Saturday, February 26, 2011

satu lagi projek telah terlaksana

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku merancang untuk membawa perubahan pada Hotkat ( Persatuan Kelab Hotel Dan katering) kini terlaksana juga walaupun pelbagai rintangan dan cabaran telah aku lalui untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

program yang aku maksudkan adalah program "Seminar Perindustrian dan Pembangunan Hospitaliti" peringkat Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering. program ini merupakan program kedua aku iaitu selepas program "Sehari Bersama E-generation" dan ia juga merupakan program yang pertama aku setelah memegang jawatan presiden HotkaT. oleh itu, boleh dikatakan program ini adalah merupakan program yang julung-julung kali diadakan selepas Program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering ditubuhkan di Kolej ini.

namun begitu, aku amat berbangga diatas kejayaan program ini walaupun terpaksa mengerah tenaga untuk memikat rakan-rakan lain untuk hadir ke seminar ini. maklum lar.. sekarang ini bukan semua orang suka nak dengar ceramah nie.. oleh itu,pelbagai siri kempen dan promosi telah dilakukan iaitu aku terpaksa pergi berkempen ke setiap kelas untuk menjelaskan objektif program yang akan dilaksanakan. sekali sekala aku fikirkan, dah macam aku pergi berkempen untuk pilihanraya saja..ha3. bagi aku inilah pendekatan yang terbaik untuk aku mendekati mereka kerana kalau nak kerja-kerja promosi yang lain, sudah lambat! sebab, aku kesuntukkan masa untuk lakukan semua nie. maklum larr, program ini dilakukan selepas exam pertengahan semester.



nasib baik larr ada seorang pensyarah yang baik hati yang sanggup untuk membantu aku untuk melaksanakan tugas ini walaupun sepatutnya ia harus dikendalikan oleh AJK lain. tanpa bantuan pensyarah nie, aku dah tak tahu nak uat ape2 lagi dah.. beliau amat baik sampaikan aku dah tak sanggup nak minta bantuan beliau lagi. aku takut beliau akan fikir yang aku akan ambil kesempatan terhadap beliau. bila difikirkan kembali, beliau sudi membantu aku dengan menndengar setiap masalah dan cuba memikirkan setiap masalah yang berlaku. contohnya, beliau telah mengingatkan aku agar berurusan dengan pihak DSA untuk memastikan program ini mendapat kelulusan aktiviti. selain itu, beliau juga telah menaja kertas A4 untuk keperluan seminar. beliau juga telah menaja gula pasir dan serbuk teh untuk menampung keperluan makanan dan minuman student. beliau juga telah banyak beri aku peluang untuk menggunakan masa kelas beliau untuk aku berkempen dan menjalankan kerja-kerja promosi. selain itu, yang aku buat terharu sangat, beliau sanggup untuk mengerah tenaga untuk menjalankan aktiviti persiapan seperti mengangkat kerusi yang banyak. dah larr time tuh pukul 6.00 petang. time semua orang mahu pulang meninggalkan kolej tapi kesanggupan beliau dan temannya telah membuat aku rasa lebih terharu dengan sikap dan pengorbanan beliau. kenapa beliau aku kreditkan ?....beliau adalah insan  yang tidak ada kene mengena dengan program ini tapi atas pengorbanan  yang beliau tonjolkan telah menyebabkan aku rasa bangga kerana aku memperolehi seorang pensyarah yang baik. aku akan kenang sentiasa atas pengorbanan beliau lakukan. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau..

bila difikirkan kembali mana AJK-AJK aku? boleh dikatakan, semua kerja aku yang lakukan seorang sahaja. daripada kerja-kerja seorang setiausaha hinggalah kerja-kerja perlaksanaan, semuanya aku yang kendalikan?
kertas kerja aku yang buat, tentatif program aku yang buat, perubahan tentatif aku yang buat jugak walaupun itu semua adalah kerja-kerja protokol dan setiausaha tapi kenapa aku yang buat?.. bukan itu sahaja, daripada kerja-kerja promosi dan kempen hinggalah proses penyediaan tempat... itu semua aku lakukan sowang2 jer.. padahal itu semua adalah kerja-kerja teknikal dan publisiti.. tapi bila difikirkan kembali! mana AJK-AjK aku?... betul larr kata Mis Adila, dalam kerja kumpulan, mesti ada yang sleeping partner.. tapi dalam kes aku? nk kategorikan yang macam mana?... aku bukan nak mengungkit, tapi sekadar nak renung semula apa yang telah berlaku..  sedih bila mereka yang ada jawatan dalam  program nie, semua lepas tangan.. berkhidmat time program dah nak mula jer.. adakah dowang nak jawatan sahaja? tapi bila tengok hasil kerja..hampeh!!.. tapi ber iye2 nak sijil.. kalau ada 1000 sijil pon, tapi still perangai cm nie jugak.. pun tak guna gak.. dimanakah kualiti??... sudahnya, kowang salahkan setiap sowang bila ada berlaku masalah.. sedih, bila owang yang tak de jawatan, sanggup bekorban wang dan tenaga untuk memastikan program ni berjalan dengan lancar.. mana aku nak letak muka aku?.. namun begitu, aku tak pernah putus asa untuk membuat perubahan pada kelas dan  HotKat. tapi adakah perubahan itu harus datang pada aku saja... entah r...! aku kecewa tapi pada masa yang sama aku masih menaruh harapan agar kowang dapat berubah untuk sentiasa bertanggungjawab untuk program yang akan datang..

Program yang dijalankan pada hari ini, berjalan dengan lancar seperti yang terdapat dalam tentatif program. cuma, perubahan jadual telah menyebabkan ada sedikit kecelaruan tapi still boleh diatasi dengan cermat. AJK yang cemerlang pada program ini adalah AJK makanan dan minuman.. tahniah!!! terima kasih kepada Mis adila, mis Hanim kerana sanggup membantu saya menyelesaikan masalah mengenai meminjam peralatan kolej dan sanggup mengerah tenaga untuk memastikan program ini sentiasa berjalan dengan lancar.. kalian sanggup berlari dan bersusah payah untuk membantu bahagian teknikal untuk menjalankan kerja. tambahan pula, ketegasan mereka untuk mewajibkan student untuk pergi ke seminar telah banyak membantu kami untuk memenuhi jumlah penyertaan.. jasa kalian akan kami hargai! lepas nie, boleh larr kita buat program...

rasa terharu pulak dan macam nak nangis pon ade..urm..

terima kasih juga kepada miss adora, kerana kesanggupan beliau untuk membantu kami. untuk mneydiakan makanan tambahan dan mengemas peralatan restoran. serta beliau sanggup menemani aku untuk membeli air mineral di Carefour.. jauh kowt! beliau juga telah banyak membantu walaupun aku kadangkala kena marah jugk.. tapi aku tahu, itu semua salah aku! kelewatan aku menjalankan tugas aku dan orang  lain dengan baik..
lepas nie, jangan lupa, if ada plan nak uat event.. invite kami k,,!! pe2 pon, cecite2.. hahahaha


terima kasih kepada mis rozie atas kesanggupan beliau untuk menyokong dan sanggup memberi kerjasama dengan kami untuk membolehkan kami mengadakan progam yang seronok ini dengan bantuan kerjasama pensyarah-pensayarah diploma pengurusan hotel dan katering.. miss adalah pencentus kepada hubungan kerjasama kami dengan pensyarah yang lain.. thanx sngt2.. saya secara jujurnya, saya amat senang bekejasama dengan miss dan pensyarah yang lain..lepas nie kalau ada event lain, moh le kita bekerjasama...

akhir sekali, saya nak minta maaf kepada semua pensyarah dan en,Najib Aliff rosli andai kata saya ada tersilap kata dan terkasar budi bahasa pada kalian semua... sesungguhnya, saya adalah manusia biasa yang lemah dan sering lupa tentang sesuatu yang kami lakukan.. terima kasih kepada kalian kerana kalian telah menjalankan kerja-kerja kalian dengan baik dan sempurna.. perjuangan kita belum habis lagi untuk memajukan industri ini... saya akan sentiasa mendekatkan diri saya dan warga HotKat dengan pensyarah-pensyarah Hotkat dan Shs agar kita saling bekerjasama dan saling sayang menyayangi

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!