Sunday, June 12, 2011

DILEMA BANGSA MELAYU DIBUMI SENDIRI!.


Istilah atau slogan “ Melayu Mudah Lupa” merupakan slogan yang mempunyai pengertian yang tersirat dan tersurat yang perlu dirungkai dan dijawab oleh bangsa melayu sendiri yang berpijak di atas muka bumi yang pernah di anggap sebagai empayar melayu yang terulung. Slogan ini acap kali diungkap oleh pemimpin kita ketika menghadiri perhimpunan yang menghimpunkan anak bangsa melayu yang dikenali sebagai perhimpunan Agong UMNO. Melihat kepada senario masyarakat melayu yang berlaku pada  hari ini ada benarnya kata-kata pemimpin melayu kita iaitu melayu mudah lupa dan suka pada yang mudah.

Buktinya, bangsa melayu seringkali mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kita dengan meletakkan kegagalan dasar kerajaan untuk menolong bangsa melayu sebagai punca masalah mengapa bangsa kita masih lagi mundur dan seolah-olah dasar yang dibuat adalah bersifat diskriminasi dan tidak menguntungkan bangsa sendiri. Tambahan pula, segala usaha yang di lakukan oleh kerajaan untuk menolong bangsa melayu tidak pernah dihargai. Malah ada yang menuduh kerajaan tidak bersungguh- sungguh untuk menolong bangsa melayu. Hakikatnya, golongan ini yang  melontar dan mengkritik segala usaha orang lain adalah golongan  yang mengalami sindrom iatu suka pada yang mudah dan tidak mahu berusaha.
Bagi menjawab persoalan diatas, rakyat Malaysia hendaklah berusaha untuk memajukan diri dan bangsa agar bangsa kita dapat meneruskan kehidupan dan sentiasa dihormati sebagai sebuah bangsa yang berusaha dan berdaya saing serta bermaruah. Kita tidak boleh menjadi  susah, miskin atau papa di tanah air sendiri  kerana kita tidak pernah dilarang untuk mencari rezeki yang halal oleh kerajaan kita. Sedarilah wahai bangsaku, kita akan maju dan senang jika kita mempunyai usaha dan keberanian untuk melakukan sesuatu. Hanya sikap malas sahaja yang merupakan penyakit yang telah menyerang pada bangsa melayu yang susah untuk diubati.

Oleh itu, pemimpin kita merupakan pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin bangsanya sendiri kearah yang lebih berwawasan dan cemerlang dimata dunia. Atas dasar ini, pemimpin kita melihat senario yang berlaku tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Mereka harus memikirkan bagaimana untuk membina sebuah Negara maju dan  menjadikan Negara kepada sebuah Negara yang cemerlang di arena antarabangsa. Segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan berani bangsa Malaysia untuk menjadi sebuah bangsa yang mampu berdaya saing dengan Negara-negara maju yang lain. Malangnya, dalam kita sedang bersungguh-sungguh  untuk memacu pembangunan Negara, maka telah wujud golongan yang bersikap ingin cepat senang tanpa melalui usaha yang payah.

Memang wajar apabila seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membina Negara demi kesenangan bangsa berasa sedih dan marah dengan sikap bangsanya yang ingin hidup senang tanpa ada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesenangan tersebut untuk generasi kita pada masa akan datang. Pemimpin kita juga telah banyak menangis  kerana nasib yang menimpa pada anak bangsa melayu. Mereka menangis  ketika mengingatkan anak melayu supaya tidak melupakan akan sejarah serta peristiwa hitam dan pahit pada masa lalu. Tambahan pula, mereka tidak pernah jemu untuk merayu, memujuk serta menasihati rakyat terutamanya bangsa melayu agar belajar daripada kesilapan yang lalu serta berbangga dengan apa yang ada sekarang dan terus berusaha untuk masa akan datang. Pemimpin kita yang telah berkhidmat dalam UMNO seringkali mengajak dan memujuk masyarakat melayu agar bersatu dan bersepadu untuk membina Negara bangsa yang gemilang. Hakikatnya,  kekuatan Negara bermula dengan kekuatan bangsa dan kekuatan ini pula, perlu disokong dan dipacu secara berterusan dan efektif bagi menghadapi cabaran ekonomi, sosial ,politik dan agama.

Hari ini,segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin kita telah membuahkan hasil  iaitu bangsa melayu telah mengecapi zaman kegemilangan dengan kejayaan demi kejayaan. Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat kita yng mudah lupa dan suka pada yang mudah. Pemimpin kita tidak pernah beranggapan kemajuan yang di kecapi ini adalah hasil mereka sendiri. Sewajarnya kita hendaklah menghayati segala usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin kita . apakah kita tergamak untuk memusnahkan segalanya? Siapakah yang akan melangsungkan dan meneruskan kegemilangan bangsa jika bukan bangsa melayu sendiri?. Harus kita renungkan…..

Sunday, June 5, 2011

sejarah episode 2 " kabinet bayangan"


"sejarah". sekali lagi aku menggunakan perkataan ini kerana ia amat significant bagi aku. oleh itu, masa cuti inilah akan ak gunakan untuk aku simpulkan kisah suka duka aku yang telah aku lalui sepanjang aku digelar sebagai seorang pelajar IPTS. kisah benar ini adalah merupakan kisah pengorbanan disebalik perjuangan yang telah dihadapi untuk membahagiakan "umat" yang berada disekeliling aku pada ketika itu.

"sejarah yang panjang dan memenatkan". itulah yang dapat aku simpulkan pada kisah aku kali nie. bagaimana aku terpaksa menanggung segala tanggungjawab dan amanah untuk membawa perubahan pada kelas dan akhirnya telah membawa kepada sebuah konflik dan isu yang telah menyebabkan aku tawar hati pada kelas "e-generation".  ak terpaksa menghadapinya secara keseorangan walaupun "jentera" kepimpinanku telah dipilh melalui " arus gelombang demokrasi". namun, apa yang aku boleh katakan adalah
"jentera yang ada kini, sekadar ada sahaja". tidak berfungsi! " kabinet bayangan".

kenapa aku katakan begini?.sbb setiap apa yang dirancang adalah atas usahaku dan setiap perlaksanaanya adalah atas keringat dan tenagaku!. bukan untuk mengungkit, tapi inilah hakikatnya.. akhirnya, aku juga telah dipertikaikan !.. kawan2 aku yang lain sudah mula tidak mempercayai atas usahaku. mereka kini tidak lagi menyokong atas segala perancanganku untuk membawa perubahan pada kelas. akhirnya telah muncul kelompok yang menentangku!. mereka sudah tidak lagi menyertai setiap program yang aku laksanakan untuk mereka.

so, apa yg berlaku selepas itu?. aku terpaksa merayu dan menerangkan secara detail kepada mereka atas apa yang berlaku sebenarnya.. aku telah dihentam!.. akhirnya, konflik dan krisis telah menguasai dalam kelas. kesannya, kepimpinan ku sudah mula bergolak!. cemuhan dan lontaran ayat sindir-menyindir sudah mula mendapat tempat dalam diri mereka. tatkala, aku dihentam sebegitu hebat, tiada siapa diantara "kabinet bayangan" muncul untuk menyelesaikan masalah ini. sudahnye, aku terpaksa mengakui "kekalahan"ini dengan aku terpaksa merayu dan merintih agar mereka mempercayai akan usaha aku! tujuan aku adalah satu:
"menyelamatkan kelas dari terus berkonflik dan berkrisis". aku telah berusaha untuk mendekatkan diri pada mereka dengan menanyakan apakah punca yang sebenarnya berlaku?. 
akhirnya, mereka telah bersuara dan mereka telah mengatakan yang gagal untuk memimpin jentera "kabinet bayangan".

mmg sudah tidak dapat dinafikan yang aku telah gagal menguruskan"kabinet bayangan" ini. aku amat begitu manja dan tidak tegas dalam setiap apa yang aku lontarkan. mereka yang menjadi sebahagian "kabinet"ini adalah insan yang tidak berpengalaman dan tidak berminat sebenarnya untuk memimpin kelas. tapi disebabkan kepercayaan dan mandat yang telah diberi, telah menyebabkan mereka terpaksa "pikul" beban ini.
namun begitu, aku tetap berusaha untuk mendidik "exco" ini dengan mengajarkan mereka cara pengendalian majlis dan program yg betul. tapi, setelah tugas dan amanah diberi, mereka seolah tidak pernah berusaha untuk menonjolkan bakat dan usaha mereka. sudhnya, mereka lepas tangan dan mereka telah menyerahkan tugas itu kepada aku yang sudah terpikul dengan tanggungjawab!.
aku tetap bersabar!. alhamdulillah, program yang dijalankan telah berjalan dengan lancar.
tapi "kabinet bayangan"ini amat suka dan mengatakan "ini usaha bersama".

urm...namun hakikatnya, ( kowang fikirkan?)... tapi aku tetap tersenyum dan berharap kejayaan program yang pertama akan memberi suntikan semangat kepada "exco" untuk berusaha lebih keras dan menjadi seorang yang lebih rajin dan yakin. oleh itu, aku teruskan dengan projek yang kedua dengan harapan mereka yang terpilih untuk pengurusan program dapat menjalankan tugas dengan baik.
tapiiiiiii..

"ayat sejarah episode 1: mereka telah lena dengan sejarah lepas yang "membanggakan"mereka sehingga mereka lupa pada tanggungjawab".
----
hancur hati aku! akan melihat apa yang telah terjadi!. sudahlar, mereka ini manusia yang begitu dekat dengan kehidupanku sehingga mereka tergamak melakukan sebegitu terhadapku!.. "lepas tangan"!. bersifat macam orang bodoh dan seolah tidak mengetahui apakah yang harus kalian lakukan". namun begitu, aku tetap diam! aku tetap diam! aku tidak mampu untuk memarahi mereka kerana mereka adalah golongan yang "selalu"bersamaku!. bagiku, biarlah aku berusaha keseorangan kerana mahu program ini berjaya!.
alhamdulillah, program berjalan dengan berjaya dan kelas sudahpun mendapat tempat dalam bual bicara dari rakan-rakan kelas yang lain.  seperti biasalah, exco ini akan cuba untuk mendapatkan tempat untuk setiap "sejarah" yang telah tercipta ini!...tapi! aku tetap diam dan terus membiarkan perbuatan mereka..

jika kalian dapat mendengar segala isi hati aku!..akan biarkan ia bersenandung di setiap bisikan corong telinga kalian. tentang apa yang aku harapkan dari kalian..
aku boleh sahaja meneruskan apa yang telah berlaku! tapi kalian larr rugi, kerana setiap masa yang penuh dengan ilmu telah kalian bazirkan begitu sahaja..
sedarkah, bila lagi kalian akan mengendalikan program dan majlis pada masa akan datang?.
mampukah kalian untuk mengendalikan sesuatu program jika kalian mempunyai sikap "malas","lepas tangan" dan "suka berbangga pada sejarah yang lepas".
adakah sikap kalian ini, akan diterima dan dipercayai oleh orang lain?.
urm.. aku boleh saja bantu! tapi adakah kalian ini sudah sedia untuk dibantu!..
korang fikirkan lah!

kepada rakan-rakan kelas ku! berilah aku peluang!....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!