Wednesday, December 29, 2010

bersediakah aku? aku dalam dilema

bersediakah aku ? aku dalam dilema. aku takut niat aku untuk m'bantu di salah erti oleh pihak lain yang tidak pernah cuba untuk memahami aku!. aku takut kegagalan akan wujud disebalik apa yang aku lakukan.
namun, aku tidak pernah berputus asa untuk berusaha  menambat hati mereka yang masih menduga keupayaan aku untuk cuba bersama berdiri dengan mereka.

kegagalan pada masa lepas telah banyak mengajar aku agar aku sentiasa bermuhasabah diri dan memikirkan apakah punca yang berlaku! bagaimana aku kehilangan sokongan sehingga aku tidak lagi berupaya untuk menarik minat mereka terhadap apa yang aku telah lakukan.

Thursday, December 23, 2010

perjalanan balik tertangguh!

aku target aku akan selesai dari urusan kolej pada ari rabu semalam, tapi skang ni dah ari khamis, aku still tak balik lagi tau! tension giler... padahal, urusan pengambilan kad matriks dah selesai lama dh pada ari selasa.. so, boleh lar aku angkat kaki nak balik rumah..

tapi!!!!!!!!!!!!!
ari rabu pulak,
ade hal lain yg kene aku uruskan..
iaitu, menghadiri perjumpaan kelab utk kali pertama bg sem ni!
aduyai!! rasa malas pulak nk dtg
tapi!!! ( asyik tapi jer)..
aku takowt kene CF " clearence form" (entah betul entah tidak ejaan aku nie)

Monday, December 20, 2010

~ result dah KUar!! ~

alhamdulillah, ari ni bermulanya semester baru aku di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics.
semester ini aku dah sem 4. tapi hakikatnya, aku belum bersedia utk menghadapi semester yang baru!

pada ari nie jugalah aku berjumpa kawan2 ku yang telah lama aku tak jumpa. hampir sebulan kowt! indu?..entah r..aku pon tak tahu!. tapi apa yang pasti mereka semua dah berubah! dulu yang besar, kini kecik! ( kurus). dulu sakai, kini bergaya ( lebih kemas dari dulu).. tapi bukan perubahan ini aku nak cerita..

sebetulnya, aku pada ari nie dah dapat result exam aku! alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.. tapi, aku gagal untuk mengekalkan kejayaaan pointer aku pada sem lepas. aku dapat 3.858 pointer.. dan CGPA 3.940.
nie semua diluar dugaan aku, sbb aku target utk dapat 3.90. tapi ada satu subjek yang ak gagal untuk dapat A+.
iaitu subjek restoran! perh..aku target subjek nie ak dapat A.. tapi aku dapat A- jer.. tak tahu pe salah aku!

kata lect " aku dah boleh dapat A dalam subjek restoran nie, sbb markah carrymark ak dah cukup!". tapi entah r, tetibe jer jadi cm nie!.. nak kata aku silap time exam, tak larr kowt!! aku jawab ngn betul.. myb tak de rezki kowt! pe2 pon aku redha jer..

subjek Akaun hospitality pulak, aku dapat B+. alhamdulillah, bersyukur sangat!! aku amat risau dengan result aku utk paper nie..risau giler!!! dan kerana merisaukan subjek nie..aku tak leh berhenti berfikir dan hidup dgn aman! ( skang nie dah lega lar, sbb dah tahu result aku kowt!! ).. ak bab kira2, mmg kantoi sikit! maklom larr, bab kira duit, aku mmg pandai tapi bila dah nak kira2 nombor nie..heheheheeh.. (paham2 sude).

Tuesday, December 14, 2010

beza aku dan kau!!

keruntuhan akhlak pada awal remaja! satu masalah yang telah berlaku dalam kalangan kawan2 ku yang berumur dalam lingkungan 13-15 tahun ( masih budak sekolah lagi). Betul larr kata owang

" perangai manusia jika nak masuk awal remaja, mereka akan mengalami kejutan budaya
dalam kehidupan mereka sehingga tertimbul istilah semua benda dan perkara mereka mahu cuba"

kejutan budaya? secara jujurnya, kawan2 ku kini mengalami kejutan budaya yang teramat sangat sehingga aku sendiri pun tidak boleh untuk menerima cara kehidupan mereka ( berbeza sungguh dengan perangai dowang waktu dulu). jikalau dulu, perangai dowang aku lihat semuanya baik tapi kini ??.. baik dekat rumah jer..

klo dulu, isu kampung jadi bahan bualan ( bergosip pasal orang sekeliling) kalau lepak kat taman. tapi sekarang!!
isu jantan ( pakwe) jadi topik yang paling panas dan sering menjadi bahan bualan tak kira pagi dan malam.
JANTAN, JANTAN DAN PAKWE!! aku sedar, semua owang nk dirinya nk dikasihi dan dibuai dengan kasih sayang dan manja tapi persoalannya, kau tuh masih belajar lagi kowt!! aku pon dulu pernah mengalami zaman mcm kowang tapi tak de larr kemarok nk bercouple..!! ( jelas sekali, budaya zaman dulu berbeza dgn skang).

yang peliknya, pasal seorang jantan pon!! kawan2 nak gaduh ker? perh!! tak boleh bla kowt.. mcm nk bg tahu kat dunia, yang" si Jantan ni adalah ko pyer dan takde sape yang boleh amek dari genggaman ko!!" perh!!! stupid larr wey,. banyak lagi larr jantan kat dunia nie!!
( kenapa aku gne istilah "jantan", lelaki yang kawan aku minat bukan semua nyer mendidik untuk jadi baik tapi semuanye nak amek kesempatan dan penipu!! )

Friday, December 10, 2010

membentuk kempipinan yang berkebolehan

ini adalah sambungan cerita dan harapanku dalam azam maal hijrah!.
aku ada menulis mengenai transformasi yang ingin aku laksanakan dalam kempipinan kelas aku.
oleh itu, aku mahu transformasi ini akan dapat membentuk kempipinan yang berkebolehan dan mampu memberi perkhidmatan yang baik pada rakan kelas yang lain.

persoalannya bagaimana?
mereka yang menjadi sebahagian jentera kempipinanku akan diberi pendedahan dan taklimat mengenai apakah misi dan visi kempipinan aku pada kali ini. tambahan pula,mereka akan diberi tugasan untuk merancang dan melaksanakan program yang akan dilaksanakan mengikut bahagian exco yang telah ditetapkan.

Wednesday, December 8, 2010

azam maal hijrah!

Azam maal hijrah aku untuk kali ini adalah aku mahu berubah dari segi cara dan gaya pemikiran aku!
aku mahu berfikir mengenai kemajuan diri. Tambahan pula, aku mahu gaya pemikiranku yang lebih meluas dan matang! ini kerana, aku merasakan tahun depan merupakan tahun yang sangat mencabar dan menguji diri aku dari segi pemikiran dan sikapku terhadap orang yang berada disekelilingku. 

kenapa aku mahu gaya dan cara pemikiranku lebih meluas dan matang?
 secara jujurnya, aku pada semester hadapan merupakan seorang pelajar yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah kelas yang penuh dengan ragam dan masalah. hu3.. oleh itu, misi aku kali ini adalah untuk membuat perubahan kepada kempipinan kelas dan pelajar-pelajar. so, untuk mencapai misi ini, aku harus memastikan aku sentiasa bersedia dan perlu langkah sehadapan sebelum kawan-kawan2 ku yang lain.
sehubungan dengan perkara itu, gaya pemikiranku harus berubah dan selangkah lebih maju! 

tapi persoalannya, adakah aku mampu menghadapi dugaan yang akan aku hadapi semasa aku menjalani proses transformasi ini?
aku selalu memikirkan masalah ini. bagiku, aku tidak boleh melakukan secara bersendirian. kerana transformasi ini melibatkan semua orang yang berada didalam kelas aku! bagiku tidak akan ada seorang pun yang akan tertinggal atau dipinggirkan dalam aku sibuk menjayakan proses transformasi ini. oleh itu, aku harus mempersiapkan jentera kempipinan yang mantap dan mampu berkhidmat serta boleh berubah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh aku! 

bila difikirkan balik, agak payah rupanya, mereka yang menjadi jentera kempipinanku adalah mereka yang belum  berpengalaman dalam dunia kempipinan! apa yang aku lihat, mereka masih tidak sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka  serta ada diantara mereka yang belum bersedia untuk menjadi sebahagian orang penting dalam kelas.. aduyai!! ini akan menyulitkan kerjaku mereka ini adalah mereka yang telah berjaya mendapat mandat oleh pelajar lain melalui proses pilihanraya. oleh itu, aku terpaksa menyediakan  dua program pembangunan iaitu :

- membentuk kempipinan yang berkebolehan 
- mentransformasikan minda pelajar.

dua program ini perlu dilaksanakan dengan segera! kerana selepas ini, mereka akan menghadap kehidupan dunia realiti. oleh itu, mereka harus dipersiapkan dengan segala pengetahuan dan kemahiran agar mereka boleh menghadapi cabaran dan dugaan yang akan mereka tempuhi dalam latihan industri.

apa yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum mereka  didedahkan dengan  transformasi iaitu mereka perlu bersatu padu dan mereka kena sedia berkorban serta sanggup menghadapi dan menerima perubahan. ini juga memerlukan satu idea yang mantap agar objektif ini tercapai dan sekaligus aku boleh melaksanakan proses transformasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!