Sunday, June 12, 2011

DILEMA BANGSA MELAYU DIBUMI SENDIRI!.


Istilah atau slogan “ Melayu Mudah Lupa” merupakan slogan yang mempunyai pengertian yang tersirat dan tersurat yang perlu dirungkai dan dijawab oleh bangsa melayu sendiri yang berpijak di atas muka bumi yang pernah di anggap sebagai empayar melayu yang terulung. Slogan ini acap kali diungkap oleh pemimpin kita ketika menghadiri perhimpunan yang menghimpunkan anak bangsa melayu yang dikenali sebagai perhimpunan Agong UMNO. Melihat kepada senario masyarakat melayu yang berlaku pada  hari ini ada benarnya kata-kata pemimpin melayu kita iaitu melayu mudah lupa dan suka pada yang mudah.

Buktinya, bangsa melayu seringkali mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kita dengan meletakkan kegagalan dasar kerajaan untuk menolong bangsa melayu sebagai punca masalah mengapa bangsa kita masih lagi mundur dan seolah-olah dasar yang dibuat adalah bersifat diskriminasi dan tidak menguntungkan bangsa sendiri. Tambahan pula, segala usaha yang di lakukan oleh kerajaan untuk menolong bangsa melayu tidak pernah dihargai. Malah ada yang menuduh kerajaan tidak bersungguh- sungguh untuk menolong bangsa melayu. Hakikatnya, golongan ini yang  melontar dan mengkritik segala usaha orang lain adalah golongan  yang mengalami sindrom iatu suka pada yang mudah dan tidak mahu berusaha.
Bagi menjawab persoalan diatas, rakyat Malaysia hendaklah berusaha untuk memajukan diri dan bangsa agar bangsa kita dapat meneruskan kehidupan dan sentiasa dihormati sebagai sebuah bangsa yang berusaha dan berdaya saing serta bermaruah. Kita tidak boleh menjadi  susah, miskin atau papa di tanah air sendiri  kerana kita tidak pernah dilarang untuk mencari rezeki yang halal oleh kerajaan kita. Sedarilah wahai bangsaku, kita akan maju dan senang jika kita mempunyai usaha dan keberanian untuk melakukan sesuatu. Hanya sikap malas sahaja yang merupakan penyakit yang telah menyerang pada bangsa melayu yang susah untuk diubati.

Oleh itu, pemimpin kita merupakan pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin bangsanya sendiri kearah yang lebih berwawasan dan cemerlang dimata dunia. Atas dasar ini, pemimpin kita melihat senario yang berlaku tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Mereka harus memikirkan bagaimana untuk membina sebuah Negara maju dan  menjadikan Negara kepada sebuah Negara yang cemerlang di arena antarabangsa. Segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan berani bangsa Malaysia untuk menjadi sebuah bangsa yang mampu berdaya saing dengan Negara-negara maju yang lain. Malangnya, dalam kita sedang bersungguh-sungguh  untuk memacu pembangunan Negara, maka telah wujud golongan yang bersikap ingin cepat senang tanpa melalui usaha yang payah.

Memang wajar apabila seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membina Negara demi kesenangan bangsa berasa sedih dan marah dengan sikap bangsanya yang ingin hidup senang tanpa ada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesenangan tersebut untuk generasi kita pada masa akan datang. Pemimpin kita juga telah banyak menangis  kerana nasib yang menimpa pada anak bangsa melayu. Mereka menangis  ketika mengingatkan anak melayu supaya tidak melupakan akan sejarah serta peristiwa hitam dan pahit pada masa lalu. Tambahan pula, mereka tidak pernah jemu untuk merayu, memujuk serta menasihati rakyat terutamanya bangsa melayu agar belajar daripada kesilapan yang lalu serta berbangga dengan apa yang ada sekarang dan terus berusaha untuk masa akan datang. Pemimpin kita yang telah berkhidmat dalam UMNO seringkali mengajak dan memujuk masyarakat melayu agar bersatu dan bersepadu untuk membina Negara bangsa yang gemilang. Hakikatnya,  kekuatan Negara bermula dengan kekuatan bangsa dan kekuatan ini pula, perlu disokong dan dipacu secara berterusan dan efektif bagi menghadapi cabaran ekonomi, sosial ,politik dan agama.

Hari ini,segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin kita telah membuahkan hasil  iaitu bangsa melayu telah mengecapi zaman kegemilangan dengan kejayaan demi kejayaan. Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat kita yng mudah lupa dan suka pada yang mudah. Pemimpin kita tidak pernah beranggapan kemajuan yang di kecapi ini adalah hasil mereka sendiri. Sewajarnya kita hendaklah menghayati segala usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin kita . apakah kita tergamak untuk memusnahkan segalanya? Siapakah yang akan melangsungkan dan meneruskan kegemilangan bangsa jika bukan bangsa melayu sendiri?. Harus kita renungkan…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!