Tuesday, November 16, 2010

!!!! hari - hari terakhir sebelum cuti semester !!!!!

1.      Ahad (7/11/2010) yang mengejutkan dan terpesona.
aku terkejut sangat apabila aku dapat tahu yang si ejart demam. Aku dapat tahu pun dari kawan baik aku jugak. Macam mana dia dapat tahu yang ejart ni demam melalui SMS. Kawan baik aku ni dah selalu sangat mesej ngn sidia.  Sedih pun ada bila dapat tahu yang dia demam tapi nak buat macam mana, akan aku nak pergi melawat dia pulak. Aku mana ada transport nk pergi melawat dia.  Padahal hari ini, aku akan balik ke KL dan dia pun akan balik sama jugak. Cuma, aku nak tahu dia balik KL naik ape?. Kalau dia nak naik tren, aku boleh teman dia sekali tapi kalau dia tak nak, aku boleh tumpang jiran aku je. Sudahnye, dia mesej aku nak balik petang tapi dia tak tahu nak naik ape? Pelik pulak ak!! Tapi aku paham keadaan dia yang sakit. Maybe family dia hantar kot sampai umah.

Paper aku hari esok (isnin) adalah paper bagi subjek “Oriental Asean Cooking Skill”. Exam aku mula pada pukul 3.00 petang. So, aku plan nak balik hari isnin pagi tapi aku kene jugak balik hari ini sebab aku ada tanggungjawab untuk membantu sidia dan kawan2 aku yang lain tentang subjek ni. Kalau aku tak de, tak tahu larr dowang nak study ape nanti. Dalam kesibukan aku nak mengemas serta bersiap nak balik ni, aku rasa resah sangat sebab aku akan Moody bila aku balik KL nanti. Sudahnya, kawan aku “nurul” suruh aku buat macam biasa n suruh aku senyum macam biasa walaupun terpaksa. Dia boleh cakap begini sebab aku ade meluahkan perasaan aku kat dia tentang masalah yang aku hadapi.lagi pun dah  tak lama dah sebab cuti semester dah pun nak dekat. Thanx nurul sbb bg nasihat kat aku.

 Akhirnya, pada pukul 5 petang lebih aku balik ke kL. Bila dah sampai kat KL, aku terus berjumpa dengan kawan2 aku yang pernah bersama dengan aku di fatahna. Aku nak lepak ngn dowang sementara budak2 umah aku balik. Lagi pun, aku nak bg dowang choclate...hu3..suka dowang tau. Kemudian, dalam keseronokkan ak lepak ngn kawan-kawan aku nie, aku dapat mesej yang amir dah sampai kat umah. So, aku rasa kesian pulak n ak ajak dia lepak kat kedai mamak. So, aku terpaksa tinggalkan kawan aku sebab nk temankan kawan aku yang sowang nie. Sudahnya, hampir setengah jam kami bersembang kat kedai mamak, aku dah rasa bosan sangat sebab akan datang nak lepak je!! Dengan air tak order.. sudahnya aku ajak dia pergi times square. Inilah kali pertama aku pergi berjalan-jalangn ngan amir secara bersendirian. Memang seronok kowt!! Ini lah yang aku kene buktikan pada “nurul” yang aku boleh senyum dan gembira dengan amir. Macam-macam tempat kami pusing sampaikan lutut aku pon dah nak naik goyang. Tapi kami bukan sekadar berjalan kosong je.kadang-kadang aku rasa segan nak jalan ngn dia sebab ramai pulak yang cuba nak ngorat dia nie. Sampaikan ak pon dah naik jemu lorh.. pe nak uat, dia ade kelebihan sebab itu ramai owang pandang dia..kat time square, kami ade bergambar kat suatu sudut yang menarik..sweet giler kowt!!. Kami juga ade beli something tau!! Aku beli spect mata n dia pulak beli topi snow..hahaha.. akhirnya, ak pulang dan terus g kedai makan. Katanya, dia nak belanja aku..aku pon terimalah..rezeki jangan ditolak..

Bila kami balik kat umah, kami study sama-sama tapi aku tetap tak tenang sebab aku msih memikirkan manalah ejart nie. Akan larr tak sampai2 lagi. Bg nak ngelakkan yg owang akan nampak aku risau pasal dia, aku terus bersembang ngn kawan-kawan aku. Aku tak de mood nk study, tapi aku dah bce r tips yang dibagi sebelum nie, so, aku dah hafal semua note exam. Tiba-tiba dalam keasyikkan aku tengah bersembang, aku terdengar ade orang bagi salam. Aku pun nak buka pintu tu, tapi tak sempat, kawan aku dah bukak kan untuk dia...hahahahah..insan yang tunggu dah pulang..best giler kowt. Tapi yang aku sedihnya,dia terus masuk bilik n letak barang dia dan terus amek nota untuk disalin. aku cuba mendekati pada dia, aku bersembang lar tapi yang aku geram dia uat tak tahu jer..geramnyer aku!!!! Sudahnye, aku tegur dia, dia still uat tak tahu lg. Dah lama sikit, bwu dia dongak muka kat aku n baru nak bersembang ngn aku. Itu pun macam nak tak nak jer.

Yang aku geramnyer, dia nak g tempat yang dia selalu lepak..dia nak g tolong member aku. Maklom larr, bab2 nak “scan” nie dia mmg pandai. Memang aku tak bagi, sebab dia nie dah lar tak sihat pastu suh uat keje2 cm nie lak. Dah lar benda ‘’scan” nie suka pada owang yang lemah. Tapi ape aku nak uat, dah mmg dia nie DEGIL SANGAT, ckp aku bukan nak dengar. Sudahnye, dia pergi jugak larr... aku pun tak paham!!! Aku pon mcm biasa larr menunggu kepulangan dia. Bila dia balik, dia uat muka penat. Aku paham keadaan dia tapi nk uat cm ner dah degil sangat. Sudahnyer, malam ni kami jarang untuk borak.. n dy terus rehat n aku pulak sambung ngn menghafal nota-nota exam.

Isnin (8/11/2010)
Selepas aku menjawab exam untuk paper kitchen.  Amir dan aku telah ambil keputusan untuk pergi ke sebuah klinik untuk membeli ubat demam untuk ejart. Aku rasa sungguh terharu dengan amir diatas kesungguhan dia untuk membantu kawan-kawan dia yang mengalami musibah. aku menemani amir dengan kaki aku yang melecet. Tapi pada masa yang sama, kawan-kawan aku sedang berjuang dan sedang memerah otak untuk menjawab exam. Selepas  amir membeli ubat, kami terus menuju ke kolej untuk menghadir perjumpaan kelab hotkat. Kawan2 aku sedang menunggu dibawah blok dan apabila aku datang dibawah blok, aku tengok ejart  tidak ada.  Aku baru je nak bagi ubat. Kata kawan aku, dia sudah pulang kerana mengalami pening kepala. Aku amat memahami kedaan ejart. Kemudian, kawan aku si nana pulak ambil keputusan untuk pulang awal kerana tidak sihat. Aku dan kawan-kawan yang lain tetap setia untuk menunggu dan menghadiri perjumpaan tersebut.

Ketika aku menghadiri perjumpaan tersebut, kami semu diberi taklimat dan nasihat oleh penasihat kelab. Beliau meluahkan perasaan kecewa kepada ahli kelab kerana ramai ahli kelab yang lain tidak ambil peduli dengan aktiviti kelab. Aku amat memahami keadaan yang berlaku tapi aku tidak mampu mengubah keadaan kerana aku hanyalah sekadar ahli biasa. Selepas perjumpaan tersebut, penasihat kelab ingin berjumpa denganku, beliau mahu aku menjadi calon ahli majlis tertinggi kelab. Pada saat inilah, aku rasa terharu kerana beliau percaya kepada aku. Ini kerana, mungkin beliau nampak kelebihan aku. Kawan-kawan aku yang lain turut memberi sokongan padaku.
Kemudian, kawan2 ku telah mengajak aku untuk pergi shopping kat speedmart dan jusco di taman maluri.  Aku menemani kawan-kawan aku untuk membeli barang keperluan mereka. Ketika ini  aku mencari air 100 plus untuk diberikan kepada ejart. Orang kata, kalau demam baik minum air 100 plus, boleh bagi tenaga. Aku pun pulang terus kerumah. Aku lihat dia dalam kedaan yang lemah, aku rasa kesian sangat bila tengok dia.  Bila malam, aku menemani  ejart makan di kedai mamak. Time nie, nana pun ade skali tau. Lepas makan, tiba masa makan ubat. Kelakar betul ak tengok dia makan ubat. Penakut!!!!! Ahahaahahaha... nak kene paksa baru makan ubat. Orang lain yang lihat keadaan dia pun turut gelak juga. Kemudian , kami balik untuk study bagi paper menu planning and cost control yang akan bermula pada pukul 9.00  pagi esok. Bila kami balik, aku tengok ejart dalam keadaan lemah seperti tidak bermaya. Mayb kesan dari ubat batuk kowt. Time nie, aku pulak yg resah sebab dia tak boleh nk study dalam keadaan cm nie. Aku terus membantu kawan ak nie dengan apa cara agar dia boleh membaca. Sudahnye, aku tolong bacakan untuk dia dan aku akan memberi fokus pada soalan yang akan keluar jer. Lama kemudian, dia tertidur tapi nasib baiklah dia sempat menghafal sedikit. Alhamdulillah.
Series aku cakap, mmg aku kesiankan dia sangat. Teman yang terlalu baik dengan aku, insan yang banyak bersabar denganku, insan yang sentiasa bersama dikala susah dan senang kini lemah diuji kesakitan. Aku sentiasa mendoakan dia agar dia cepat sembuh dan boleh menghadapi perjuangan untuk exam nie.

Selasa (9/11/2010)
Selepas jawab paper menu planning and cost control, aku terus pergi ke library untuk menyiapkan assignment accaunt yang perlu dihantar pada hari ini jugak. Assignment ni adalah assignment group. So, group aku sedang  jawab exam lagi pada masa ni. Aku ada bagi tahu mereka yang aku pergi ke library. So, aku berharap mereka akan datang ke library untuk membantu untuk menyiapkan assignment nie. Aku berada di library hampir 45 minit. Aku berjaya menyiapkan assignment tersebut. Tapi assignment nie nak kene ada front page. So, aku tak de pendrive nak save maklumat nie. Aku puas menunggu kawan aku yang lain, sudahnye, aku call lar dowang semua, dowang semua boleh bantai dok lepak medan. Perh!!!! Sakit ati kowt. Tak per, aku  pergi jumpa dowang kat medan. Aku cakaplar pasal assignment ni kat mereka tapi mereka uat tak tahu jer..leh bantai minum dan berseronok pulak. Eh!! Aku pelik larr, akan dowang tak tahu pasal assignment nie. Dah lar aku yang buat sowang2 tapi dowang uat tak tahu pulak. Seyes kowt!! Ape yang aku boleh rumuskan kat sini, dowang LEPAS TANGAN. Geram!!!!!!!!!!!!!! Sangat2.

Sudahnyer aku ajak amir teman aku untuk uat front page, tapi dia pulak tengah makan. So, aku ajak ejart pulak, ejart setuju!!. Nasib baik ade dia, tapi kesian lar pulak sebab dia still demam lagi. Kami pergi library untuk uat assigment. Dalam perjalanan, mulut aku nie tak terhenti2 membebel larr..aku betul2 kecewa ngn sikap dowang. Nasib baik ejart banyak membantu aku dalam menyejukkan hati aku yang panas. Semasa aku sedang menyiapkan assignment nie, barula mereka tadi datang tapi kalau sekadar datang tapi tak bantu, cam ne lak tuh??.. nasib baik aku nie jenis yang dah biasa dalam keadaan cam nie. Kemudian ejart ngn aku g hantar assignment kat DR ( discussion Room 1) fakulti pengajian perniagaan.

Selepas satu, satu masalah yang datang lagi, dowang ambil keputusan untuk daftar kelab dengan menjadi ahli kelab sukan. Perh!!!!!!!!!!! Memang aku tak suka kelab sukan kowt!! Dowang tuh, macam aktif pulak bersukan. Banyak2 kelab yang ade, nape pulak lar dowang pilih kelab sukan. Memang aku tak puas hati sebab dowang bincang tak pernah bawa aku sekali.  Sekelip mata saja dowang dah daftar kelab sukan. Aku bukan tak nak tolak kelab sukan dan daftar kelab baru.  Masalahnya sekarang nie, kami mmg dah berjanji untuk masuk satu kelab yang sama untuk semester depan. Tapi aku tak suka larr kelab sukan!! SUMPAH!! Memang aku tak suka. Dengan adanya 2(dua) masalah nie, sudah cukup untuk membantu aku menjadi MOODY. Mencacatkan impian aku untuk bergembira sebelum cuti semester.

Kemudian, mereka merancang nak pergi main boling kat pandan lake. Aku kene pergi juga sebab nie projek yang dah dirancang lama walaupun aku telah mengishtiharkan hari moody aku. Sudahnya, aku uat hal aku dan tidak berminat untuk menyertai mereka. Aku just uat keje aku sambil melihat dowang semua dan beberapa muka yang takde rasa bersalah bergembira membaling bola. Puas mereka mengajak aku untuk main sekali tapi aku dengan bangga dan tersenyum menolak permintaan mereka. Aku tolak sebab aku tak pandai main boling n aku marah sangat ngn dowang atas apa yang berlaku.  Perh!!! Tekanan.

Kemudian mereka mengajak aku makan sekali. Tapi aku tak nak, aku cakap aku nak balik ngn amir. Dowang dah perasan yang ak dah moody. Dalam perjalanan aku balik  dengan amir, amir marah aku dengan memberi kata-kata yang menambahkan kemarahan aku. Sudahnyer, aku mengambil keputusan untuk pergi cari balik dowang dan makan sekali ngn dowang semua. Series, aku pon tak tahu kenapa aku leh jadi marah dalam keadaan cam nie skali.

Bila malam pulak, kami semua satu rumah g makan kat kedai abg lorh. Lapar pulak time tuh!! Ejart pulak beli topup. Perh!! Series kowt, lama pulak lak tuh!! Sampaikan semua owang dah abeh makan pon, dia tak sampai lagi. Aku kompirm r risau pasal ejart. Dia tak pernah uat hal cm nie. Kawan2 aku yang lain pun risau jugak pasal ejart. Ejart nie sebenarnya insan yang disayangi dalam rumah tuh!! Hu3.. semua orang tanya pasal dia dan risaukan dia. Namun begitu, disebalik kerisauan yang muncul, ada insan yang termakan hati dengan tindakan kami. Tapi aku dah syak lama pasal nie. Aku yakin amir akan terasa punya. Sebab itu aku tak mahu sangat kalut pasal ejart. Sudahnye, ejart pon datang lar makan kat kedai abg. Ape yang aku dapat lihat, ejart tetiba
Saja berubah.  Tak senyum n bila pandang muka orang je, macam nak telan..tapi dia still tak berubah muka jd mcm lain.

Kisah amir pulak, dia terasa sebab takde sape yang risaukan dia. Dia tadi lambat jugak macam ejart. Cme tak de sape yang risaukan dia lambat. So, aku paham kenapa dia merajuk. Yang peliknya, dia still tak nak mengaku yang dia nie merajuk tapi dia tak dapat cover sebab dia ada bagi mesej kat aku yang dia terasa dengan perangai kami. Akhirnya, selepas kami membuang masa di sana, kami balik terus kerumah. Aku , amir , bob dan along saja yang pulang. Yang lain still lepak kat kedai abang n lepak kat umah pompuan. Aku pon dah tak faham dengan perangai seorang kawan aku nie, dia selalu lepak kat umah pompuan dan boleh tido pulak kat sana. Selalu lak tuh!! Umah nie macam dh jadi hotel pulak. Tempat keluar masuk. Aku malas nak bercakap pasal nie lagi!! Masing-masing punya hal untuk diurus. Selepas kami lama dirumah, tetiba ejart pon balik. Aku ingatkan dia terus lepak kat umah pompuan tapi dia kata dia kan pergi kat umah pompuan. Dia nak salin nota restoran dulu. Pasal ejart selalu lepak nie larr, aku tak yakin sangat ngn dia.  Dia tahu aku akan risau pasal nie n dia akan cakap kat aku yang dia akan balik dalam pukul 12 atau 1 pagi cam tuh. Dia saja nak LEPAK.  Aku biarkan lar dia pergi, aku malas nk melarang dia. Dia dah besar kowt!! Cuma kali ni, dia berbeza sikit ngn aku, dia ade pinjamkan aku  gelang getah tangan dia kat aku. Sebelum nie dia tak pernah uat cam tuh!!. Kemudian, dia pon pergi lar kerumah pompuan. Pukul 12 dan 1 sudah berlalu. Tapi aku still mampu tunggu dia. Sudahnye, bila dah pukul 3 dia tak balik, ak dah agak dia akan “bersemayam” kat sana. Aku pun dah tak tahan, aku pun terus tidur.  Dah dua kali aku kena KENCING!!!.

“kenapa aku suka crita pasal ejart dalam topik nie sebab sepanjang waktu aku bersama dengan ejart, segala perjalanan aku pada waktu ini, ejart mesti ada disisiku. Ejart nie seorang kawan yang teristimewa bagi aku. Dia seorang yang baik dan penyabar orangnya. Dia tidak pernah memarahi aku walaupun aku ada melakukan kesilapan pada dia. Dan saat itulah, aku berjanji yang aku tak kan sesekali memarahi dan cuba mengecewakan ejart. So, kepada pembaca, jgn pulak kowang fikir yang kami nie ada menjalinkan hubungan sonsang pulak..hahahhaha...”


RABU (10/11/2010)

Hari terakhir aku menduduki peperiksaan akhir semester. Bagi aku, hari ini merupakan hari yang dinanti oleh kawan-kawan aku. Paper yang terakhir adalah paper “FOOD AND BEVERAGES SKILL 2”. Alhamdulillah, segala apa yang dibaca dan dihafal semuanya keluar dan membolehkan aku dan kawan2 aku menjawab dengan tersenyum dan gembira. Nak2 mood untuk balik n bercuti sudah sepenuhnya memasuki jiwa aku dan teman2 aku.

Kemudian, kami telah mengambil keputusan untuk berkaroeke bagi meraikan cuti semeter yang telah pun menjelma.hahhahaha... kami mendendangkan bermcam2 lagu  walaupun pada hakikatnya, aku dah jemu sebab mereka asyik nyanyi lagu yang sama je setiap kali pergi karoeke. Selain itu, aku nak cbe hepykan ejart sebab aku dah berjanji ngn dia yang aku akan hepy sebelum balik cuti semester besok (khamis). Walaupun pada hakikatnya, aku sebenarnya berasa sedih sebab aku akan berpisah dengan kawan baik yang paling teristimewa bagi aku. Memang rumah kami tak jauh tapi aku pernah berharap dia akan datang melawatku masa cuti semester yang lepas. Dia ada berjanji yang dia akan datang melawatku. Tapi sedihnya, dia tidak pernah menunaikan janji. Aku tak pernah marah dia. So, apa yang akan buat adalah aku tidak akan mengharapkan apa2 pada cuti semester ini walaupun dia pernah memberitahu yang dia akan datang melawatku. Kompirm r!! Lepas nie aku pasti bosan giler. Mana tak nyer, sepanjang sem nie, aku asyik dengan dia jer. Kami nie dah rapat sangat. Sampaikan owang lain anggap kami nie macam “couple” arr. Belangkas 25 jam..hahahhaha.. tapi kami tak de maksud ape2..biarlah mulut orang nak cakap ape. Tapi yang pasti kami tidak menjalinkan hubungan sonsang.

Ape2 pon, bob pernah bagi tahu aku yang bob suruh aku sentiasa kuat untuk menghadapi saat perpisahan ini. Untuk pengetahuan kowang, aku nie cepat indu bila aku tak jumpa ejart. Pelik sungguh perangai aku!!. Apa yang pasti, aku akan rindu dengan senyuman dia dan kata-kata dia kat aku. Aku tak nak mesej dia, sebab aku tahu yang dia tak kan balas punya. Klo balas pon, hanya sekali dua je balas. Pastuh diam membisu.. sudahnye, aku yang sakit hati. Kalau mesej ????? kompirm mencicit dia akan balas. Hahahhaha...pe nak uat, dah takdir!!

Sebelum aku balik bercuti, aku teringin nak masak sesuatu untuk dia. Sudahnya, aku ajak di pergi jusco untuk beli barang masakan. Aku belikan chicken part lebih kuwang sekilo lebih jugak arr.. aku nak masak rendang ayam berkuah. Aku nak tengok dia makan puas2. Hahahha..alhamdulillah, bertambah pinggan dia makan nasi..ayam dari banyak..kini tinggal seketul dua jer..hu3...aku suka sangat kowt!! Maklom larr..dia kan sebelum ni demam, selera makan dia kurang n dia tak makan banyak. Itu uat aku risau tuh!!.. tapi bila aku masak, dia makan banyak giler.. terkejut aku..hahahhaha..

Aku pun tak tahu r, mcm mana aku nk hadapi cuti semester tanpa kegembiraan ejart. Kawan-kawan aku kat shah alam ni pun belum balik lagi bercuti semester. Kompirm aku bosan giler nanty. Aku pasti merindui ejart n kawan-kawan yang lain. aku akan sentiasa mendoakan ejart dengan yang lain2 agar sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang cuti ni n berbahagia dengan insan yang tersayang. Pada masa yang sama akan terus bermuhasabah diri dan terus menghayati segala apa yang aku lalui sepanjang aku bersama dengan mereka. Aku mahu mencari identiti aku yang hilang dan memperbaiki keretakkan jiwa yang diserang peristiwa yang pernah mencuba untuk membunuhku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!