Monday, November 22, 2010

gembira dan sedih!!! ( 22/11/2010)

ari nie (22/11/2010) :
- bangun pagi aku tengok mak aku ade kat dapur ( konklusinya: mak aku cuti ari nie kowt)
* tapi : tak tahu lagi sbb myb mak aku kerja malam

kesan daripada mak aku ade kat umah:
a. aku tak perlu kemas umah lagi
b. aku tak perlu masak sbb mak aku akan masak untuk makan family.

- amar ajak aku g on9:
a. tapi bila aku pergi mac donald untuk on9 , alamak!!! penuh kowt.. myb sbb lunch..
sudah nyer, aku nak g on9 kat mac donald kat seksyen 3 tapi penuh gak!!
sudah nyer, g lepak kat tasik shah alam dgn harapan kami akan dapat gne "wireless city selangor"
tapi sudah nyer, hampeh!!! line tarak..( myb kerajaan negeri tutup line kowt)


- teman kawan amar (aiman) g bayar saman kat balai polis trafik kat seksyen 11, shah alam.
* sambil kawan amar tadi g bayar saman, aku ngn amar g pusing2 jap (ronda2), kami ronda disekitar SHAH ALAM ROYAL THEATER . cantik kowt!! bangunan tu.. tapi sayang sekali, bangunan tu belum siap lagi sepenuhnya.



* bila aku terpandang bangunan disekitar pusat bandar shah alam, aku rasa terkesima dan kagum dgn pembangunan yang sedia ada. series!! dah mcm kat KL aku tengok shah alam nie.. semua ada kat shah alam nie.. so, tak perlu larr risau klo nak berurusan dgn mana2 pihak. cm kat shah alam nie tak wayang jer.. kata sumber yg boleh dipercayai, depa nk jadikan shah alam sbg bandar pendidikan..so, tak perlu ade wayang!! nty student tak nak belajr..


-  g makan (lunch) kat seksyen 2.
* nk dijadikan cerita, nie larr kali pertama aku makan nasi selepas 1 minggu aku tak makan nasi kowt!! bkn aper, aku nie mengalami proses diet yang terlampau!! aku nak kurus lagi nie.. punca aku makan nasi sbb aku nak teman amar n kawan dia makan kat sekyen 2. sbb ape kami pih situ:

1. sbb murah kerana itu tempat makan student UITM.
2. bayak pilihan makanan.

aku makan :
1. nasi putih ( separuh jer)
2. sambal ikan bilis dan tempe
3. tauhu goreng!!
4. air teh o ais   
( semua sekali bernilai RM 3.50) murah tak!!!

"lepas nie dah tak nak makan2 ape2 kowt!! nk diettttttttttt!!"


-selepas makan, aku ngn amar g mac donald sekyen 18, untuk on9.. alhamdulillah, tak ramai pulak yg lepak kat sini!! sudah nyer, rasa tenang sikit aku kowt!! dah larr line wifi dia bersifat kelajuan yang membunuh!! mmg puas larr..

tapi disebalik tenang ak kat sini, ade pulak sekelompok budak yang bajet "hot" lepak kat sini yang uat bising pulak!! aku tak nak larr tegur, sbb tempat nie public kowt!! so, lantak dowang larr nk bising ke tak.. yang aku tak suka nyer sbb dowang nie meggediks giler.. huh!! bajet..

- aktiviti ak diwaktu petang adalah mcm biasa sebelum nie..lepak jer larr kowt!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GEMBIRA
 masa aku abeh makan tadi, aku pon nk g larr basuh tangan. tapi aku rasa malas lak nk bangun! hu3..
kemudian ak ternampak!!! 


syafiq!!!!!!!


aku terkesima dan terdiam seketika sbb aku terkejut sangat!! Ya Allah,  betul ke aku berjumpa dgn syafiq nie!! insan yang pernah bersama dgn aku kat Uitm Arau dulu.. dia terus berjumpa aku!! series!! aku terkejut sangat!! aku dah lama tak jumpa syafiq nie selepas aku keluar daru uitm. dia kelihatan lebih bergaya dan kurus!! OMG.

so, dia pon g amik makanan smentara aku nk g basuh tangan jap. kemudian, dia datang kat meja aku. aku berborak ngn dia degn perasaan sangat gembira dan terkejut!! terkejut sbb aku jumpa dia kat sekyen 2. entah uat per dia datang kat sini pon aku tak tahu.. gembira pulak sbb aku dapat berjumpa dgn dia!! banyak kenangan aku ngn dia time kat Uitm dulu. 

klo kat Uitm:
a.  aku satu kelas ngn dia
b. klo aku kat dalam kelas, aku mesti duk sebelah dia ( wajib Kowt)
c. batas ladang aku sebelah batas dia.
d. syafiq nie aku dah anggap dia mcm abg aku sendiri kowt!!
e. syafiq nie mmg pandai, so, aku kagum ngn dia ( dapat dekan 2 kali)
f. selalu kene gosip ngn tap ( membe aku) = aku larr yang suka kacau dowang!!
g. selalu lepak kat library sama2 ngn tap, bihah, shah , qilah.
g, banyak lagi kowt!!

( konklusinya: ak mmg hepy giler ngn dia, dia nie lawak kowt!! dia sllu hepykan aku.. maklom larr, nie kali perrma aku berjauhan ngn mak pak aku  masa aku kat uitm arau dulu.. so, dia larr yg byk bg nasihat kat aku n aku selalu mengadu kat dia pe masalah aku.. sudahnyer, aku je yg jahat g keluar dari uitm)

dia tang kat sini sbb dia terlibat dgn sukan "karisma" antara uitm seluruh malaysia!! so, dia nie mewakili uitm arau untuk kategori tenis!!. dalam otak aku, npe larr aku boleh berjumpa ngn dia nie, aku sedeh sbb aku tak akan rela pemergian dia lepas nie!! sudahnyer, bila lagi aku nk jumpa dia?? sekejap sungguh pertemuan aku ngn dia. aku senyum bila dia datang!! tapi hati aku sedang bermain dgn perasaan sedih, rasa nk menangis kot!!  hanya Allah saje yg tahu perasaan aku time tuh!

disebalik kekalutan jiwa aku, aku terasa menyesal bila aku keluar dari uitm. perasaan nie aku pendam lama dah!! cme aku simpan n pendam jer.. bila aku dapat tengok syafiq yg hepy ngn uitm.. tetibe jer perasaan menyesal aku datang serta merta. tapi aku nak uat cm ner, sbb aku dah pilih jalan aku untuk keluar dari uitm.
kawan2 aku kat uitm mmg memahami aku dan kami sentiasa untuk bersama agar kami tidak rasa berjauhan diantara satu sama lain. tapi bila aku dah keluar, aku rasa jahat sangat uat cm tu kat dowang!!.

series!! klo aku dapat undurkan masa tadi, aku nk smua kembali seperti dulu! sampai skank aku teringatkan kenangan aku ngn kawan2 lama. teringat ngn setiap kata yang pernah memberi semangt kepadaku ketika aku lemah disana. teringat setiap perjuangan dan pengorbanan aku ketika ak berusaha untuk menerima perladangan merupakan kehidupan aku!! tapi kini semua dah berubah! kadang2 aku rasa nk balik je kat arau!! nk hidup bersama dgn kowang. blajar sama2.. tapi apakan daya aku nk lakukan semua tu.

kawan2 kat cict pon tak mampu untuk menjadi mcm dowang smua!! dowang semua berbeza ngn kawan aku kat uitm!! bukan sbb dowang IPTS dan IPTA. itu smua tak de makne nyer.. biarlah perbezaan mereka aku yang tahu!! ape yang paling penting, aku kene teruskan kehidupan aku!! dan aku menanggung rasa pahit dan derita aku sowang2.

thanx syafiq!! aku ucapkan terima kasih kat ko sbb ko begitu baik ngn aku!! ak berdosa sgt bila aku buat korang cm tuh..pergi meninggalkan korang tanpa meminta keizinan. terima kasih atas layanan ko terhadap aku. aku menghargai  semua tuh!! aku doakan ko dan yang lain akan berjaya dalam kehidupan. jika ada rezki dapatlah kita berjumpa lagi!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!