , aku telah berjaya lakukan ini dalam tempoh jangka masa yang panjang. Namun begitu, disebalik kejayaan aku melaksanakan agenda aku, tiada siapa yang tahu, yang sebenarnya aku tidak rela untuk melakukan semua itu pada “mereka”. Tapi, aku terpaksa melakukannya, kerana aku mahu “mereka” sedar akan setiap perbuatan dan kesalahan mereka terhadapku. Aku sudah cukup tertekan dan tersiksa akan setiap yang “mereka” lakukan terhadap diriku.

Pada saat dan ketika inilah, tiada lagi ruang kemaafan untuk setiap perbuatan mereka. Aku juga telah memperkenalkan konsep pegangan diriku “ Kau-kau dan Aku-aku” “ melihat dan menilai orang lain berasaskan hasil dan mutu kerja, dan bukan melalui pandangan peribadi”. Aku sudah mula berubah untuk menjadi seorang yang tegas dan tidak dapat dinafikan juga, aku sudah mula menjadi seorang  insan yang suka cepat naik marah dan aku pada waktu ini merupakan insan yang paling sensitif dan bersifat pendendam. Aku tidak kisah apa yang mereka nak katakan mengenai aku, tapi yang pasti perubahan ini adalah disebabkan oleh “mereka”.  Persoalan akan timbul, bagaimana aku menjalani kehidupan yang baru dengan “mereka” yang satu bumbung dengan aku?. Jawapan aku adalah senang dan tiada mengalami kesulitan pun. Insan atau “mereka” yang aku sedang menjalani proses “ hukuman” itu sudah mula menunjukkan aksi tidak minat untuk pulang ke rumah. Apakah alasannya, tanyalah pada dia?. Menurut kawan-kawanku yang lain, insan ini telah mengatakan yang dirinya sudah tidak bermakna lagi dalam rumah ini.  Bagi aku, alasan ini tidak begitu kuat dan seolah-olah tidak memberi makna pun, ini kerana, bukan sahaja yang aku akan beliau hilang, tapi beliau sebenarnya masih lagi mempunyai rakan-rakan lain dan aku yakin, beliau tidak akan rasa sunyi apabila beliau bersama-sama dengan rakan-rakan beliau yang lain dirumah ini. Oleh itu, aku dapat membuat kesimpulan, insan ini sebenarnya bermasalah kerana tidak tahu membezakan siapa sebenarnya yang dia bermasalah.

Namun begitu, beliau juga ada pulang kerumah walaupun sekejap dan ada juga sesekali beliau tidur dirumah ini. Tapi kelakuanku adalah seperti biasa, menjauhkan diri!. Setelah sekian lama aku menghukum beliau,  aku sudah mula melupakan beliau pada asalnya. Tapi disudut hati kecil ini, aku amat merindui insan ini kerana insan ini telah banyak membahagiakan diriku. Cukup banyak kenangan yang telah aku lakarkan ketika bersama dia. Namun begitu, sikapnya yang suka menipu diriku dan suka mempermainkan diriku telah membuatkan aku begitu “muak” dengan sikap dia. Bukan sekali atau dua kali insan ini melakukan kesalahan tapi terlalu banyak kesalahan sehingga aku merasakan diriku ini terlalu lama diperbodohkan olehnya. Atas faktor sabar dan sayang akan setiap kenangan, aku tetap juga bertahan dan aku sanggup melakukan apa yang terbaik dan terdayaku untuk “memuaskan” kebahagiaan insan ini. Walaupun aku sedar, hatinya bukanlah untuk aku pada waktu ini dan selamanya. Tapi setelah sekian lama, aku dilakukan sebegini, aku tidak mampu untuk meneruskan lagi. Atas dasa itulah, aku perlu menjauhkan diri daripada insan ini agar  beliau sedar akan betapa pentingnya menghargai insan-insan yang berada disekelilingnya. Oleh itu salahkah aku menghukum beliau?. Pada waktu ini, aku mendoakan agar beliau dapat mencari kebahagiaan beliau yang telah dikatakan hilang.

Tambahan pula, disudut hati kecil ini juga berharap beliau akan kembali kepadaku dan memohon maaf diatas setiap kesalahan yang pernah beliau lakukan terhadapku. Tapi sayang, ia tak seperti yang aku harapkan. Pada pendapatku, mungkin keegoaan telah menguasai dirinya untuk mempertahankan dirinya yang dianggap tidak bersalah atau mungkin beliau masih tidak menyedari akan setiap kesalahan yang pernah beliau lakukan.  Allah maha mengasihani, aku telah diberitahu oleh seorang kawan bahawa yang beliau tidak sebenarnya tidak mengetahui akan setiap kesalahan yang beliau pernah buat pada diriku. Disaat aku mengetahui semua ini, aku merasakan apa yang lakukan pada dia adalah sia-sia sahaja. Sedangkan matlamat aku untuk menyedarkan beliau tapi sayang seribu kali sayang, aku gagal melakukan semua ini. Betapa geramnya aku pada waktu ini dan aku sudah tidak tahu bagaimana aku hendak lakukan lagi. Sudahlah aku dihentam oleh rakan-rakanku yang lain sebab aku telah bersifat kejam keatas beliau dan aku terus dipersalahkan oleh rakan-rakanku yang lain diatas perbuatanku terhadap beliau. Tapi, aku redha diatas apa yang terjadi dan aku yakin diatas setiap tindakan aku. Namun begitu, aku tidak pernah menyalahkan rakan-rakanku tapi aku Cuma kesal dengan apa yang mereka fikirkan kepadaku. Mereka (rakan-rakan) tidak pernah untuk memahami apa yang sebenarnya telah berlaku pada diriku dan mereka pada waktu ini  mengaggap “insan / beliau” tidak bersalah. Tapi apa yang aku lagi kecewa, apa yang aku lakukan dalam tempoh 6 bulan ketika menghukum beliau adalah gagal.

Apa yang harus aku lakukan lagi?. Aku tidak boleh membencinya lagi kerana beliau tahu aku sedang membencinya tapi beliau pada masa yang sama tidak mengetahui akan setiap kesalahan beliau. Namun begitu, aku tetap juga untuk teruskan usaha aku “menjauhkan diri”. Aku pada waktu ini, tidak akan sesekali  tunduk pada apa yang telah diputuskan oleh diriku. Namun begitu, ini semua tidak berpanjangan lagi, atas dasar persahabatan dan semangat kawan-kawan yang lain telah membuatkan aku untuk mempertimbangkan semula ‘hukuman’ yang telah aku laksanakan pada beliau. Sokongan semangat dari kawan-kawan serumah dan rakan-rakan kelas juga telah mendorong semula untuk berbaik semula dengan beliau. Kisah ini bermula semasa penghujung bulan ramadhan lagi. Kawan-kawanku dirumah selalu untuk mengenakan diriku dengan “beliau”. Kawan-kawanku cuba untuk mengingatkan semula  sejarah dan kenangan kami ketika kami baik pada waktu dulu. Pada peringkat awalnya, aku menganggap kawan-kawanku pada waktu ini adalah “gila”. Dalam erti kata lain, mereka ini “sengaja nak cari pasal denganku”. Aku tidak pernah terlintas yang mereka sudah merancang untuk mengenakan aku. Apakah alasan kawan-kawanku pada waktu ini?.
“dah nak abeh sem lar”......”dah nak raya r ni, tak baik menghukum orang lagi”.. dan macam-macam lagi.
Bagi aku pada waktu ini, aku telah mengendahkan apa pendapat mereka sekalipun tapi pada masa yang sama aku amat marahdan kecewa dengan sikap mereka. Kemarahan dan kekecewaan aku terhadap mereka telah aku adaptasikan penulisan blog aku yang berkisah “perjalanan ramadhan episode 1”

Raya aidilfitri sudahpun menjelma tiba akkhirnya, pada waktu ini aku banyak menerima mesej yang berunsurkan “hari raya dan kemaafan”. Tapi satu pun aku tak pernah nak balas. Bagiku, mereka ini tak pernah nak insaf pun. Kemaafan yang diberi atas hanya topik “hari raya” tapi selepas hari raya?. Jadi hantu juga. Tapi apa yang paling aku ingin tegaskan “beliau” juga ada menghantar ucapan teks mesej semasa ulang tahun kelahiranku yang jatuh pada hari raya aidilfitri. Tapi mesej atau teks ucapan yang dihantar oleh “beliau” tidak disedari oleh aku pada waktu itu, kerana aku begitu sibuk dengan  mengantar teks jemputan kepada para alumni DHC untuk majlis akan datang. Aku mula sedar mesej yang dihantar oleh insan ini pada waktu malam. Pada waktu ini, aku bercadang untuk mengemaskini semula mesej-mesej yang dihantar oleh para alumni agar tidak bercampur dengan mesej yang dihantar oleh rakan-rakan lain. Disaat aku membanca tekks mesej yang dihantar oleh insan ini, aku amat terharu dan aku tetap dengan keputusanku, aku tidak akan sesama sekali untuk membalas mesej tersebut.

Persoalan akan timbul dalam kalangan kita, adakah aku memaafkan segala kesalahan yang beliau?. Jawapan aku, adalah tidak!. Secara jujurnya, bila diriku mencuba untuk membuka pintu kemaafan kepada insan ini, pada saat inilah aku akan teringat akan setiap kesalahan yang dilakukan oleh insan ini terhadap aku pada waktu aku keseorangan dahulu. Pelbagai persoalan yang timbul mengenai mengapakah insan ini tidak menyedari akan setiap kesalahannya?. Kebencian sudah mula menguasai diriku dan kini tiada lagi untuk aku berkompromi mengenai soal kemaafan. Pada waktu ini, aku hanya berserah kepada Allah agar aku diberi petunjuk dan hidayah-Nya. Aku mendoakan agar aku diberi kekuatan dan aku mengharapkan secebis harapan agar aku menjadi insan yang tabah untuk aku menghadapi dugaan ini. Hati siapa yang tidak sedih, insan yang kita paling rapat pada waktu dulu, kini menjadi “ jauh”. Insan yang pernah aku korbankan segala-galanya walaupun pada hakikatnya aku sedang mengalami kesusahan tapi aku tetap setia mencurahkan apa yang termampu untuk insan ini. Walaupun aku sedar, perbuatan aku ini akan diperkatakan dan dipersoalkan oleh rakan-rakan yang lain. Mungkin rakan-rakan yang lain akan menganggap diriku ini sudah keterlaluan dan berat sebelah kerana terlalu menyebelahi insan ini sahaja. Tapi kini, semuanya sudah berakhir dan aku pula yang terpaksa membawa kenangan-kenangan itu pergi jauh bersama-sama dengan kedukaan aku ini.

Selepas cuti raya alidifitri, bermulalah sebuah penceritaan baru mengenai aku dan sidia. Pada waktu ini, aku telah merasakan gelombang tsunami kemaafan. Rakan-rakan kelasku sudah mula untuk memberi nasihat dan ada diantara mereka yang sering untuk mengenaka diriku dengan sidia. Kisah ini bermula, apabila ada seorang daripada rakan kelas aku yang sudah mula mengetahui akan permasalahan  yang timbul diantara aku dan insan ini. Beliau telah mengambil keputusan mengenakan aku dengan cuba mengaitkan aku dan insan ini. Pelbagai teknik dan kaedah yang beliau telah cubakan untuk memperkenakan diriku. Semuanya menggunakan alasan, “ tidak elok, hari raya dah nak habis, hari raya kene saling memberi kemaafan”. Akhirnya, tidakan beliau ini telah menyebabkan rakan-rakanku yang lain mula menyedari dan mereka juga berminat untuk menyatukan “dalam konteks berbaik semula” hubungan aku dengan insan ini.  Kalau dirumah pula, Nazlan dan rakan-rakan yang lain juga untuk memperkenakan diriku. Sudahlah didalam kelas mereka melakukan aku sebegitu rupa, mereka cuba untuk memanggil istilah-istilah nama timangan dalam rumah iaitu “ngong”. Apakah itu “Ngong”?. Biarlah rahsia. Naik malu aku dibuatnya pada waktu itu. Perasaan yang bercampur baur telah menguasai pada waktu itu. Setiap kali Nazlan cuba untuk mengenakan aku dengan insan ini, pada waktu itulah aku akan sering bergaduh dan bertengkar dengan Nazlan. Nazlan... Alan...anak mama!.. Ya Allah, aku amat merindui Alan. Dialah faktor utama yang membawa kepada hubungan baik semula dengan insan ini. Nazlan tidak pernah jemu untuk bertengkar dengan aku untuk semua ini. Atas semangat beliaulah, aku mengambil keputusan untuk menerima insan ini tapi aku pernah mengatakan pada alan, berikanlah aku masa dan aku akan cuba untuk memperbaiki semua ini. Pada suatu pagi, insan ini datang kepadaku dan  insan ini mengatakan yang dia merindui pada aku. Pada waktu ini, aku tersenyum dan hati aku tersentuh kerana terharu dengan insan ini. Alangkah baiknya, insan ini mengeluarkan kata-kata ini pada 6 bulan yang lepas. Sudah tentu aku akan membuka pintu kemaafan kepada insan ini. Andailah kau tahu, aku amat merindui semua yang pernah kita lalui. Tapi perbuatan insan ini telah disedari oleh Nazlan dan syafiq ( along). Namun begitu, aku masih lagi tidak tegur dan bercakap dengan insan ini. Semua ini berlarutan sehinggalah menjelangnya majlis “ Appreciation & Graduation Lunch With DHC”. Pada waktu malam, sedang semua yang lain sedang sibuk membuat persiapan majlis, aku terlihat insan ini berada di suatu sudut bangunan. Pada waktu inilah, aku menguatkan langkah untuk aku pergi dan menerimanya semula. Alhamdulillah, setelah 6 bulan tempoh hukuman yang dianggap sia-sia, akhirnya aku telah berbaik semula dengan insan ini. Walaupun aku sedar, yang aku cuma mempunyai masa yang terlalu singkat untuk aku bersama dengan insan ini dan rakan-rakan yang lain.

“pesananku pada insan ini: hargailah insan yang pernah bersama kita walaupun insan ini tidak pernah memberi apa-apa makna dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, kehadiran insan yang berada disekeliling kita adalah ibarat “pelangi petang”. Kehadirannya tidak pernh diminta tapi kehadirannya juga telah menyerikan lagi kehidupan ini.
“ ingatlah kemaafan ini hanya aku akan beri untuk sekali ini sahaja dan tiada kemaafan yang kedua untuk selepas ini. Tapi ingatlah, jika kita ada buat kesalahan secara sengaja dan tidak sengaja, jangan sesekali kita angkuh untuk mengucapkan kemaafan dan mengaku kesalahan. Percayalah, hubungan ini akan terus kekal selamanya.”
“pesananku yang terakhir, jika kau sudah berjumpa dengan insan yang boleh memberi kebahagiaan kepada dirimu dan kau yakin akan perhubungan itu, maka hargailah insan ini dan janganlah engkau melakukan kesalahan yang pernah kau lakukan padaku dulu terhadap sidia. Ingatlah, kehadiran aku sebagai teman, bagitahulah kepadaku jika kau sudah yakin perhubungan itu dengan sidia dan sesungguhnya aku adalah insan yang terlalu gembira apabila mengetahui kau sudahpun bahagia dan apa yang pasti, sudah tiba masanya, aku mengundurkan diri dan aku akan membawa kenangan kita ke hayat yang akan datang.
Ziefy Oshenal Sinclair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!