Thursday, February 10, 2011

aku merindui kamu walaupun aku berubah!

perjuangan dan prinsip pegangan aku yang baru telah menuntut aku melakukan perubahan diri yang terlalu mendadak sehingga aku berubah sikap pada mereka yang berada di sekeliling aku. mereka yang dahulunya rapat dan mesra denganku kini telah jauh membawa diri. jika dulu aku tidak pernah bersuara tinggi dengan mereka tetapi kini telah aku calarkan telinga mereka dengan teguran sinis yang berbisa sehingga mereka terasa kurang senang denganku!.  tapi kini, aku merasa rindu pada kenangan lepas.

Bukan setiap yang aku dambakan adalah berpunca kesalahan daripadaku! tapi aku lakukan semua ini adalah untuk membuat mereka sedar betapa pentingnya usaha dalam semua perkara yang dilakukan. sifat malas dan alpa telah menyebabkan mereka ini selalu jauh dengan perjuangan mereka disini. tugasan yang diberi seolah-olah tiada makna bagi mereka. mereka lebih gemar melakukan tugasan tersebut "last minute" sehingga hasil yang diperolehi amatlah teruk sekali. tapi aku amat memahami keadaan mereka sehingga aku sanggup untuk menyiapkan tugasan mereka sehingga ia menjadi sempurna. bila difikirkan kembali, aku telah melakukan kesilapan yang besar kerana melakukan sebegitu semata-mata untuk menyalamatkan keadaan dan markah mereka. tapi hakikatnya, mereka tidak mengetahui apa-apa tentang tugasan yang diberi. kalau dibiarkan begini selalu, mereka tidak akan menjadi pandai dan mahir untuk melakukan setiap tugasan yang akan diberi.
aku amat kesian dengan diri mereka tetapi kenapa mereka tidak pernah kesian dengan diri mereka. kenapa mereka tidak sedar dengan erti "usaha".

akhirnya, aku melakukan perubahan dengan menukarkan pegangan prinsip baru aku iaitu "menilai orang melalui hasil kerja dan bukan melalui peribadi". Bagi aku dengan adanya konsep ini, aku akan membantu mereka untuk mengubah diri mereka supaya menjadi manusia yang kenal erti "usaha". oleh itu, aku amat tegas dalam melakukan kerja dan aku amat menitik beratkan mengenai kesempurnaan kerja. tapi persoalannya, mereka tidak pernah memahami apa yang dimaksudkan oleh aku! aku amat mementingkan professional. kerja  adalah kerja dan peribadi adalah peribadi!. kalau aku terus menilai orang melalui peribadi, aku juga yang merana dan sakit kerana aku terus membiarkan mereka hanyut dibuai dengan sikap malas dan alpa.
aku sudah serik dengan permainan ini yang telah membuatkan aku "gila" dan pening memikirkan soal kehidupan yang banyak menguji kesabaran aku. Beban kerja yang banyak juga telah membuatkan aku menjadi seorang insan yang sibuk sehingga aku tidak "sempat" untuk mengurus kehidupan aku sendiri.

Sesungguhnya, dalam pemikiran aku hanya memikirkan mereka! apa yang harus aku lakukan untuk membantu mereka sehingga mereka dapat mengenal erti "usaha".  oleh itu, aku cuba untuk mengajak mereka untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja pengurusan! pelbagai event telah aku rencanakan untuk mengajar mereka untuk berusaha dan berdisiplin dalam melakukan kerja. tapi sayang sekali, tiada sambutan "usaha" yang aku perolehi. mereka seola-olah acuh tak acuh dengan tugasan yang diberi. mereka tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan. aku seolah gagal membentuk mereka tapi aku tidak pernah berputus asa dan aku tetap meneruskan niat aku untuk melakukan sesuatu. tapi sesungguhnya, aku tetap membantu mereka agar mereka  dapat melaksanakan tugasan dengan baik. akan  aku bukakan jalan yang luas untuk mereka memilih jalan yang sesuai untuk mereka berusaha memajukan diri mereka. tapi mereka?...

aku penat..penat..penat..tapi aku kena kuat untuk menghadapi semua ini. aku tak boleh lemah, kalau aku lemah semua ini akan gagal! apa yang aku rancang akan musnah jika aku lemah. tapi kini aku masih berdiri dengan tiada bekalkan kekuatan diri. aku tidak mampu mengalirkan air mata untuk aku beritahu kepada mereka yang aku kesepian. cukuplah kesungguhan aku dan tawakkal aku pada Illahi yang membuatkan aku menjadi seorang insan yang tabah dan cekal. jika aku diberi peluang , aku akan membetulkan segala kesilapan yang berlaku agar ia menjadi sempurna. ingatlah, kemarahan dan ketegasan aku bukanlah untuk disalah ertikan. niat aku adalah untuk mengajar dan mendidik. perubahan yang aku lakukan ini hanyalah untuk mereka tapi janganlah mereka menjadikan isu"perubahan" aku sebagai bahan untuk menjauhkan diri dari aku. keikhlasan aku bukanlah untuk dibalas tapi cukuplah ia dijadikan sebagai kenangan kita tatkala kita berjauhan nanti. fahamilah aku, tersimpan dalam lubuk hati aku, aku amat merindui kalian dan kenangan kita yang lepas walaupun aku berubah!

setiap apa yang aku coretkan diatas secara ilhamnya aku lebih memfokuskan perubahan yang berlaku pada diriku adalah dalam konteks kerja bukanlah peribadi. oleh itu, janganlah perubahan yang berlaku pada mereka  berpuncakan masalah peribadi dijadikan sebagai alasan untuk menghukum aku dengan menjauhkan diri dengan ku!.. be professional...

insan yang aku belai baik.. aku amat merindui kamu! kembalilah.. aku menantimu! aku merindui senyuman dan gurauan kamu kepadaku! aku sunyi tanpa kamu... fahamilah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!