Friday, November 5, 2010

~!! perjalanan minggu lalu !!~




Sepanjang minggu lepas, aku rasa diriku kini sudah tiada benteng pendiriannya lagi. Aku sudah merasakan yang aku semakin hilang identity aku yang dulu. Semuanya yang berlaku bagaikan tidak kene saja. aku merasakan sangat sunyi dan sepi kerana terpaksa memendam perasaan yang sudah sarat dengan suka duka sepanjang minggu lalu. Aku yang dulu kuat tersenyum tetapi kini semakin terselah dengan “ketat mencuka”. Dulu aku “kaki riuh” tetapi kini diam menyepi sendirian. Jika dulu aku ini “kuat berjenaka’ tetapi kini aku kuat “berkiasan” atau bersemantik dengan orang lain. Semua benda yang dekat dengan aku, aku merasakan seolah-olah tidak kene dengan aku. Ada sahaja yang aku pertikaikan. Niat dihati teringin nak marah tetapi aku sedar yang aku tidak boleh melakukan niat aku itu. Apa yang aku mampu buat adalah hanya mampu mempunyai perasaan geram sahaja. Secara konklusinya, sesiapa yang “baik” dan mereka yang “tidak baik” dengan aku  pun, aku tetap memberi layanan yang sama macam ???? tapi ada perbezaan sedikit sahaja. Pada minggu lepas, perasaan aku mudah saja berubah-ubah. Sekejap baik, sekejap tidak “moody”..tetapi apa yang aku boleh simpulkan adalah:

10% = gembira
Gembira pada minggu lepas adalah sebab aku berjaya melakukan aktiviti berbentuk pendekatan agama.  Program ini dijalankan oleh exco kebajikan dan ia dibantu oleh exco yang lain. Program yang dimaksudkan adalah program majlis bacaan yassin dan solat hajat anjuran kelas sempena peperiksaan akhir semester. Walaupun jumlah penyertaan yang kurang memberangsangkan dan mengecewakan tapi program tersebut berjalan dengan lancar dan sederhana. Oleh itu, aku rasa gembira kerana aku berjaya  membentuk organisasi yang baik dengan mereka yang telah memberi komitmen yang baik serta padu untuk menjayakan program ini.

90% = sedih, kuat merajuk dan moody ( saham ditutup bercampur-campur)

Ceritanya, apabila diriku kini sudah tiada benteng. Tetiba sahaja aku mempunyai perasaan cemburu yang melampau. Sebenarnya, aku dan si “dia” tidak mempunyai maksud apa-apa dan aku tidak ada niat untuk menjalinkan hubungan yang terlarang. Cuma aku saja yang terasa sayang lebih pada sidia tetapi persoalannya. Adakah dia sayang padaku? Kalau dia sayang aku pun, sayang yang macam mana? Dari soalan itu, aku sudahpun mengetahui apa jawapan yang sidia akan bagi. Lebih baik aku tak perlu Tanya dia. Lagi pun dia tak kasi aku Tanya soalan macam itu pada dia. Bukan apa, dia terlalu jujur, takut aku saja yang tak boleh terima.

Dia selalu lepak dekat suatu “tempat” ( dirahsiakan). Dulu, dia jarang lepak kat tempat ni. Ini semua boleh berlaku ketika kawan aku mempunyai masalah sikit. So, khidmat sidia amat diperlukan pada masa dan saat itu. Dia seorang yang pakar menyelesaikan masalah ini. aku membiarkan dia dengan tanggungjawab dia untuk membantu kawan. Apa yang aku boleh lakukan adalah sentiasa berdoa agar si dia dipermudahkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alhamdulillah, masalah tersebut berjaya diselesaikan. Namun begitu, perubahan yang aku Nampak adalah dia suka pada tempat itu. Dia rajin lepak dan kadang-kadang terlena pulak. Katanya, minggu itu sahaja dia lakukan begitu sebab mahu pastikan kawan-kawan sentiasa selamat.
Wow!!! Baik betul niat sidia. Siapa yang dengar kenyataan ini mesti tersentuh dengan kata-katanya. Aku pada mulanya, diam sahaja sebab aku pun selalu lepak kat tempat itu. Cuma bezanya kali ini, aku jarang lepak kat tempat itu sebab aku masih lemah dalam hal ini setelah apa yang berlaku di tempat itu. Tambahan pula, ramai kawan-kawan aku yang lain sudah mula berkata-kata mengenai diriku yang selalu jauh dengan mereka. Oleh itu, aku rasa aku perlukan masa untuk luangkan sisa masa aku bersama dengan kelompok umat yang berkata-kata tadi. Pada masalah inilah, aku menggunakan ia sebagai satu alasan kenapa aku mula menjauhkan diri di tempat itu.



Tapi keadaan mula berubah apabila munculnya kata-kata cinta “ kenangan dulu akan berputik kembali”. Kenyataan ini tidak dapat aku nafikan yang kenangan dulu akan kembali menyunting jiwa sidia. Pada saat, aku melihat kemesraan yang terbit, aku sudah merasakan perasaan cemburu akan menguasai jiwa dan pemikiranku. Namun begitu, aku masih mampu untuk mengawal keadaan. Aku berasa sedih sebab apa yang aku lalui sebelum ini  telah menyerupai pada sketsa ini. aku yang lemah dan tiada kekuatan setelah aku habis berjuang secara bersendirian kini terpaksa untuk bersiap sedia untuk menghadapi buat kali kedua. Perkara yang aku paling tidak suka adalah apabila mereka cuba mengaitkan apa yang terjadi adalah kaitan dengan apa yang berlaku pada aku sebelum ini. bagi aku, aku relakan kemesraan yang muncul dan terbit adalah suatu perkara yang biasa dan aku tidak sedikit pun terasa hati tetapi semakin hari, aku semakin merasakan perubahan, pada saat itulah aku sudah tidak seperti dulu lagi. Aku hanya mampu melihat dan berserah sahaja. Aku tak nak bagi sebarang komen dan kenyataan dari mulut aku. Cuma apa yang berlaku ini adalah disebabkan aku sahaja. Ia disebabkan perasaan cemburu yang sedang menyerang perasaan aku. Oleh itu, aku harus memikirkan bagaimana aku nak menghadapi masalah ini agar ia kembali normal. Perancangan awal aku adalah untuk tidak selalu lepak di tempat itu. Sudahnya, bertambahlah satu sebab kenapa aku jarang untuk lepak kat tempat yang pernah aku anggap sebagai tempat penuh kenangan.


Pada suatu hari, aku ada memujuk dia untuk  untuk tidak pulang kerumah dia pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Aku ingin bersama dia dan mahu ulangkaji pelajaran bersama-sama. Alhamdulillah, dia bersetuju tapi yang menjadi persoalannya,  indah khabar dari rupa. Tapi aku tetap bersyukur kerana sidia masih lagi disisiku. Pada suatu malam, dia mengajak aku untuk lepak ditempat itu. Katanya, lepak sahaja dan akan pulang pada pukul 12.00 malam. Dalam tempoh tersebut,  aku melihat kemesraan yang muncul. Tapi apabila sampai detik 12.00 malam, dia masih lagi tidak mahu pulang. Sudahnya, aku mengambil keputusan untuk balik dengan menyuruh kawanku yang lain untuk ambil aku. Tapi sayang, kawan tidak dapat ambil aku kerana dia ada ditempat lain. Aku terpaksa tipu mereka yang kawanku sudah tunggu aku. Aku jadikan ia sebagai alasan kukuh untuk aku boleh pulang kerumah. Bila difikirkan balik. Mana sabtu ahad yang dijanjikan? Bila siang, tidur dirumah dan bila malam berbunga diluar sana.
Aku tak nak marah-marah sebab aku tidak mahu timbulkan masalah ini lagi.

Masalah mesej pula, aku kadang-kadang terasa jugak, sebab aku boleh kira berapa kali sidia akan mesej aku berbanding kekerapan sidia mesej dengan temanku. Alasannya, kredit tiada. Tapi  menurut pendapat aku,  itu sekadar alasan yang gagal cuba menyakinkan aku. Aku lihat “handphone” sidia sahaja yang berbunyi sedangkan pada masa itu, aku baru saja mesej.pada saat itulah, aku melihat sidia bersungguh-sungguh untuk membalas pesanan tersebut. Mungkin sidia bosan dan malas melayan mesej aku. Aku kena mengakui semua ini. jika aku boleh menghabiskan masa dan perhatiaanku untuk kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Adakah kalian tidak sanggup melakukan perkara yang sama?. Tepuk dada Tanya selera.



Sidia pernah berkata “ aku akan berubah, jika kau  mengundur diri dari aku”. Satu kenyataan yang sungguh bermakna bagiku. Perubahan yang bagaimana? Adakah ia positif atau negative?.aku tidak sanggup melihat perubahan sidia jika ia disebabkan aku yang mahu berubah.  Kenyataan “mengundur diri” sebenarnya satu ungkapan yang penuh dengan semantic. Apa yang aku mahukan mengundur diri ini adalah aku mahu mencari diri aku yang sudah hilang. Aku mahu memulihkan diri aku daripada kesakitan yang aku tanggung didalam perjuangan ini. seandainya kau tahu, perjuangan yang aku lalui ini adalah perjuangan yang pahit dan aku terpaksa menghadapi secara bersendirian. Demi menutup segala yang berlaku, aku mahu menghiburkan kawan-kawanku daripada mereka sedar akan kesulitan yang aku lalui. Tapi sayang,  setelah apa yang berlaku, aku sudah tidak berjaya mengawal diriku lagi. Mereka sudah menangkap aku dengan mengikat aku dengan kata-kata yang menyeksa bagiku. Adakah perubahan aku ini akan memberi kesan kepada perubahan kehidupan kalian?. aku ini sekadar melukut ditepian gantang yang tidak akan memberi kesan pada kehidupan kalian langsung. Tapi kenapa kamu semua mengikat diriku dengan kata-kata. Jika kalian mahukan aku yang dulu, kalian seharusnya membantu aku dan bukannya melakukan perkara yang bodoh. Aku mengundur diri pun sebab aku mahu kalian semua berdikari dan belajar erti berdikari. Kerana berdikarilah yang akan mengajar kalian erti kehidupan. Bagi aku, aku boleh tolong kalian tapi sampai bila kalian harus dimanjakan sebegini lama?.namun begitu, aku tidak bermaksud untuk lepas tangan dalam hal ini, apa yang aku akan lakukan adalah aku akan membantu kalian walaupun bantuan yang diberikan adalah sedikit. Kalian semua sudah besar dan seharusnya kalian haruslah berusaha untuk memajukan diri dan tidak mengharap sepenuhnya pada orang lain. Bukan apa, aku takut kalian tidak dapat melakukan sesuatu jika kalian menghadapi dunia reality nanti. Ingatlah cabaran dunia luar adalah cabaran yang memerlukan ketabahan dan pengetahuan kita. Tapi aku tak pernah nak salahkan kalian pun. Mungkin inilah dugaan yang aku hadapi. Oleh itu, bagilah aku ruang untuk aku kembalikan kenangan yang terindah diantara kita. Apa yang berlaku dalam hidupku kini, biarkanlah ia menjadi sebuah rahsia antara aku dan sang maha pencipta. Namun begitu, apa yang aku lakukan ini adalah ikhlas dan tiada rungutan daripadaku. Aku mahu kalian berjaya dalam kehidupan dan akedemik. Kita akan pastikan segala yang kita perolehi ini akan kita bawa ke majlis konvo nanti. Pada saat itulah, perpisahan akan terjadi dan ketika itulah aku akan merelakan pemergiaan ini walaupun hati ini terasa berat untuk melakukannya. Sesungguhnya, aku amat mencintai dan menyayangi kalian.
Aku mohon maaf diantara kalian andai kalian terasa dengan apa yang luahkan dalam laman ini. aku harap kalian sentiasa bersama dan saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain. Ingatlah, perjuangan kita belum berakhir lagi, kita harus bersatu untuk memastikan setiap apa yang kita rancang akan berjaya dilaksanakan. Aku sentiasa mendoakan kalian berjaya dan bahagia dengan insan yang kalian cintai.  Amin!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!