Saturday, February 26, 2011

satu lagi projek telah terlaksana

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku merancang untuk membawa perubahan pada Hotkat ( Persatuan Kelab Hotel Dan katering) kini terlaksana juga walaupun pelbagai rintangan dan cabaran telah aku lalui untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

program yang aku maksudkan adalah program "Seminar Perindustrian dan Pembangunan Hospitaliti" peringkat Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering. program ini merupakan program kedua aku iaitu selepas program "Sehari Bersama E-generation" dan ia juga merupakan program yang pertama aku setelah memegang jawatan presiden HotkaT. oleh itu, boleh dikatakan program ini adalah merupakan program yang julung-julung kali diadakan selepas Program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering ditubuhkan di Kolej ini.

namun begitu, aku amat berbangga diatas kejayaan program ini walaupun terpaksa mengerah tenaga untuk memikat rakan-rakan lain untuk hadir ke seminar ini. maklum lar.. sekarang ini bukan semua orang suka nak dengar ceramah nie.. oleh itu,pelbagai siri kempen dan promosi telah dilakukan iaitu aku terpaksa pergi berkempen ke setiap kelas untuk menjelaskan objektif program yang akan dilaksanakan. sekali sekala aku fikirkan, dah macam aku pergi berkempen untuk pilihanraya saja..ha3. bagi aku inilah pendekatan yang terbaik untuk aku mendekati mereka kerana kalau nak kerja-kerja promosi yang lain, sudah lambat! sebab, aku kesuntukkan masa untuk lakukan semua nie. maklum larr, program ini dilakukan selepas exam pertengahan semester.

Friday, February 11, 2011

KFC

aku nak luahkan perasaan rasa tidak puas hati aku kat sesetengah individu!
nie semua berpunca daripada rancangan makan KFC!.

kerana aku menolak tawaran untuk makan KFC bersama
tlh menyebabkan rancangan tersebut tergendala tapi still menjadi lagi.
niat untuk makan kat KFC secara beramai-ramai
tapi akhirnya terpaksa untuk "take away".

Thursday, February 10, 2011

aku merindui kamu walaupun aku berubah!

perjuangan dan prinsip pegangan aku yang baru telah menuntut aku melakukan perubahan diri yang terlalu mendadak sehingga aku berubah sikap pada mereka yang berada di sekeliling aku. mereka yang dahulunya rapat dan mesra denganku kini telah jauh membawa diri. jika dulu aku tidak pernah bersuara tinggi dengan mereka tetapi kini telah aku calarkan telinga mereka dengan teguran sinis yang berbisa sehingga mereka terasa kurang senang denganku!.  tapi kini, aku merasa rindu pada kenangan lepas.

Bukan setiap yang aku dambakan adalah berpunca kesalahan daripadaku! tapi aku lakukan semua ini adalah untuk membuat mereka sedar betapa pentingnya usaha dalam semua perkara yang dilakukan. sifat malas dan alpa telah menyebabkan mereka ini selalu jauh dengan perjuangan mereka disini. tugasan yang diberi seolah-olah tiada makna bagi mereka. mereka lebih gemar melakukan tugasan tersebut "last minute" sehingga hasil yang diperolehi amatlah teruk sekali. tapi aku amat memahami keadaan mereka sehingga aku sanggup untuk menyiapkan tugasan mereka sehingga ia menjadi sempurna. bila difikirkan kembali, aku telah melakukan kesilapan yang besar kerana melakukan sebegitu semata-mata untuk menyalamatkan keadaan dan markah mereka. tapi hakikatnya, mereka tidak mengetahui apa-apa tentang tugasan yang diberi. kalau dibiarkan begini selalu, mereka tidak akan menjadi pandai dan mahir untuk melakukan setiap tugasan yang akan diberi.
aku amat kesian dengan diri mereka tetapi kenapa mereka tidak pernah kesian dengan diri mereka. kenapa mereka tidak sedar dengan erti "usaha".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!