Monday, December 20, 2010

~ result dah KUar!! ~

alhamdulillah, ari ni bermulanya semester baru aku di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics.
semester ini aku dah sem 4. tapi hakikatnya, aku belum bersedia utk menghadapi semester yang baru!

pada ari nie jugalah aku berjumpa kawan2 ku yang telah lama aku tak jumpa. hampir sebulan kowt! indu?..entah r..aku pon tak tahu!. tapi apa yang pasti mereka semua dah berubah! dulu yang besar, kini kecik! ( kurus). dulu sakai, kini bergaya ( lebih kemas dari dulu).. tapi bukan perubahan ini aku nak cerita..

sebetulnya, aku pada ari nie dah dapat result exam aku! alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.. tapi, aku gagal untuk mengekalkan kejayaaan pointer aku pada sem lepas. aku dapat 3.858 pointer.. dan CGPA 3.940.
nie semua diluar dugaan aku, sbb aku target utk dapat 3.90. tapi ada satu subjek yang ak gagal untuk dapat A+.
iaitu subjek restoran! perh..aku target subjek nie ak dapat A.. tapi aku dapat A- jer.. tak tahu pe salah aku!

kata lect " aku dah boleh dapat A dalam subjek restoran nie, sbb markah carrymark ak dah cukup!". tapi entah r, tetibe jer jadi cm nie!.. nak kata aku silap time exam, tak larr kowt!! aku jawab ngn betul.. myb tak de rezki kowt! pe2 pon aku redha jer..

subjek Akaun hospitality pulak, aku dapat B+. alhamdulillah, bersyukur sangat!! aku amat risau dengan result aku utk paper nie..risau giler!!! dan kerana merisaukan subjek nie..aku tak leh berhenti berfikir dan hidup dgn aman! ( skang nie dah lega lar, sbb dah tahu result aku kowt!! ).. ak bab kira2, mmg kantoi sikit! maklom larr, bab kira duit, aku mmg pandai tapi bila dah nak kira2 nombor nie..heheheheeh.. (paham2 sude).

inilah kputusan result aku!
MENU PLANNING AND COST CONTROL = A
HUMAN RESOURCES = A
ORIENTAL ASIAN COOKING SKILL = A
FOOD AND BEVERAGE SKILL 2 ( RESTAURANT) = A-
HOSPITALITY ACCAUNTING = B+.

pe yang aku kagum adalah, usaha aku utk membantu kawan2 aku utk pastikan dowang dapat pointer yang baik pada exam nie, berhasil jugak.. kesemua mereka telah mendapat keputusan yang baik dan meningkat!!
ak berasa bangga!! tapi ini semua atas usaha mereka jugak.. usaha mereka penting dalam kejayaan mereka.
tapi tak de sorang pon yang.............................kat aku! tapi tak pe larr, aku lakukan semua nie dgn ikhlas..

pe2 pon aku bersyukur sangat, sbb aku still dapat kekalkan kejayaan aku utk dapat dekan 3 kali berturut2..
so, aku nak pastikan sem baru aku nie.. aku dapat dekan lagi!

terima kasih kepada para pensyarah 
kerana telah mengajar aku
sehingga aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang ni!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!