Wednesday, December 29, 2010

bersediakah aku? aku dalam dilema

bersediakah aku ? aku dalam dilema. aku takut niat aku untuk m'bantu di salah erti oleh pihak lain yang tidak pernah cuba untuk memahami aku!. aku takut kegagalan akan wujud disebalik apa yang aku lakukan.
namun, aku tidak pernah berputus asa untuk berusaha  menambat hati mereka yang masih menduga keupayaan aku untuk cuba bersama berdiri dengan mereka.

kegagalan pada masa lepas telah banyak mengajar aku agar aku sentiasa bermuhasabah diri dan memikirkan apakah punca yang berlaku! bagaimana aku kehilangan sokongan sehingga aku tidak lagi berupaya untuk menarik minat mereka terhadap apa yang aku telah lakukan.



namun begitu, mereka menuduh pada masa lepas, aku begitu suram dan seolah tidak melakukan sesuatu untuk membawa perubahan tapi pada dasarnya, aku sedang membuat dan mencari jawapan kepada masalah yang timbul. aku sebenarnya sedang menyelesaikan krisis dalaman yang semakin merebak dan cuba mengembalikan kepercayaan mereka padaku!

sebak dan penat!! inikah ujian yang aku perlu hadapi sedangkan aku terus dicanang dan diperhati oleh mereka yang tidak pernah cuba untuk memahami aku. sepi!! kerana aku melakukan secara keseorangan tanpa dibantu oleh mereka. dan akhir sekali, aku terus semakin dicabar dengan krisis dalaman yang semakin membunuhku!

pembangunan dan kejayaan telah aku ukirkan untuk mereka sehingga mereka ini disebut dan dihormati oleh orang lain tapi wajarkah aku dihukum sebegini rupa? urm.. aku tak kan mudah berputus asa, aku akan terus berada dihadapan, bagi aku, aku tak boleh lemah dan aku tak leh tunjuk yang aku lemah.. aku kene sentiasa terus maju dan terus memikirkan apakah yang aku harus lakukan untuk membawa perubahan. walaupun pada hakikatnya, mereka ini amat susah untuk difahami tapi bagiku, mereka ini adalah golongan yang senang untuk didekati. mungkin kali ini, aku akan cuba tukar skill untuk menambat hati mereka.

aku akan sentiasa berdoa, agar aku sentiasa dipermudahkan urusanku dalam aku sedang melaksanakan agenda pembangunan kelas. aku berharap mereka akan berubah dan sanggup memberi kerjasama. walaupun aku sebenarnya dalam dilema..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!