Wednesday, November 23, 2011

Perjalananku tanpa Pandan Jaya : Episode 1


Pejalananku Tanpa Pandan Jaya
Bab 1: lanjutan kisah hari-hari terakhir sebelum cuti semester.
Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi diatas nikmat-Nya kerana telah memberi peluang kepadaku agar aku dapat terus berkarya dan menulis setiap gambaran mengenai pengalaman yang aku pernah lalui dalam kehidupan ini untuk aku adaptasikan dalam penulisan blogku. Mungkin ada diantara mereka tertanya-tanya, kemanakah aku menghilang?. Sebenarnya, aku tidak pernah menghilangkan diri tapi kesibukan aku dalam meneruskan perjuangan dan cita-citaku di Kuala Lumpur telah membuatkan aku tidak mengenal erti masa lapang. Ini kerana, masa lapangku diisi dengan setiap beban dan tugasan kerja yang padat yang telah menuntut aku untuk menyempurnakan dengan lebih segera dan pantas.

Kenapa aku memilih tajuk penulisanku “ Perjalananku Tanpa Pandan Jaya”?. Bagiku, Pandan Jaya merupakan sebuah tempat yang penuh dengan cerita mengenai kisah suka duka aku sepanjang aku menjadi Mahasiswa di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics. Pandan Jaya, Selangor telah mengajar aku erti kehidupan dan makna cinta sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang tidak pernah jemu untuk membahagiakan orang lain disekelilingku tapi pada hakikatnya aku terpaksa menanggung derita yang teramat sangat perihnya dan pada waktu aku menghadapi semua ini, tiada siapa pun yang mampu untuk memahami aku. Idea penulisan ini tercetus apabila aku merasakan segala luahan dan isi hati ini perlu juga di mayakan dalam ruangan ini kerana sudah tiba masanya “mereka” ini mengetahui akan setiap kisah suka duka yang aku lalui sepanjang aku bersama dengan mereka.

Pengalaman yang penuh bermakna. Itu yang aku dapat gambarkan semasa aku menjalani kehidupan bersama insan-insan yang pernah bersamaku di Pandan Jaya. Kisah pengalaman ini adalah merupakan kisah lanjutan daripada kisah “ Hari-hari terakhir sebelum cuti semester”. Bagi mereka yang pernah mengikuti bacaan pada kisah ini, akan sudah mula mengerti dan juga memahami akan setiap babak permulaan kisahku. Cuma kali ini, skop penceritaan yang lebih luas dan apa yang aku jangkakan ketika aku memulakan cuti semester telah aku duga dan aku telah laksanakan untuk kebaikan semua pihak. Inilah permulaan aku kisah pengorbanan sebuah cinta persahabatan. Selepas peristiwa “Hari-hari terakhir sebelum cuti semester” , aku telah mengambil keputusan untuk “menghukum” mereka atau insan yang pernah cuba untuk mempermainkan perasaanku dengan tidak menegur  , mempedulikan , menghiraukan dan dalam erti kata lain, aku tidak mahu berkawan dengan mereka lagi selepas ini. Ya , aku telah berjaya lakukan ini dalam tempoh jangka masa yang panjang. Namun begitu, disebalik kejayaan aku melaksanakan agenda aku, tiada siapa yang tahu, yang sebenarnya aku tidak rela untuk melakukan semua itu pada “mereka”. Tapi, aku terpaksa melakukannya, kerana aku mahu “mereka” sedar akan setiap perbuatan dan kesalahan mereka terhadapku. Aku sudah cukup tertekan dan tersiksa akan setiap yang “mereka” lakukan terhadap diriku.

Pada saat dan ketika inilah, tiada lagi ruang kemaafan untuk setiap perbuatan mereka. Aku juga telah memperkenalkan konsep pegangan diriku “ Kau-kau dan Aku-aku” “ melihat dan menilai orang lain berasaskan hasil dan mutu kerja, dan bukan melalui pandangan peribadi”. Aku sudah mula berubah untuk menjadi seorang yang tegas dan tidak dapat dinafikan juga, aku sudah mula menjadi seorang  insan yang suka cepat naik marah dan aku pada waktu ini merupakan insan yang paling sensitif dan bersifat pendendam. Aku tidak kisah apa yang mereka nak katakan mengenai aku, tapi yang pasti perubahan ini adalah disebabkan oleh “mereka”.  Persoalan akan timbul, bagaimana aku menjalani kehidupan yang baru dengan “mereka” yang satu bumbung dengan aku?. Jawapan aku adalah senang dan tiada mengalami kesulitan pun. Insan atau “mereka” yang aku sedang menjalani proses “ hukuman” itu sudah mula menunjukkan aksi tidak minat untuk pulang ke rumah. Apakah alasannya, tanyalah pada dia?. Menurut kawan-kawanku yang lain, insan ini telah mengatakan yang dirinya sudah tidak bermakna lagi dalam rumah ini.  Bagi aku, alasan ini tidak begitu kuat dan seolah-olah tidak memberi makna pun, ini kerana, bukan sahaja yang aku akan beliau hilang, tapi beliau sebenarnya masih lagi mempunyai rakan-rakan lain dan aku yakin, beliau tidak akan rasa sunyi apabila beliau bersama-sama dengan rakan-rakan beliau yang lain dirumah ini. Oleh itu, aku dapat membuat kesimpulan, insan ini sebenarnya bermasalah kerana tidak tahu membezakan siapa sebenarnya yang dia bermasalah.

Namun begitu, beliau juga ada pulang kerumah walaupun sekejap dan ada juga sesekali beliau tidur dirumah ini. Tapi kelakuanku adalah seperti biasa, menjauhkan diri!. Setelah sekian lama aku menghukum beliau,  aku sudah mula melupakan beliau pada asalnya. Tapi disudut hati kecil ini, aku amat merindui insan ini kerana insan ini telah banyak membahagiakan diriku. Cukup banyak kenangan yang telah aku lakarkan ketika bersama dia. Namun begitu, sikapnya yang suka menipu diriku dan suka mempermainkan diriku telah membuatkan aku begitu “muak” dengan sikap dia. Bukan sekali atau dua kali insan ini melakukan kesalahan tapi terlalu banyak kesalahan sehingga aku merasakan diriku ini terlalu lama diperbodohkan olehnya. Atas faktor sabar dan sayang akan setiap kenangan, aku tetap juga bertahan dan aku sanggup melakukan apa yang terbaik dan terdayaku untuk “memuaskan” kebahagiaan insan ini. Walaupun aku sedar, hatinya bukanlah untuk aku pada waktu ini dan selamanya. Tapi setelah sekian lama, aku dilakukan sebegini, aku tidak mampu untuk meneruskan lagi. Atas dasa itulah, aku perlu menjauhkan diri daripada insan ini agar  beliau sedar akan betapa pentingnya menghargai insan-insan yang berada disekelilingnya. Oleh itu salahkah aku menghukum beliau?. Pada waktu ini, aku mendoakan agar beliau dapat mencari kebahagiaan beliau yang telah dikatakan hilang.

Tambahan pula, disudut hati kecil ini juga berharap beliau akan kembali kepadaku dan memohon maaf diatas setiap kesalahan yang pernah beliau lakukan terhadapku. Tapi sayang, ia tak seperti yang aku harapkan. Pada pendapatku, mungkin keegoaan telah menguasai dirinya untuk mempertahankan dirinya yang dianggap tidak bersalah atau mungkin beliau masih tidak menyedari akan setiap kesalahan yang pernah beliau lakukan.  Allah maha mengasihani, aku telah diberitahu oleh seorang kawan bahawa yang beliau tidak sebenarnya tidak mengetahui akan setiap kesalahan yang beliau pernah buat pada diriku. Disaat aku mengetahui semua ini, aku merasakan apa yang lakukan pada dia adalah sia-sia sahaja. Sedangkan matlamat aku untuk menyedarkan beliau tapi sayang seribu kali sayang, aku gagal melakukan semua ini. Betapa geramnya aku pada waktu ini dan aku sudah tidak tahu bagaimana aku hendak lakukan lagi. Sudahlah aku dihentam oleh rakan-rakanku yang lain sebab aku telah bersifat kejam keatas beliau dan aku terus dipersalahkan oleh rakan-rakanku yang lain diatas perbuatanku terhadap beliau. Tapi, aku redha diatas apa yang terjadi dan aku yakin diatas setiap tindakan aku. Namun begitu, aku tidak pernah menyalahkan rakan-rakanku tapi aku Cuma kesal dengan apa yang mereka fikirkan kepadaku. Mereka (rakan-rakan) tidak pernah untuk memahami apa yang sebenarnya telah berlaku pada diriku dan mereka pada waktu ini  mengaggap “insan / beliau” tidak bersalah. Tapi apa yang aku lagi kecewa, apa yang aku lakukan dalam tempoh 6 bulan ketika menghukum beliau adalah gagal.

Apa yang harus aku lakukan lagi?. Aku tidak boleh membencinya lagi kerana beliau tahu aku sedang membencinya tapi beliau pada masa yang sama tidak mengetahui akan setiap kesalahan beliau. Namun begitu, aku tetap juga untuk teruskan usaha aku “menjauhkan diri”. Aku pada waktu ini, tidak akan sesekali  tunduk pada apa yang telah diputuskan oleh diriku. Namun begitu, ini semua tidak berpanjangan lagi, atas dasar persahabatan dan semangat kawan-kawan yang lain telah membuatkan aku untuk mempertimbangkan semula ‘hukuman’ yang telah aku laksanakan pada beliau. Sokongan semangat dari kawan-kawan serumah dan rakan-rakan kelas juga telah mendorong semula untuk berbaik semula dengan beliau. Kisah ini bermula semasa penghujung bulan ramadhan lagi. Kawan-kawanku dirumah selalu untuk mengenakan diriku dengan “beliau”. Kawan-kawanku cuba untuk mengingatkan semula  sejarah dan kenangan kami ketika kami baik pada waktu dulu. Pada peringkat awalnya, aku menganggap kawan-kawanku pada waktu ini adalah “gila”. Dalam erti kata lain, mereka ini “sengaja nak cari pasal denganku”. Aku tidak pernah terlintas yang mereka sudah merancang untuk mengenakan aku. Apakah alasan kawan-kawanku pada waktu ini?.
“dah nak abeh sem lar”......”dah nak raya r ni, tak baik menghukum orang lagi”.. dan macam-macam lagi.
Bagi aku pada waktu ini, aku telah mengendahkan apa pendapat mereka sekalipun tapi pada masa yang sama aku amat marahdan kecewa dengan sikap mereka. Kemarahan dan kekecewaan aku terhadap mereka telah aku adaptasikan penulisan blog aku yang berkisah “perjalanan ramadhan episode 1”

Raya aidilfitri sudahpun menjelma tiba akkhirnya, pada waktu ini aku banyak menerima mesej yang berunsurkan “hari raya dan kemaafan”. Tapi satu pun aku tak pernah nak balas. Bagiku, mereka ini tak pernah nak insaf pun. Kemaafan yang diberi atas hanya topik “hari raya” tapi selepas hari raya?. Jadi hantu juga. Tapi apa yang paling aku ingin tegaskan “beliau” juga ada menghantar ucapan teks mesej semasa ulang tahun kelahiranku yang jatuh pada hari raya aidilfitri. Tapi mesej atau teks ucapan yang dihantar oleh “beliau” tidak disedari oleh aku pada waktu itu, kerana aku begitu sibuk dengan  mengantar teks jemputan kepada para alumni DHC untuk majlis akan datang. Aku mula sedar mesej yang dihantar oleh insan ini pada waktu malam. Pada waktu ini, aku bercadang untuk mengemaskini semula mesej-mesej yang dihantar oleh para alumni agar tidak bercampur dengan mesej yang dihantar oleh rakan-rakan lain. Disaat aku membanca tekks mesej yang dihantar oleh insan ini, aku amat terharu dan aku tetap dengan keputusanku, aku tidak akan sesama sekali untuk membalas mesej tersebut.

Persoalan akan timbul dalam kalangan kita, adakah aku memaafkan segala kesalahan yang beliau?. Jawapan aku, adalah tidak!. Secara jujurnya, bila diriku mencuba untuk membuka pintu kemaafan kepada insan ini, pada saat inilah aku akan teringat akan setiap kesalahan yang dilakukan oleh insan ini terhadap aku pada waktu aku keseorangan dahulu. Pelbagai persoalan yang timbul mengenai mengapakah insan ini tidak menyedari akan setiap kesalahannya?. Kebencian sudah mula menguasai diriku dan kini tiada lagi untuk aku berkompromi mengenai soal kemaafan. Pada waktu ini, aku hanya berserah kepada Allah agar aku diberi petunjuk dan hidayah-Nya. Aku mendoakan agar aku diberi kekuatan dan aku mengharapkan secebis harapan agar aku menjadi insan yang tabah untuk aku menghadapi dugaan ini. Hati siapa yang tidak sedih, insan yang kita paling rapat pada waktu dulu, kini menjadi “ jauh”. Insan yang pernah aku korbankan segala-galanya walaupun pada hakikatnya aku sedang mengalami kesusahan tapi aku tetap setia mencurahkan apa yang termampu untuk insan ini. Walaupun aku sedar, perbuatan aku ini akan diperkatakan dan dipersoalkan oleh rakan-rakan yang lain. Mungkin rakan-rakan yang lain akan menganggap diriku ini sudah keterlaluan dan berat sebelah kerana terlalu menyebelahi insan ini sahaja. Tapi kini, semuanya sudah berakhir dan aku pula yang terpaksa membawa kenangan-kenangan itu pergi jauh bersama-sama dengan kedukaan aku ini.

Selepas cuti raya alidifitri, bermulalah sebuah penceritaan baru mengenai aku dan sidia. Pada waktu ini, aku telah merasakan gelombang tsunami kemaafan. Rakan-rakan kelasku sudah mula untuk memberi nasihat dan ada diantara mereka yang sering untuk mengenaka diriku dengan sidia. Kisah ini bermula, apabila ada seorang daripada rakan kelas aku yang sudah mula mengetahui akan permasalahan  yang timbul diantara aku dan insan ini. Beliau telah mengambil keputusan mengenakan aku dengan cuba mengaitkan aku dan insan ini. Pelbagai teknik dan kaedah yang beliau telah cubakan untuk memperkenakan diriku. Semuanya menggunakan alasan, “ tidak elok, hari raya dah nak habis, hari raya kene saling memberi kemaafan”. Akhirnya, tidakan beliau ini telah menyebabkan rakan-rakanku yang lain mula menyedari dan mereka juga berminat untuk menyatukan “dalam konteks berbaik semula” hubungan aku dengan insan ini.  Kalau dirumah pula, Nazlan dan rakan-rakan yang lain juga untuk memperkenakan diriku. Sudahlah didalam kelas mereka melakukan aku sebegitu rupa, mereka cuba untuk memanggil istilah-istilah nama timangan dalam rumah iaitu “ngong”. Apakah itu “Ngong”?. Biarlah rahsia. Naik malu aku dibuatnya pada waktu itu. Perasaan yang bercampur baur telah menguasai pada waktu itu. Setiap kali Nazlan cuba untuk mengenakan aku dengan insan ini, pada waktu itulah aku akan sering bergaduh dan bertengkar dengan Nazlan. Nazlan... Alan...anak mama!.. Ya Allah, aku amat merindui Alan. Dialah faktor utama yang membawa kepada hubungan baik semula dengan insan ini. Nazlan tidak pernah jemu untuk bertengkar dengan aku untuk semua ini. Atas semangat beliaulah, aku mengambil keputusan untuk menerima insan ini tapi aku pernah mengatakan pada alan, berikanlah aku masa dan aku akan cuba untuk memperbaiki semua ini. Pada suatu pagi, insan ini datang kepadaku dan  insan ini mengatakan yang dia merindui pada aku. Pada waktu ini, aku tersenyum dan hati aku tersentuh kerana terharu dengan insan ini. Alangkah baiknya, insan ini mengeluarkan kata-kata ini pada 6 bulan yang lepas. Sudah tentu aku akan membuka pintu kemaafan kepada insan ini. Andailah kau tahu, aku amat merindui semua yang pernah kita lalui. Tapi perbuatan insan ini telah disedari oleh Nazlan dan syafiq ( along). Namun begitu, aku masih lagi tidak tegur dan bercakap dengan insan ini. Semua ini berlarutan sehinggalah menjelangnya majlis “ Appreciation & Graduation Lunch With DHC”. Pada waktu malam, sedang semua yang lain sedang sibuk membuat persiapan majlis, aku terlihat insan ini berada di suatu sudut bangunan. Pada waktu inilah, aku menguatkan langkah untuk aku pergi dan menerimanya semula. Alhamdulillah, setelah 6 bulan tempoh hukuman yang dianggap sia-sia, akhirnya aku telah berbaik semula dengan insan ini. Walaupun aku sedar, yang aku cuma mempunyai masa yang terlalu singkat untuk aku bersama dengan insan ini dan rakan-rakan yang lain.

“pesananku pada insan ini: hargailah insan yang pernah bersama kita walaupun insan ini tidak pernah memberi apa-apa makna dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, kehadiran insan yang berada disekeliling kita adalah ibarat “pelangi petang”. Kehadirannya tidak pernh diminta tapi kehadirannya juga telah menyerikan lagi kehidupan ini.
“ ingatlah kemaafan ini hanya aku akan beri untuk sekali ini sahaja dan tiada kemaafan yang kedua untuk selepas ini. Tapi ingatlah, jika kita ada buat kesalahan secara sengaja dan tidak sengaja, jangan sesekali kita angkuh untuk mengucapkan kemaafan dan mengaku kesalahan. Percayalah, hubungan ini akan terus kekal selamanya.”
“pesananku yang terakhir, jika kau sudah berjumpa dengan insan yang boleh memberi kebahagiaan kepada dirimu dan kau yakin akan perhubungan itu, maka hargailah insan ini dan janganlah engkau melakukan kesalahan yang pernah kau lakukan padaku dulu terhadap sidia. Ingatlah, kehadiran aku sebagai teman, bagitahulah kepadaku jika kau sudah yakin perhubungan itu dengan sidia dan sesungguhnya aku adalah insan yang terlalu gembira apabila mengetahui kau sudahpun bahagia dan apa yang pasti, sudah tiba masanya, aku mengundurkan diri dan aku akan membawa kenangan kita ke hayat yang akan datang.
Ziefy Oshenal Sinclair.

Friday, August 19, 2011

perjalanan ramadhan episode 1

Assalamualaikum..
rasanya dah lama aku tak update blog aku nie, urm..maklom larr, skang nie ak bz dengan kerja-kerja kolej yg perlu ak siapkan! assignment lar, Event lg , call sini, call sana.! huh! sabor je larr..nak uat cm ner, semua nie tanggungjawab ak skang nie.. bg ak ap yg paling penting, semua kerja akan dapat disiapkan dlm tempoh waktu yg ditetapkan.

urm..perjalanan ramadhan yang sangat memenatkan.. itulah yg ak dapat katakan pada saat ini! kesibukkan yg menyerang pada aku saat ini telah menyebabkan ak sudah mula tak terurus.. Betul lar kata owang 
" hujung-hujung sem nie, kita akan penat dengan mcm-mcm hal". 
Yg paling penting, aku pada bulan puasa ini, teruji dengan emosi yg sangat membunuh ak!
tak boleh nak marah2 walaupun aku tahu ak kene marah pada waktu ini!.
ape yg aku mampu buat adalah mendiamkan diri pada setiap kesalahan yg muncul dihadapan aku!
bukan tak boleh nak marah , tapi aku tak mampu utk marah
sbb aku takut, akan ada insan yg cuba untuk melarikan diri drpd ak!.
mungkin kata2 aku, yg penuh dengan "bisa"
tapi ap yg aku cbe katakan itu adalah betul!
tapi persoalannya, penerimaan manusia terhadap caraku!..

kesan daripada peristiwa itu, maka bermulala satu episode baru dlm perjalanan bulan puasa ini
iaitu, "jangan marah".
tp bila difikirkan kembali, salahkah aku tegur ?.
setelah ap yg berlaku adalah salah.
jika mereka ini tidak boleh ditegur atas kesilapan mereka
so, ap yg aku harus lakukan utk membetulkan kesilapan mereka?.
bila ditegur, mulalah "lari rumah"...
huh!

bermacam2 hal skrg nie yg menimpa kat ak skang nie..
insan yg aku dah lama aku benci
kini sudah mula mendapat tempat dalam kalangan kawan2 aku
utk dijadikan sbg bahan senda utk "kena" kan aku!
aku tak benci dia sbb suka-suka
tapi ini semua berlaku ada sebab..
tp jgn lah ketidaktahuan sebab itu
korang mengatakan ini semua berpunca daripadaku!
bg aku , ini isu sensitif giler2..
soal maaf itu, tak payahlah nk dipertikaikan k..
jgnlah ada insan yg cuba utk mengungkit kisah lama
antara aku dan dia..
biarlah yg telah berlaku terus jadi kenangan..
kalau korang tahu akan peristiwa ini,
pasti korang akan lebih memahami aku!
dan aku yakin, kowang tidak akan jd kan "kisah" itu
sbg bahan gurauan korang..
tapi pada masa yg sama, aku tak nak ajar kowang utk membenci dia.
ak sedia utk menanggung dosa
sbb aku melakukan semua ini..
tp jgnlah korang, bebankan lagi dengan gurauan korang..
ingatlah, aku tak nak marah2 lagi skrg nie
tapi ap yg aku leh buat adalah dengan menjauhkan diri
dengan insan yg cbe utk melanggar hak dan sensitiviti aku!
itu sjelah yg aku mampu!
pernahkah korang paham ap yg pernah aku alami?.
pernahkah korang rasa ap yg  aku rasa skg nie?.
setiap kenangan manis dan senyuman serta gurauan aku
dan dia kini menjadi racun kepada diri aku!
sakit, sakit hati aku..
tersiksa aku sangat2 pada saat ak nk hadapi semua ini..
dunia aku hilang begitu sahaja..
tp ak yakin, ap yg berlaku adalah utk kebaikan aku
dan dgn cara inilah aku cbe utk mengajar dia akan kesilapan yg telah dia lakukan..
so, salahkah ape yg aku buat?.
ini semua disebabkan oleh kata-kata manis yg penuh dgn dusta.
pujuk rayu dan belaian kata
telah menyebabkan aku buta
pada saat itulah dia cbe utk mengambil kesempatan utk menikam aku!
kerana tak nak kehilangan sahabat, aku telah ambil keputusan ini!
pada saat itulah, aku mengakhiri saat2 manis dengan sidia..
pergilah, pergilah ...
tinggalkan aku sorang diri dengan luka yg telah ko hadiahkan kepadaku!

urmm...
kalau nak bergurau pon,
bergurau lah pada perkara lain
dan bukan perkara ini!..
biarlah aku dengan dunia aku kini,
dunia yg baru dengan kesibukkan ..
itu semua, utk kebaikkan ak!..

Sunday, June 12, 2011

DILEMA BANGSA MELAYU DIBUMI SENDIRI!.


Istilah atau slogan “ Melayu Mudah Lupa” merupakan slogan yang mempunyai pengertian yang tersirat dan tersurat yang perlu dirungkai dan dijawab oleh bangsa melayu sendiri yang berpijak di atas muka bumi yang pernah di anggap sebagai empayar melayu yang terulung. Slogan ini acap kali diungkap oleh pemimpin kita ketika menghadiri perhimpunan yang menghimpunkan anak bangsa melayu yang dikenali sebagai perhimpunan Agong UMNO. Melihat kepada senario masyarakat melayu yang berlaku pada  hari ini ada benarnya kata-kata pemimpin melayu kita iaitu melayu mudah lupa dan suka pada yang mudah.

Buktinya, bangsa melayu seringkali mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kita dengan meletakkan kegagalan dasar kerajaan untuk menolong bangsa melayu sebagai punca masalah mengapa bangsa kita masih lagi mundur dan seolah-olah dasar yang dibuat adalah bersifat diskriminasi dan tidak menguntungkan bangsa sendiri. Tambahan pula, segala usaha yang di lakukan oleh kerajaan untuk menolong bangsa melayu tidak pernah dihargai. Malah ada yang menuduh kerajaan tidak bersungguh- sungguh untuk menolong bangsa melayu. Hakikatnya, golongan ini yang  melontar dan mengkritik segala usaha orang lain adalah golongan  yang mengalami sindrom iatu suka pada yang mudah dan tidak mahu berusaha.
Bagi menjawab persoalan diatas, rakyat Malaysia hendaklah berusaha untuk memajukan diri dan bangsa agar bangsa kita dapat meneruskan kehidupan dan sentiasa dihormati sebagai sebuah bangsa yang berusaha dan berdaya saing serta bermaruah. Kita tidak boleh menjadi  susah, miskin atau papa di tanah air sendiri  kerana kita tidak pernah dilarang untuk mencari rezeki yang halal oleh kerajaan kita. Sedarilah wahai bangsaku, kita akan maju dan senang jika kita mempunyai usaha dan keberanian untuk melakukan sesuatu. Hanya sikap malas sahaja yang merupakan penyakit yang telah menyerang pada bangsa melayu yang susah untuk diubati.

Oleh itu, pemimpin kita merupakan pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin bangsanya sendiri kearah yang lebih berwawasan dan cemerlang dimata dunia. Atas dasar ini, pemimpin kita melihat senario yang berlaku tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Mereka harus memikirkan bagaimana untuk membina sebuah Negara maju dan  menjadikan Negara kepada sebuah Negara yang cemerlang di arena antarabangsa. Segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan berani bangsa Malaysia untuk menjadi sebuah bangsa yang mampu berdaya saing dengan Negara-negara maju yang lain. Malangnya, dalam kita sedang bersungguh-sungguh  untuk memacu pembangunan Negara, maka telah wujud golongan yang bersikap ingin cepat senang tanpa melalui usaha yang payah.

Memang wajar apabila seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membina Negara demi kesenangan bangsa berasa sedih dan marah dengan sikap bangsanya yang ingin hidup senang tanpa ada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesenangan tersebut untuk generasi kita pada masa akan datang. Pemimpin kita juga telah banyak menangis  kerana nasib yang menimpa pada anak bangsa melayu. Mereka menangis  ketika mengingatkan anak melayu supaya tidak melupakan akan sejarah serta peristiwa hitam dan pahit pada masa lalu. Tambahan pula, mereka tidak pernah jemu untuk merayu, memujuk serta menasihati rakyat terutamanya bangsa melayu agar belajar daripada kesilapan yang lalu serta berbangga dengan apa yang ada sekarang dan terus berusaha untuk masa akan datang. Pemimpin kita yang telah berkhidmat dalam UMNO seringkali mengajak dan memujuk masyarakat melayu agar bersatu dan bersepadu untuk membina Negara bangsa yang gemilang. Hakikatnya,  kekuatan Negara bermula dengan kekuatan bangsa dan kekuatan ini pula, perlu disokong dan dipacu secara berterusan dan efektif bagi menghadapi cabaran ekonomi, sosial ,politik dan agama.

Hari ini,segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin kita telah membuahkan hasil  iaitu bangsa melayu telah mengecapi zaman kegemilangan dengan kejayaan demi kejayaan. Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat kita yng mudah lupa dan suka pada yang mudah. Pemimpin kita tidak pernah beranggapan kemajuan yang di kecapi ini adalah hasil mereka sendiri. Sewajarnya kita hendaklah menghayati segala usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin kita . apakah kita tergamak untuk memusnahkan segalanya? Siapakah yang akan melangsungkan dan meneruskan kegemilangan bangsa jika bukan bangsa melayu sendiri?. Harus kita renungkan…..

Sunday, June 5, 2011

sejarah episode 2 " kabinet bayangan"


"sejarah". sekali lagi aku menggunakan perkataan ini kerana ia amat significant bagi aku. oleh itu, masa cuti inilah akan ak gunakan untuk aku simpulkan kisah suka duka aku yang telah aku lalui sepanjang aku digelar sebagai seorang pelajar IPTS. kisah benar ini adalah merupakan kisah pengorbanan disebalik perjuangan yang telah dihadapi untuk membahagiakan "umat" yang berada disekeliling aku pada ketika itu.

"sejarah yang panjang dan memenatkan". itulah yang dapat aku simpulkan pada kisah aku kali nie. bagaimana aku terpaksa menanggung segala tanggungjawab dan amanah untuk membawa perubahan pada kelas dan akhirnya telah membawa kepada sebuah konflik dan isu yang telah menyebabkan aku tawar hati pada kelas "e-generation".  ak terpaksa menghadapinya secara keseorangan walaupun "jentera" kepimpinanku telah dipilh melalui " arus gelombang demokrasi". namun, apa yang aku boleh katakan adalah
"jentera yang ada kini, sekadar ada sahaja". tidak berfungsi! " kabinet bayangan".

kenapa aku katakan begini?.sbb setiap apa yang dirancang adalah atas usahaku dan setiap perlaksanaanya adalah atas keringat dan tenagaku!. bukan untuk mengungkit, tapi inilah hakikatnya.. akhirnya, aku juga telah dipertikaikan !.. kawan2 aku yang lain sudah mula tidak mempercayai atas usahaku. mereka kini tidak lagi menyokong atas segala perancanganku untuk membawa perubahan pada kelas. akhirnya telah muncul kelompok yang menentangku!. mereka sudah tidak lagi menyertai setiap program yang aku laksanakan untuk mereka.

so, apa yg berlaku selepas itu?. aku terpaksa merayu dan menerangkan secara detail kepada mereka atas apa yang berlaku sebenarnya.. aku telah dihentam!.. akhirnya, konflik dan krisis telah menguasai dalam kelas. kesannya, kepimpinan ku sudah mula bergolak!. cemuhan dan lontaran ayat sindir-menyindir sudah mula mendapat tempat dalam diri mereka. tatkala, aku dihentam sebegitu hebat, tiada siapa diantara "kabinet bayangan" muncul untuk menyelesaikan masalah ini. sudahnye, aku terpaksa mengakui "kekalahan"ini dengan aku terpaksa merayu dan merintih agar mereka mempercayai akan usaha aku! tujuan aku adalah satu:
"menyelamatkan kelas dari terus berkonflik dan berkrisis". aku telah berusaha untuk mendekatkan diri pada mereka dengan menanyakan apakah punca yang sebenarnya berlaku?. 
akhirnya, mereka telah bersuara dan mereka telah mengatakan yang gagal untuk memimpin jentera "kabinet bayangan".

mmg sudah tidak dapat dinafikan yang aku telah gagal menguruskan"kabinet bayangan" ini. aku amat begitu manja dan tidak tegas dalam setiap apa yang aku lontarkan. mereka yang menjadi sebahagian "kabinet"ini adalah insan yang tidak berpengalaman dan tidak berminat sebenarnya untuk memimpin kelas. tapi disebabkan kepercayaan dan mandat yang telah diberi, telah menyebabkan mereka terpaksa "pikul" beban ini.
namun begitu, aku tetap berusaha untuk mendidik "exco" ini dengan mengajarkan mereka cara pengendalian majlis dan program yg betul. tapi, setelah tugas dan amanah diberi, mereka seolah tidak pernah berusaha untuk menonjolkan bakat dan usaha mereka. sudhnya, mereka lepas tangan dan mereka telah menyerahkan tugas itu kepada aku yang sudah terpikul dengan tanggungjawab!.
aku tetap bersabar!. alhamdulillah, program yang dijalankan telah berjalan dengan lancar.
tapi "kabinet bayangan"ini amat suka dan mengatakan "ini usaha bersama".

urm...namun hakikatnya, ( kowang fikirkan?)... tapi aku tetap tersenyum dan berharap kejayaan program yang pertama akan memberi suntikan semangat kepada "exco" untuk berusaha lebih keras dan menjadi seorang yang lebih rajin dan yakin. oleh itu, aku teruskan dengan projek yang kedua dengan harapan mereka yang terpilih untuk pengurusan program dapat menjalankan tugas dengan baik.
tapiiiiiii..

"ayat sejarah episode 1: mereka telah lena dengan sejarah lepas yang "membanggakan"mereka sehingga mereka lupa pada tanggungjawab".
----
hancur hati aku! akan melihat apa yang telah terjadi!. sudahlar, mereka ini manusia yang begitu dekat dengan kehidupanku sehingga mereka tergamak melakukan sebegitu terhadapku!.. "lepas tangan"!. bersifat macam orang bodoh dan seolah tidak mengetahui apakah yang harus kalian lakukan". namun begitu, aku tetap diam! aku tetap diam! aku tidak mampu untuk memarahi mereka kerana mereka adalah golongan yang "selalu"bersamaku!. bagiku, biarlah aku berusaha keseorangan kerana mahu program ini berjaya!.
alhamdulillah, program berjalan dengan berjaya dan kelas sudahpun mendapat tempat dalam bual bicara dari rakan-rakan kelas yang lain.  seperti biasalah, exco ini akan cuba untuk mendapatkan tempat untuk setiap "sejarah" yang telah tercipta ini!...tapi! aku tetap diam dan terus membiarkan perbuatan mereka..

jika kalian dapat mendengar segala isi hati aku!..akan biarkan ia bersenandung di setiap bisikan corong telinga kalian. tentang apa yang aku harapkan dari kalian..
aku boleh sahaja meneruskan apa yang telah berlaku! tapi kalian larr rugi, kerana setiap masa yang penuh dengan ilmu telah kalian bazirkan begitu sahaja..
sedarkah, bila lagi kalian akan mengendalikan program dan majlis pada masa akan datang?.
mampukah kalian untuk mengendalikan sesuatu program jika kalian mempunyai sikap "malas","lepas tangan" dan "suka berbangga pada sejarah yang lepas".
adakah sikap kalian ini, akan diterima dan dipercayai oleh orang lain?.
urm.. aku boleh saja bantu! tapi adakah kalian ini sudah sedia untuk dibantu!..
korang fikirkan lah!

kepada rakan-rakan kelas ku! berilah aku peluang!....




Monday, May 9, 2011

sejarah Episode 1

Assalamualaikum..
hu3.. sekian lama aku menghilangkan diri, kali ini aku muncul dengan entry yang terbaru!. aku bukan mahu menjauhkan diri ini dari terus menulis tapi aku kini jauh dengan line "internet"..maklom lar.. aku mana ada broadband!.

sepanjang cuti kali nie, aku boleh katakan yang aku kali ini "bz" dengan bermacam2 hal! pelbagai cerita suka duka kehidupan yang telah aku tempuhi. tapi itu semua kenangan bagiku! aku masih lagi percaya akan kata
"Sejarah akan mengajar kita erti kehidupan".

Aku mmg minat sejarah! sebab itu sejarah aku A dalam SPM, bukan itu sahaja, aku juga dapat A dalam subjek Pengajian Malaysia.. Ha3 ( nak bangga sekejap).

sejarah yang aku nak maksudkan kali ini adalah"kisah lepas jadikan ia sebagai peringatan untuk pada masa akan datang

dalam setiap keindahan bahasa yang aku lemparkan, tidak bermaksud aku lemah dari segi hujah!
dalam setiap kelembutan pada tingkah lakuku , tidak bermaksud aku lemah tidak bermaya.
dalam setiap keterbukaan ku , tidak bermaksud aku boleh berkompromi mengenai perkara sensitiviti!.

ada diantara mereka kini masih lagi lena dengan sejarah yang telah membanggakan mereka. bila difikirkan kembali, "sejarah" yang mereka bangga itu tidak perlu diraikan jika "sejarah" itu bukan datang dari usaha kita.
"Sejarah" yang mereka capai itu telah membutakan mata mereka untuk berusaha lebih maju kehadapan walaupun bukan mereka yang melakarkan "sejarah"itu.
tapi bak kata mereka " Sejarah" itu harus dikongsi secara bersama-sama.

tapi adilkah ia jika pengorbanan untuk mendapatkan
 "sejarah"itu hanya dilakukan oleh sebelah pihak sahaja?.

(sedangkan yang sebelah pihak lagi hanya menumpang hasil usaha orang lain..)

dan wajarkah ia untuk dikongsi secara beramai-ramai?..

Soalan aku :  rasa puaskah ??!. (anda Jawab)
aku bukan untuk mengungkit cerita "sejarah"ini.
tapi aku mahu umat ini tadi sedar akan menghargai usaha orang lain.
jangan jadikan "sang peng 'usaha'" ini tadi sebagai bahan guna2 jer.
bila susah, kalian cari tapi bila senang ?..
pelbagai ayat kalian dendangkan tapi satu pun tidak boleh pakai!.
bukan nak mengutuk! tapi inilah hakikat nyer..
"sejarah" yang korang banggakan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan!.
itu semua "propa".!

umat ini tadi suka melakukan kerja pada saat2 terakhir.
tapi tidak pernah untuk mencuba memanfaatkan masa yang diberi
untuk membuktikan yang kalian juga ada "bakat & kemahiran".
sudahnya, kalian telah memanfaatkan "bakat & kemahiran "orang lain 
untuk menyelamatkan masalah anda!.

so. adakah ia perlu dibanggakan!.. ( anda fikir)

buktinya, setiap kerja yang last minute nie
akan menyebabkan kalian seringkali tertinggal "fakta" asal pada setiap tugasan!
sudahnya, bagi kalian, "janji Siap"! betul tak?..
tapi pernahkah kalian fikir, siapa yang telah berusaha keras untuk membetulkan setiap
kesalahan "fakta"tadi?.
kalian lebih gemar menjadikan teknologi ini sebagai bahan untuk bergembira!.
meluahkan perasaan dengan menggunakan bahasa yang pelbagai makna..
maknanya pula selalu menggambarkan yang diri kalian yang paling "mulia"..
tapi hakikatnya, itu semua indah khabar dari rupa!.

rupa indah yang menarik belum tentu menjanjikan keindahan pada hari esok!.
sekadar rupa cantik tapi kerja hampeh!!!..tak guna jugak..
biar bodoh, asalkan kita rajin berusaha..
janganlah kalian bersifat bodoh sombong!.. hidup nak iye2 jer

sedih sangat bila "sang pengusaha " ini tadi telah bermati-matian untuk berusaha mengubah dan membantu teman-temannya untuk berubah .. tapi hakikatnya, dia hanya sekadar membantu!. tapi teman-temannya masih lagi diulit dengan "sejarah" yang telah membanggakan dirinya..

sedarlah...!


Sunday, March 20, 2011

kisah ulu yam.. 19 march 2011

assalamualaikum...

terasa bersalah pulak bila tak update entry kali nie.. tapi kali nie, aku nak cerita pengalaman yang paling best dengan rakan-rakan H4E yang telah menyokong kepada setiap program " sehari Bersantai Bersama E-generation".. Alhamdulillah, program ini berjalan dgn lancar dan semua orang terasa " berbaloi" dengan pelaburan yang telah mereka lakukan.

program nie dijalankan bila kami diperingkat tertinggi HotKat
telah mengambil keputusan utk menangguhkan projek
"Sukaneka Hotkat 2011"  ke Semester depan.
tambahan pula, program nie dijalankan apabila kelas terpaksa 
membatalkan projek
"bercuti ke Pengkalan Balak"

dengan adanya alasan diatas, aku boleh simpulkan yang projek ke  Ulu Yam adalah projek yang "terdesak" dan penuh dengan" krisis"..

pd saat ini, aku telah menyerahkan jawatan "Famous" aku " Pengarah Program" kepada penolong aku iaitu Maimunah.  Ni adalah projek 1st Mai sebagai pengarah program.
persoalan yang timbul skang nie! apakah jawatan aku utk projek ni???

jawapan aku : tiada jawatan

Kenapa???
1. aku tengah bengang giler dgn budak kelas.. opps! terlepas sudah
2. salah satu utk memberi pegiktirafan kepada mereka yang banyak berjasa pada kelas
utk handle projek ini.
3. aku penat..Huh! tension..

Ulasan:
tahniah kepada barisan kepimpinan Mai sbb berjaya handle projek nie sangat baik dan sempurna..
kalau 10 markah.. aku bagi 7 jer..
hahhaha... jadilah, asalkan ada markah kan!
kepimpinan yang cemerlang.!
lepas nie boleh larr take over jawatan aku.. hahhaha

thanks kepada rakan-rakan lain sbb join program nie. kowang aku amat hargai sangat2.. so, pleaz support for others program. kowang terbaik wokkk!!

thanks for mis Adora n Mis Safar sbb join program nie.. kowang lecturer yang sporting n bnyak sgt bg support pada program kelas..

----------------------------------------------------



Thursday, March 10, 2011

tawar hati !! tak mahu fikir lagi

Assalamualaikum..!

Aku dah tawar hati dengan kawan-kawan ( budak2 kelas aku) sekarang nie..
sampaikan aku dah tak tahu nak uat pe lagi dgn kawan2 aku skang nie..
dah macam2 aku lakukan untuk bawa perubahan pada kelas tapi sayang sangat!!!
dowang still ditakuk lama lagi jer..
bila difikirkan kembali, pe lar dosa aku sampai dowang aku buat cam nie?.

aku rasa pengorbanan aku yang curahkan dalam kelas
adalah sia2 belaka.. bagaikan curah air di atas daun keladi!
sedih sangat.! ramai yang berminat menjadi "penonton"..melihat saja tanpa membantu..!
aku bukan nak ungkit larr pe yang telah aku lakukan untuk dowang
tapi selama aku pegang jawatan kelas rap selama 3 semester nie..
dowang still tak pernah nak berubah lagi.

kalau dulu nak sangatkan perubahan? transformasi! tapi hakikatnya kowang sendiri yang tak bersedia nak berubah.. kalau berubah pon, cme berubah kawan jer..berpuak2!! dulu ngn member nie, skang ngn member lain.. wtf!! aku pon tak faham.. dah macam2 aku lakukan.. aku sanggup terima tender program supaya kita semua boleh bersatu tapi hakikatnya... aku sowang saja yang sakit! aku bekerja , tapi kowang pulak yg dapat nama! selama nie aku diam jer.. aku tak pernah nak cakap ape..

tapi skang nie aku dah mula tawar hati semenjak budak2 cancelkan program yang terbaru "bercuti ke pengkalan Balak".. kalau dulu, nak sangat bercuti, so aku sanggup berkorban duk memerah otak ngn member lain cm ner nak pastikan semua berjalan dgn lancar!.. sudahnya, bila aku dah dapat, kowang pulak yang uat hal..tak nak pergi!! wtf ( utk kali kedua).. aku pon tak faham sgt skang nie.. mahal sangat ker bayaran RM150 utk 3 hari 2 malam.. bg aku ia dah cukup murah sangat!! ada sekali set bbq dan karoeke.. itu pon still lagi tak bersyukur skang nie.. tambahan pulak, program nie adalah program yang tertangguh dari semester lepas tau! so, aku plan nak bawa ke semester nie kowt! tarikh dah cantik r.. tapi sokongan? hampeh!

aku tak pernah uat program cm nie tau! aku teringin sangat nak uat program bersantai dengan rakan2 kelas..aku nak bermesra dan release tension setelah kami penat uat kerja-kerja program.. tapi kowang tak pernah nak paham perasaan aku kowt! aku tahu ramai yang tak de duit.. dan banyak bg alasan " kami bukan anak orang kaya" tapi masalahnya, aku pon bukan anak orang kaya gak! tapi aku sanggup berkorban semata2 nak join.. lagi pun, aku bukan nya mintak sedepuk duit! aku dah mintak lama tau..tapi kenapa kowang buat cm nie.. aku penat tau!! bila diminta sokongan, semua orang kata "kami sokong" tapi sokong yang macam mana??? sokongan korang hanya dimulut sahaja..tapi kowang tak pernah nak tunjuk sokongan korang.. sudahnya sape yang uat kerja? kowang pikir larr sendiri.. kowang lebih suka belajar dalam kelas je kan?? 3 tahun kowang belajar kat kolej.. 3 tahun larr kowang nak melepak kat dalam kelas jer.. tapi still mcam tu gak!! datang kelas lambat, pas tuh bajet hot!!... bukan nak mengutuk tapi inilah hakikatnya..

pe yang aku perasan skang nie, kowang suka sangat mengkritik kerja orang kan??.. banyak mulut skang nie aku tengok! tapi yang aku geram, kowang suka cakap belakang tapi kowang tak nak cakap depan2...!!!
mulut kowang macam cibai tau! celaka!!! depan aku tunjuk baik tapi belakang??... wey, sebelum nak mengkritik, kene tengok dulu hasil kerja masing2 k.. kalau pe yang aku buat selama nie menyebabkan kowang susah! bg tahu aku... dan yang paling penting" bg cadangan sekali, mcm mana nak uat perubahan" bukan nak mengkritik membabi buta! huh!!.. aku mmg dah tawar hati dengan budak kelas skang nie.. aku dah penat sakang nie.. aku seolah syok sendiri..! dah penat aku menjaga perasaan orang lain tapi kowang ada nak paham perasaan aku?.. seyes , aku mcm nak nanges jer skang nie..  program nie hanya 3 tahun sekali jer.. bukan 1 bulan 30 kali!! aku pon tak paham sgt lar.. kalau kowang duk habiskan duit kowang utk benda lain..kowang mampu pulak!!... Ya Allah, aku mmg dah tawar hati skang nie.. aku menyesal skang nie..! kenapa aku harus hadapi semua nie..sedih bila kawan2 aku still mcm nie lagi.. dah mcm2 aku lakukan untuk kowang tapi kenapa kowang buat aku cm nie..

aku 24 jam duk memikirkan pe yang aku nak lakukan lagi utk kowang! tapi kowang tak pernah nk bg sokongan.. sudahnya, bila program yang sebelum nie menjadi, semua orang keluarkan kenyataan..program best lar!! ape larr... tapi cuba tanya sikit pada diri kowang tuh dulu! kowang nie jenis yang suka dapat nama je ker?.. k fine, aku lakukan semua nie adalah sebahagaian janji aku utk bawa perubahan pada kelas .. tapi perubahan yang kita lakukan ni haruslah diterjemahkan dalam bentuk program.. tapi kowang???... jgn larr pk semua program nie free jer.. kita tak de modal nk uat semua program.. so, kita kene sacrifice sikit larr .. aku dah jemu duk cakap benda yang sama jer skang nie.. aku pon tak paham larr, kowang nie paham ke tak maksud aku??.... siallllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.... aku dah malas larr nak tahu pasal kowang lagi.. lepas nie ,pe2 hal kowang buat larr hal sendiri k.. aku dah jemu! aku dah menyesal duk layan kowang cm nie.. baik pon tak guna!.. aku dah sampai tahap benci yang paling maut skang nie.. celaka larr kowang sampai mati...!!

" bagi mereka yang terasa sahaja yang paham pe maksud aku nie!.. so, kalau terasa kowang larr sial!!!... kalau tak..tak payah duk nak uat isu skang nie!!

Saturday, February 26, 2011

satu lagi projek telah terlaksana

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku merancang untuk membawa perubahan pada Hotkat ( Persatuan Kelab Hotel Dan katering) kini terlaksana juga walaupun pelbagai rintangan dan cabaran telah aku lalui untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

program yang aku maksudkan adalah program "Seminar Perindustrian dan Pembangunan Hospitaliti" peringkat Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering. program ini merupakan program kedua aku iaitu selepas program "Sehari Bersama E-generation" dan ia juga merupakan program yang pertama aku setelah memegang jawatan presiden HotkaT. oleh itu, boleh dikatakan program ini adalah merupakan program yang julung-julung kali diadakan selepas Program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering ditubuhkan di Kolej ini.

namun begitu, aku amat berbangga diatas kejayaan program ini walaupun terpaksa mengerah tenaga untuk memikat rakan-rakan lain untuk hadir ke seminar ini. maklum lar.. sekarang ini bukan semua orang suka nak dengar ceramah nie.. oleh itu,pelbagai siri kempen dan promosi telah dilakukan iaitu aku terpaksa pergi berkempen ke setiap kelas untuk menjelaskan objektif program yang akan dilaksanakan. sekali sekala aku fikirkan, dah macam aku pergi berkempen untuk pilihanraya saja..ha3. bagi aku inilah pendekatan yang terbaik untuk aku mendekati mereka kerana kalau nak kerja-kerja promosi yang lain, sudah lambat! sebab, aku kesuntukkan masa untuk lakukan semua nie. maklum larr, program ini dilakukan selepas exam pertengahan semester.

Friday, February 11, 2011

KFC

aku nak luahkan perasaan rasa tidak puas hati aku kat sesetengah individu!
nie semua berpunca daripada rancangan makan KFC!.

kerana aku menolak tawaran untuk makan KFC bersama
tlh menyebabkan rancangan tersebut tergendala tapi still menjadi lagi.
niat untuk makan kat KFC secara beramai-ramai
tapi akhirnya terpaksa untuk "take away".

Thursday, February 10, 2011

aku merindui kamu walaupun aku berubah!

perjuangan dan prinsip pegangan aku yang baru telah menuntut aku melakukan perubahan diri yang terlalu mendadak sehingga aku berubah sikap pada mereka yang berada di sekeliling aku. mereka yang dahulunya rapat dan mesra denganku kini telah jauh membawa diri. jika dulu aku tidak pernah bersuara tinggi dengan mereka tetapi kini telah aku calarkan telinga mereka dengan teguran sinis yang berbisa sehingga mereka terasa kurang senang denganku!.  tapi kini, aku merasa rindu pada kenangan lepas.

Bukan setiap yang aku dambakan adalah berpunca kesalahan daripadaku! tapi aku lakukan semua ini adalah untuk membuat mereka sedar betapa pentingnya usaha dalam semua perkara yang dilakukan. sifat malas dan alpa telah menyebabkan mereka ini selalu jauh dengan perjuangan mereka disini. tugasan yang diberi seolah-olah tiada makna bagi mereka. mereka lebih gemar melakukan tugasan tersebut "last minute" sehingga hasil yang diperolehi amatlah teruk sekali. tapi aku amat memahami keadaan mereka sehingga aku sanggup untuk menyiapkan tugasan mereka sehingga ia menjadi sempurna. bila difikirkan kembali, aku telah melakukan kesilapan yang besar kerana melakukan sebegitu semata-mata untuk menyalamatkan keadaan dan markah mereka. tapi hakikatnya, mereka tidak mengetahui apa-apa tentang tugasan yang diberi. kalau dibiarkan begini selalu, mereka tidak akan menjadi pandai dan mahir untuk melakukan setiap tugasan yang akan diberi.
aku amat kesian dengan diri mereka tetapi kenapa mereka tidak pernah kesian dengan diri mereka. kenapa mereka tidak sedar dengan erti "usaha".

Monday, January 24, 2011

aku tidak akan diperbodohkan oleh kamu lagi!! bangkitlah..

bila sebut pasal bodoh! semua owang akan marah dan bengang.. tapi apa yang aku nak kaitkan dengan topik kali ni adalah aku akan terus berjuang untuk tidak diperbodohkan oleh orang lain yang menjadikan aku sebahagian kepentingan mereka sahaja.

cukup dulu aku terus diperbodohkan tapi kali ni aku bangkit dengan tema baru " menilai orang melalui hasil kerja dan bukan melalui peribadi". bukan zalim maksud aku! kerana terlalu menilai orang dari sudut peribadi telah membuatkan aku percaya dan terkasima dengan permainan mu! tapi hakikatnya, aku yang merana dan tersiksa.

Sunday, January 16, 2011

tanggapan baik aku terhadap kau sudah berubah!! sory!!

penipu!!!
aku sangka ko nie baik..
perh... sial betul lar..

aku tahu ak tak de hak
nak campur urusan peribadi ko!
tapi kau dah berjaya mengubah tanggapan aku terhadap ko..

Monday, January 10, 2011

tahniah!

salam..
1st, aku nk mintak maaf sbb aku dah lama tak update blog ak. hu3.
bukan ape, aku sgt bz skang nie.
mcm2 benda nak di selesaikan dalam bulan nie..
but now! aku dah relax sikit..
tapi sekejap jer, sbb nie dah bz balik..urm!

aku nak share kat kowang kejayaan aku menganjurkan program dengan budak kelas.
aku happy sgt! sbb ak dapat laksanakan tanggungjawab aku..
aku adakan program " Sehari Bersama E-generation" diantara budak2 kelas ak dgn budak2 H2E ( junior)..

mmg gempak giler, sbb penyertaan kali nie ramai sgt! lebih 120 orang.
perh!! terkejut jugak aku tapi aku suka sbb kali nie penyertaan lebih menggalakkan.

tujuan aku uat program nie sbb aku nk kelas ( dak2 kelas) berkenalan dengan junior kami.
but the same time, kami nk kembangkan sayap E-generation kat pelapis2 kami nanty.
maklom lar, aku dah tak lama lagi dh kat kolej nie.. so, aku kene serahkan legasi perjuangan kami pada pelapis kami.

pelbagai aktiviti kami jalankan antaranya:
-  aktiviti suai kenal
-aktiviti mengasah minda
- game :  banana boom , dance chair , jigsaw puzzle , chicken dance and poco-poco.

semua yg datang hepy giler.. enjoy habis lak tu.. semua owang amek bahagian setiap aktiviti yang kami buat..
perh! yang tak tahan nyer, kali nie aku asyik gelak jer.. sampai jatuh aku gelak..
mana tak nyer, kelakar dengan gelagat dowang semu.. funny!

kami semua dah mcm satu keluarga walaupun kami baru sahaja berkenalan..
hahahaha.. klo niat seseorang itu baik, maka baik lah jadinyer..
sudah nyer, penasihat program telah ambil keputusan agar kami dapat buat program selepas nie.

so, aku dah pk r ape yang aku harus buat! tgu jer r.. kebanyakkan pensyarah nk tumpang sekali program. 
sudah nyer, aku pulak pening sbb  tak tahu nk uat program ape n lagi satu masa yang kami tinggal skang nie singkat sangat!.. takot tak sempat pulak kank..

pe2 pon, nie adalah tanda positive, kepercayaan mereka terhadap kepimpinan aku sudah mula kuat dan padu.. nie smua berkat doa dan usaha dari semua pihak yang telah banyak membantu ak..
tahniah aku ucapkan kepada semua AJK induk dan pelaksana kerana telah berusaha untuk menjayakan program ini.

Sunday, January 2, 2011

kecewa tapi masih menaruh harapan lagi!

aku kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawanku yang suka berpeluk tubuh dan tidak mengambil serius dengan apa yang dirancang! mereka seolah-olah tidak mengambil berat akan masalah yang timbul dan sudahnya aku saja yang mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka.

mereka tidak sedar yang mereka mempunyai tanggungjawab tapi kenapa sampai hari ini mereka masih menafikan yang mereka juga ada peranan dalam kelas. aku sedih, kerana mereka sampai sekarang tidak berubah..kenapa? kalau begitu, better kowang lepaskan kepentingan kowang dalam kelas if korang sendiri gagal untuk menjalankan peranan korang!. ingatlah, program yang kita rancang nie sudah pun berjalan. dan ia memerlukan komitmen yang padu dari kalian tapi korang??.. aku pun tak faham.. bagi aku, masa kita untuk uat persiapan dan perancangan dalam program nie dah  sangat suntuk!!

nie program kecik jer kowt! tapi kenapa korang sendiri tak boleh nak selesaikan. jangan menjadikan alasan peribadi untuk mengelakkan kowang dari terlibat dengan peranan!. aku pun ada masalah peribadi gak, tapi kenapa aku boleh jer lakukan dan beri komitmen yang baik dalam program ni!. korang dah besar kowt! akan semua benda nak kene suap jer.. bangkitlah!! kita harus berubah! korang tak leh cm ni.. sampai bila kowang tak tahu tapi sedangkan kowang tak nak cuba.. so, mcm mana nk tahu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!