Saturday, November 27, 2010

ilham ku : perjuanganku yang belum selesai

Perjuanganku belum selesai ( khas untuk e-generation)

Sesungguhnya…
Tiada benda yang menyayat hati bila melihat rakanku lemah dan berpuak
Tiada perkara yang lebih menyedihkan
Bila membiarkan teman2 yang bersamaku jatuh dan hilang arah.
Air mata tiada ertinya
Apabila sejarah silam
Perjuangan kita untuk membina impian ini dipinggirkan.
Bila aku kenangkan semua ini
Aku rasa berdosa kerana gagal membawa kamu  jauh
Dari semua gelora ini.

Dalam perjuanganku!!
Telah aku kotakan segala janji
Telah aku nakhodakan segala perjuangan
 hanya untuk membina masa depan ini.
Pengorbanan yang tidak pernah jemu walaupun aku terasa
Keseorangan untuk menghadapi dugaan ini.
Bagiku masa depan ini adalah masa depan bersama.
Biar pun perit dan perih
Aku mahu kalian sentiasa bergembira
Kerana senyuman kalian mengubati segala penat lelahku!
Tapi janganlah kalian lupa pada perjuangan ini.

Kita telah pun mengalami zaman kegemilangan
Pelbagai rencana dan pembangunan kita jalankan.
Namun begitu, apakah silapnya?
Sampaikan teman2 ku masih lagi terasa dirinya kecil.
seolah tidak mampu untuk membina dan memajukan diri sendiri
Ingatlah, mencapai kegemilangan ini
Sudah kita rasai nikmatnya
Tapi persoalannya, pengisian untuk mengekalkan kegemilangan ini
Adalah perih dan sangat menyiksakan.

Bila difikirkan kembali,
Perjuangan kita belum selesai rupanya.
Masih ada lagi yang kita belum selesaikan
Untuk masa yang singkat ini.
Perjalanan kita masih jauh lagi
Tapi apa yang pasti
Perjalanan pada hari ini
Pasti berliku.
Impian pada masa depan belum menjanjikan syurga  bagi temanku yang lemah.

Bangkitlah wahai temanku!!
Teman2 ku bukan kecil lagi.
Berdirilah diatas bumi nyata
Tekadkan usaha untuk memajukan diri, agama dan bangsa.
Kita hadir kesini bukan sahaja untuk belajar
Tapi kita ada tanggungjawab pada masa depan.
Biar bertatih asalkan ia bertapak maju dan cermat
Kita akan berjaya juga
Itu yang pasti

Wahai teman2 ku!!
Keikhlasanku bukan lah untuk dibalas
Cukuplah ia dijadikan sebagai kenangan kita bersama
Wahai teman2 ku!!
Masa untuk kita bersama sudah sampai akhirnya
Apa yang pasti kenangan hari ini
Akan lebih bermakna jika kita mampu mengubah segala keburukkan kepada keindahan yang bermanfaat pada hari esok.

Perpisahan adalah suatu yang pasti
Sebuah kekeluargaan akan terpisah sekian lama kita bersama
untuk Megejar mimpi dan impian masing-masing
Tapi kini, yang tinggal hanya adalah kenangan.

Ingatah teman2 ku
Jangan mudah lupa pada perjuangan
jangan mudah kecewa dengan kegagalan
jangan mudah leka dengan apa yang kita sudah kecapi dan perolehi

Dan sesungguhnya
Sebelum kita menuju perpisahan yang pasti
Aku ingin menyatakan
Perjuanganku belum selesai untuk kalian.
Dan apabila sudah sampai masanya
Aku akan melepaskan kalian dengan tenang redha










PELAJAR-PELAJAR DHC H3E
SEMESTER 3
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 ari nie gak (27/11/2010) aku mendapat ilham untuk membuat karya ini.
puisi ini amat bermakna bagiku sbb ia melambangkan harapan dan impian aku terhadap kawan2 ku yang berada dibawah pimpinan aku sepanjang 4 semester.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!