Wednesday, December 29, 2010

bersediakah aku? aku dalam dilema

bersediakah aku ? aku dalam dilema. aku takut niat aku untuk m'bantu di salah erti oleh pihak lain yang tidak pernah cuba untuk memahami aku!. aku takut kegagalan akan wujud disebalik apa yang aku lakukan.
namun, aku tidak pernah berputus asa untuk berusaha  menambat hati mereka yang masih menduga keupayaan aku untuk cuba bersama berdiri dengan mereka.

kegagalan pada masa lepas telah banyak mengajar aku agar aku sentiasa bermuhasabah diri dan memikirkan apakah punca yang berlaku! bagaimana aku kehilangan sokongan sehingga aku tidak lagi berupaya untuk menarik minat mereka terhadap apa yang aku telah lakukan.

Thursday, December 23, 2010

perjalanan balik tertangguh!

aku target aku akan selesai dari urusan kolej pada ari rabu semalam, tapi skang ni dah ari khamis, aku still tak balik lagi tau! tension giler... padahal, urusan pengambilan kad matriks dah selesai lama dh pada ari selasa.. so, boleh lar aku angkat kaki nak balik rumah..

tapi!!!!!!!!!!!!!
ari rabu pulak,
ade hal lain yg kene aku uruskan..
iaitu, menghadiri perjumpaan kelab utk kali pertama bg sem ni!
aduyai!! rasa malas pulak nk dtg
tapi!!! ( asyik tapi jer)..
aku takowt kene CF " clearence form" (entah betul entah tidak ejaan aku nie)

Monday, December 20, 2010

~ result dah KUar!! ~

alhamdulillah, ari ni bermulanya semester baru aku di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics.
semester ini aku dah sem 4. tapi hakikatnya, aku belum bersedia utk menghadapi semester yang baru!

pada ari nie jugalah aku berjumpa kawan2 ku yang telah lama aku tak jumpa. hampir sebulan kowt! indu?..entah r..aku pon tak tahu!. tapi apa yang pasti mereka semua dah berubah! dulu yang besar, kini kecik! ( kurus). dulu sakai, kini bergaya ( lebih kemas dari dulu).. tapi bukan perubahan ini aku nak cerita..

sebetulnya, aku pada ari nie dah dapat result exam aku! alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.. tapi, aku gagal untuk mengekalkan kejayaaan pointer aku pada sem lepas. aku dapat 3.858 pointer.. dan CGPA 3.940.
nie semua diluar dugaan aku, sbb aku target utk dapat 3.90. tapi ada satu subjek yang ak gagal untuk dapat A+.
iaitu subjek restoran! perh..aku target subjek nie ak dapat A.. tapi aku dapat A- jer.. tak tahu pe salah aku!

kata lect " aku dah boleh dapat A dalam subjek restoran nie, sbb markah carrymark ak dah cukup!". tapi entah r, tetibe jer jadi cm nie!.. nak kata aku silap time exam, tak larr kowt!! aku jawab ngn betul.. myb tak de rezki kowt! pe2 pon aku redha jer..

subjek Akaun hospitality pulak, aku dapat B+. alhamdulillah, bersyukur sangat!! aku amat risau dengan result aku utk paper nie..risau giler!!! dan kerana merisaukan subjek nie..aku tak leh berhenti berfikir dan hidup dgn aman! ( skang nie dah lega lar, sbb dah tahu result aku kowt!! ).. ak bab kira2, mmg kantoi sikit! maklom larr, bab kira duit, aku mmg pandai tapi bila dah nak kira2 nombor nie..heheheheeh.. (paham2 sude).

Tuesday, December 14, 2010

beza aku dan kau!!

keruntuhan akhlak pada awal remaja! satu masalah yang telah berlaku dalam kalangan kawan2 ku yang berumur dalam lingkungan 13-15 tahun ( masih budak sekolah lagi). Betul larr kata owang

" perangai manusia jika nak masuk awal remaja, mereka akan mengalami kejutan budaya
dalam kehidupan mereka sehingga tertimbul istilah semua benda dan perkara mereka mahu cuba"

kejutan budaya? secara jujurnya, kawan2 ku kini mengalami kejutan budaya yang teramat sangat sehingga aku sendiri pun tidak boleh untuk menerima cara kehidupan mereka ( berbeza sungguh dengan perangai dowang waktu dulu). jikalau dulu, perangai dowang aku lihat semuanya baik tapi kini ??.. baik dekat rumah jer..

klo dulu, isu kampung jadi bahan bualan ( bergosip pasal orang sekeliling) kalau lepak kat taman. tapi sekarang!!
isu jantan ( pakwe) jadi topik yang paling panas dan sering menjadi bahan bualan tak kira pagi dan malam.
JANTAN, JANTAN DAN PAKWE!! aku sedar, semua owang nk dirinya nk dikasihi dan dibuai dengan kasih sayang dan manja tapi persoalannya, kau tuh masih belajar lagi kowt!! aku pon dulu pernah mengalami zaman mcm kowang tapi tak de larr kemarok nk bercouple..!! ( jelas sekali, budaya zaman dulu berbeza dgn skang).

yang peliknya, pasal seorang jantan pon!! kawan2 nak gaduh ker? perh!! tak boleh bla kowt.. mcm nk bg tahu kat dunia, yang" si Jantan ni adalah ko pyer dan takde sape yang boleh amek dari genggaman ko!!" perh!!! stupid larr wey,. banyak lagi larr jantan kat dunia nie!!
( kenapa aku gne istilah "jantan", lelaki yang kawan aku minat bukan semua nyer mendidik untuk jadi baik tapi semuanye nak amek kesempatan dan penipu!! )

Friday, December 10, 2010

membentuk kempipinan yang berkebolehan

ini adalah sambungan cerita dan harapanku dalam azam maal hijrah!.
aku ada menulis mengenai transformasi yang ingin aku laksanakan dalam kempipinan kelas aku.
oleh itu, aku mahu transformasi ini akan dapat membentuk kempipinan yang berkebolehan dan mampu memberi perkhidmatan yang baik pada rakan kelas yang lain.

persoalannya bagaimana?
mereka yang menjadi sebahagian jentera kempipinanku akan diberi pendedahan dan taklimat mengenai apakah misi dan visi kempipinan aku pada kali ini. tambahan pula,mereka akan diberi tugasan untuk merancang dan melaksanakan program yang akan dilaksanakan mengikut bahagian exco yang telah ditetapkan.

Wednesday, December 8, 2010

azam maal hijrah!

Azam maal hijrah aku untuk kali ini adalah aku mahu berubah dari segi cara dan gaya pemikiran aku!
aku mahu berfikir mengenai kemajuan diri. Tambahan pula, aku mahu gaya pemikiranku yang lebih meluas dan matang! ini kerana, aku merasakan tahun depan merupakan tahun yang sangat mencabar dan menguji diri aku dari segi pemikiran dan sikapku terhadap orang yang berada disekelilingku. 

kenapa aku mahu gaya dan cara pemikiranku lebih meluas dan matang?
 secara jujurnya, aku pada semester hadapan merupakan seorang pelajar yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah kelas yang penuh dengan ragam dan masalah. hu3.. oleh itu, misi aku kali ini adalah untuk membuat perubahan kepada kempipinan kelas dan pelajar-pelajar. so, untuk mencapai misi ini, aku harus memastikan aku sentiasa bersedia dan perlu langkah sehadapan sebelum kawan-kawan2 ku yang lain.
sehubungan dengan perkara itu, gaya pemikiranku harus berubah dan selangkah lebih maju! 

tapi persoalannya, adakah aku mampu menghadapi dugaan yang akan aku hadapi semasa aku menjalani proses transformasi ini?
aku selalu memikirkan masalah ini. bagiku, aku tidak boleh melakukan secara bersendirian. kerana transformasi ini melibatkan semua orang yang berada didalam kelas aku! bagiku tidak akan ada seorang pun yang akan tertinggal atau dipinggirkan dalam aku sibuk menjayakan proses transformasi ini. oleh itu, aku harus mempersiapkan jentera kempipinan yang mantap dan mampu berkhidmat serta boleh berubah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh aku! 

bila difikirkan balik, agak payah rupanya, mereka yang menjadi jentera kempipinanku adalah mereka yang belum  berpengalaman dalam dunia kempipinan! apa yang aku lihat, mereka masih tidak sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka  serta ada diantara mereka yang belum bersedia untuk menjadi sebahagian orang penting dalam kelas.. aduyai!! ini akan menyulitkan kerjaku mereka ini adalah mereka yang telah berjaya mendapat mandat oleh pelajar lain melalui proses pilihanraya. oleh itu, aku terpaksa menyediakan  dua program pembangunan iaitu :

- membentuk kempipinan yang berkebolehan 
- mentransformasikan minda pelajar.

dua program ini perlu dilaksanakan dengan segera! kerana selepas ini, mereka akan menghadap kehidupan dunia realiti. oleh itu, mereka harus dipersiapkan dengan segala pengetahuan dan kemahiran agar mereka boleh menghadapi cabaran dan dugaan yang akan mereka tempuhi dalam latihan industri.

apa yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum mereka  didedahkan dengan  transformasi iaitu mereka perlu bersatu padu dan mereka kena sedia berkorban serta sanggup menghadapi dan menerima perubahan. ini juga memerlukan satu idea yang mantap agar objektif ini tercapai dan sekaligus aku boleh melaksanakan proses transformasi.

Tuesday, November 30, 2010

fikir dulu sebelum buat keputusan!!

pe2 pon aku nk ucapkan tahniah kat member aku
khairudin sbb dapat pointer exam yang baik
wpun sikit lagi jer ko nak dapat 
Anugerah Ketua Jabatan!!.

pe2 pon next sem ada lagi!!
so, blajar n study hard k.
aku yakin ko boleh pyer..

bagi aku " anak2 keluaran 17 semuanya baik dan cemerlang belaka."
" anak2 didikan cikgu ani ( guru tadika dulu) semuanya menjadi manusia"
hahahha... bangga cikgu ani tahu bila aku kaitkan nama dia dalam kejayaan ko!!

khairuddin
diploma hotel dan katering
politeknik sultan idris shah.

tahniah!!1

FIKIR DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

aku ade sowang member!
dia pye result kuwang baik kowt..
senang citer, result dia tak membolehkan dia utk ketahap yg seterusnya!
dia belajar kat institusi pendidikan bawah kerajaan.

sem nie sepatutnya sem terakhir dia belajar
sebelum dia di graduasi kan untuk mengesahkan sesi tamat belajar.
persoalannya, pointer dia tak mengizinkan..

aku dengar citer, dia skang nie nak berhenti pulak.
katanya " dia tak minat nk belajar dah n dah tak boleh nak teruskan lagi"
persoalannya!!
knp dari dulu lagi dia tak nak je berhenti dari belajar
npe bila skang dah dpt result
tetibe jer rasa fikir nak benti?.. aduyai!!

cbe pk leklok sebelum uat keputusan
klo dia benti dia akan rugi sgt:
antaranya:
- buang masa sgt ( ko dah belajar b'tahun2 tp ko nk benti pulak)
- buang duit ( lepas nie ko dah nk kene bayar pinjaman kowt!)
- lepas ni nk g mana 
" keje ker?? better dari dulu ko keje.. keje sbg ape? akan kilang.. klo ko blajar, ko ada pendidikan 
yang boleh ko memperolehi jawatan dalam kilang seperti kerani ker..
sebab ko ada tahap pendidikan!!

bila ko benti, ko akan gne balik SIJIL SPM kowt
klo keje kilang pon! ko akan keje ngn mat2 bangla n nepal..

pe nasihat aku:

nasihat aku adalah better ko blajar lagi
lantak larr repeat sem kowt!
lepas nie ko blajar leklok n fokus pada study..
ko just tinggal sem akhir jer nie.
ko perlu dapatkan ko pyer "???' ( sijil/ diploma)
ingatlah, ko perlu abehkan study ko jer
jgn uat keputusan  yang terburu2
nty ko menyesal kowt!

 dewan kuliah
jadikan tempat ini sebagai
tempat kita menimba ilmu!!



segulung sijil/ diploma yang di idamkan oleh pelajar!!


biarlah owang nk kata ape pon
i2 kehidupan ko
ape yg penting
aku dan yg lain
akan sokong ko pyer..
klo "cikgu ani tahu mesti dia kecewa kowt!'
pk larr, ape yg ko nak uat lepas nie
klo ko tak pernah nak pk masa depan..
jangan kerana hal ari  nie
ko mengorbankan kebahagiaan ko pada hari esok!!

kata2 akhir aku:
better uat solat istikharah..
mintak petunjuk dari Allah.
hanya Dialah yang dapat membantu ko untuk uat keputusan nie..


hepy bufday to amir!! 29/11/2010

hepy bufday to you!
hepy bufday to you
hepy bufday to amir....

hepy bufday to you!!


selamat ulang tahun yang ke 19.
semoga kamu sentiasa diberkati oleh Allah
dan dimurahkan rezeki
serta dipanjangkan umur..

aku harap hubungan kita akan berkekalan
sebagai seorang teman yang sentiasa
bersamamu dikala susah dan senang.

so, sebagai hadiah hari jadi mu
aku akan memberi kau hadiah!

nak tahu aper!!!
cbe kira sampai 3

1








2













3
wow!!!!!!!



Saturday, November 27, 2010

L5 401 PANDAN JAYA ( umah sewa aku)

semenjak aku duduk dalam umah sewa aku nie. aku rasa lain sangat sbb aku duduk dengan mereka yang aku baru kenal dgn sikapnya. alarr.. kawan serumah aku nie pon bukan owang lain pon!! dowang nie kawan sekelas aku. kami duduk dalam 11 orang dalam umah tuh. kami bayar duit umah sewa sebanyak RM 50 sowang.

11 orang  x RM50 = RM 550.
so, tak mahal tapi berpatutan,

klo duit api pulak: bil akan datang dalam 2 bulan sekali
total : RM  150
So, kami kene bayar 14.00 sowang je.
( boleh larr, sbb kami ramai dan byk pakai lappy)

klo duit air pulak: bil akan datang 1 bulan sekali
total : RM 44.00 cm tu larr!
so, kami kene bayar RM 4.00 sowang
( sangat berbaloi!! sbb kami duduk di kawasan Negeri Selangor)

secara keseluruhan : RM 68 
yang perlu dibayar oleh setiap penghuni!
( so, bg kami, klo tak sampai cecah RM 70, kami anggap ia sebagai BERPATUTAN)

*sumber: bil bulan 10 

skang nie aku nak uat pecahan penghuni rumah mengikut kos atau program dan negeri:
- 7 orang dpd 11 adalah = pelajar-pelajar dari program diploma pengurusan hotel dan katering
  • Muhammad HaFizie b Halib ( ngong / mak / fizie )  - selangor/ shah alam
  • Muhammad Izzat b ab  wahab ( ngong / ejart) - selangor / meru
  • muhammad syazmeer amirul ( amir)- selangor / kota damansara
  • muhd izwan b rahim ( ayahanda)- selangor/ sungai besar
  • muhamad syafiq b abd rahman ( along)- selangor / serendah
  • meor muhamad razif ( meor)- perak/ sg siput
  • muhammad zhaffran ( bob)- johor / segamat baru


- 2 orang dpd 11 adalah = pelajar dari program diploma pengurusan multimedia dan kreatif
  • muhammad nazlan ( lan )- johor/ majidi
  • zarifi ( epy)- perak/ tanjung malim


-1 orang dpd 11 adalah = pelajar dari program diploma pengurusan perniagaan
  • muhammad affendy ( feno)- selangor/ shah alam


-1 orang dpd 11 adalah = pelajar dari program diploma perakaunan.
  • fadzil ( fard jill)- sabah /tawau
secara keseluruhannya : budak2 HOTKAT menjadi golongan manjority.

skang nie aku nak uat pecahan mengikut negeri pulak:
  • perak : 2 orang sahaja
  • selangor : 6 orang sahaja
  • johor : 2 orang sahaja
  • sabah : 1 orang sahaja
secara keseluruhannya:  budak2 dari selangor menjadi golongan manjority.

namun begitu, walaupun kami berbeza tempat kelahiran dan program pun
kami adalah pelajar2 CICT dan kami mampu untuk berjaya.
kami tidak pernah bermusuhan diantara satu sama lain
kami tidak pernah berpuak walaupun berbeza.
kami sentiasa bahagia dan happy larr gak!!
kami adalah keluarga L5 401 PANDAN JAYA.





ilham ku : perjuanganku yang belum selesai

Perjuanganku belum selesai ( khas untuk e-generation)

Sesungguhnya…
Tiada benda yang menyayat hati bila melihat rakanku lemah dan berpuak
Tiada perkara yang lebih menyedihkan
Bila membiarkan teman2 yang bersamaku jatuh dan hilang arah.
Air mata tiada ertinya
Apabila sejarah silam
Perjuangan kita untuk membina impian ini dipinggirkan.
Bila aku kenangkan semua ini
Aku rasa berdosa kerana gagal membawa kamu  jauh
Dari semua gelora ini.

Dalam perjuanganku!!
Telah aku kotakan segala janji
Telah aku nakhodakan segala perjuangan
 hanya untuk membina masa depan ini.
Pengorbanan yang tidak pernah jemu walaupun aku terasa
Keseorangan untuk menghadapi dugaan ini.
Bagiku masa depan ini adalah masa depan bersama.
Biar pun perit dan perih
Aku mahu kalian sentiasa bergembira
Kerana senyuman kalian mengubati segala penat lelahku!
Tapi janganlah kalian lupa pada perjuangan ini.

Kita telah pun mengalami zaman kegemilangan
Pelbagai rencana dan pembangunan kita jalankan.
Namun begitu, apakah silapnya?
Sampaikan teman2 ku masih lagi terasa dirinya kecil.
seolah tidak mampu untuk membina dan memajukan diri sendiri
Ingatlah, mencapai kegemilangan ini
Sudah kita rasai nikmatnya
Tapi persoalannya, pengisian untuk mengekalkan kegemilangan ini
Adalah perih dan sangat menyiksakan.

Bila difikirkan kembali,
Perjuangan kita belum selesai rupanya.
Masih ada lagi yang kita belum selesaikan
Untuk masa yang singkat ini.
Perjalanan kita masih jauh lagi
Tapi apa yang pasti
Perjalanan pada hari ini
Pasti berliku.
Impian pada masa depan belum menjanjikan syurga  bagi temanku yang lemah.

Bangkitlah wahai temanku!!
Teman2 ku bukan kecil lagi.
Berdirilah diatas bumi nyata
Tekadkan usaha untuk memajukan diri, agama dan bangsa.
Kita hadir kesini bukan sahaja untuk belajar
Tapi kita ada tanggungjawab pada masa depan.
Biar bertatih asalkan ia bertapak maju dan cermat
Kita akan berjaya juga
Itu yang pasti

Wahai teman2 ku!!
Keikhlasanku bukan lah untuk dibalas
Cukuplah ia dijadikan sebagai kenangan kita bersama
Wahai teman2 ku!!
Masa untuk kita bersama sudah sampai akhirnya
Apa yang pasti kenangan hari ini
Akan lebih bermakna jika kita mampu mengubah segala keburukkan kepada keindahan yang bermanfaat pada hari esok.

Perpisahan adalah suatu yang pasti
Sebuah kekeluargaan akan terpisah sekian lama kita bersama
untuk Megejar mimpi dan impian masing-masing
Tapi kini, yang tinggal hanya adalah kenangan.

Ingatah teman2 ku
Jangan mudah lupa pada perjuangan
jangan mudah kecewa dengan kegagalan
jangan mudah leka dengan apa yang kita sudah kecapi dan perolehi

Dan sesungguhnya
Sebelum kita menuju perpisahan yang pasti
Aku ingin menyatakan
Perjuanganku belum selesai untuk kalian.
Dan apabila sudah sampai masanya
Aku akan melepaskan kalian dengan tenang redha










PELAJAR-PELAJAR DHC H3E
SEMESTER 3
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 ari nie gak (27/11/2010) aku mendapat ilham untuk membuat karya ini.
puisi ini amat bermakna bagiku sbb ia melambangkan harapan dan impian aku terhadap kawan2 ku yang berada dibawah pimpinan aku sepanjang 4 semester.

ari nie ak balik kampung belah bapak aku!!

ari nie ( 27/11/2010) aku balik kampung belah bapak aku kat negeri sembilan (N9).
aku pun tak duga yang aku boleh balik kampung ari nie.
bukan ape, dah setahun aku tak balik kampung belah bapak aku.
ne tak nyer, aku setiap tahun balik kampung perak jer (belah mak aku)..
maklom lar, belah mak aku jer yang masih ada lagi "opah".

aku kali nie suka sangat balik kampung N9.
sbb aku nk tengok pe perubahan yang berlaku pada kampung ku
dan aku rindu pada sedara2 aku kat sana.
kebetulan pulak, kepulangan aku dan keluarga ke N9
adalah disebabkan  sepupu aku berkahwin ari nie.

berita perkahwinan sepupu aku nie sangat2 mengejutkan  aku ari nie
i2 pon bapak aku yg bg tahu aku.
sepupu aku nie ada pangkat DR. (Doktor).
so, kami sekeluarga dan keturunan belah bapak aku sangat bangga pada beliau dan keluarganya!.
lagi mengejutkan aku, hantaran perkahwinan bernilai RM20,000 kowt!
bapak mahal giler!!! tapi ble difikirkan balik..mmg patut larr 20K.
sbb sepupu aku doktor ( owang berpelajaran).. akan larr wang hantaran cikai2 je kowt..

perubahan pada kampung:
a. sepupu ku yang berkahwin ( dr. mimi) sangat cantik dengan busana perkahwinannya!.
b. sepupu aku yang lain sudah semakin membesar dan semakin bergaya.
c. rumah pak cik aku dah berubah wajah ( senang citer, dia dah pindah rumah baru diatas tanah nyer))

kedatangan aku disana, disambut baik oleh keluarga abg bapak aku!
aku pon bersalaman dengan makcik dan sedara aku yg lain. ( tanda hormat).
lauk pauk yang disediakan dalam majlis nie
amat menyelerakan dan mengikut selera owang kampung:
i. gulai lemak nangka
ii. ayam goreng rempah.
iii.  ikan bilis masak tempoyak. ( tradisi kowt)
iv. ulam-ulaman
dan macam2 lagi larr..nk tulis banyak sangat!!

so, wpun aku nie tetamu! aku tak nak larr biadap sangat tak nk tolong ringankan beban penanggah yang bekerja.
so, ak ambil keputusan utk menjadi " steward" atau bahasa kampung "cuci pinggan'
hahahha.. mmg best kowt! main air jer.. tapi penat larr gak
sbb banyak sgt nk kene basuh.. aku rasa aku basuh hampir 300 pinggan kowt!
itu ada lagi yang ak tinggal ( ak malas nk uat)..

semua penanggah wajib memakai baju khas yang disediakan oleh tuan rumah!
bapak r!!  kenduri kat shah alam pon tak de mcm nie, pakai bju khas bagai!!
tema kali nie warna merah dan meroon!! nice combination...

semasa aku dikampung! aku seringkali ditanya oleh sedara aku.
mereka menanyakan samada kau nie masih belajar atau kerja?
salah pulak!! owang kampung aku tak panggil belajar tapi mereka panggil "sekolah".
aku pun tanpa segan pilu, bg tahu larr yang aku masih lagi "sekolah".
dowang bangga ngn aku sbb aku amik bidang perhotelan
so, dowang nk sewa banquet scara free bila ak dh jd manager hotel nty..
hu3..bg aku, boleh jer.. tapi tak de larr free kowt! aku just manager jer..bukan pemilik.

setalah berjam2 aku kat sana, aku pon balik larr pulang ke shah alam..
uat pe aku nk berdiam lama kat sana
baju2 aku mana ada ka bawak..

Friday, November 26, 2010

sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mahu mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Thursday, November 25, 2010

sedih tengok video tun .dr mahathir!!

aktiviti ari nie ( 25/11/2010):
- bangun pagi ( macam biasalah)
- mesej ngn abg angkat!!
- masak :
a. daging masak kari istimewa ( gne baki daging korban lepas)

- on9 larr :
a. mula2 g on9 kat sri shazz kat seksyen 24
geram nyer!! line mcm dah nazak r sgt2.. slow giler..dah larr ak nk downlod lagu n video nie.. yg paling teruk nyer, nk bukak facebook pon masalah gak!! sudah nyer, aku malas nk on9!! ak lepak jer larr sampai aku abeh minum teh o ais..hahahhaha

b. kemudian aku diajak oleh amar g on9 kat macdonald seksyen 18..perh!! mmg best kowt.. dah larr time2 nie, kat sini tak ramai owang kowt!! kompirm line tenet mesti kelajuan membunuh!! banyak jugak larr video yang aku download! hahaha...puas hati aku..

sementara aku nk download video, aku ada tertengok video ucapan tun dr mahathir ( mantan PM Kowt). dia memberi ucapan kat perhimpunan agung uMno!! tahun bila dia berucap aku dah tak tahu r..
tapi dia beri ucapan pasal "melayu mudah lupa"!
perh!! aku tersentap pon ader.. aku setuju sangat ape yg dikatakan oleh beliau.. sudah nyer, aku terasa insaf dan sedar betapa melayu harus berubah!!
kesan daripada itu, aku terus download r video nie!! series sgt!! mmg best kowt..
rasa sebak dan nk titis air mata pon ade.. bila aku tengok, bangsa melayu yang berjuta, nasib nyer diperjuangkan oleh insan yang bernama mahathir dan pemimpin yg lain.. tapi melayu mmg tak sedar akan itu dan tak menghargai perjuangan dan pengorbanan owang lain.. semuanye, nak disuap jer... hu3.. (jgn marah ye)
video
(ucapan: melayu mudah lupa)



ari nie,  jugak aku risau dgn budak2 ( anak didik aku) yg amek SPM ari nie!! dah lar ari nie ada paper sejarah 1 dan 2! so, ak harap larr mereka akan dapat jawab dengan berbekalkan soalan target mereka yang mereka perolehi dr  sekolah.. klo tak semua yg masuk exam, sikit pon jadi larr.. maklom larr, sejarah kan susah sikit!! fakta berjuta nk kene hafal.. tapi pe nk uat!! dah exam, nk tak nak kene bce n jawab gak..

so, berakhir lar perjuangan aku untuk membantu kawan2 atau mereka yang ambil exam sejarah pada tahun nie! aku nk pencen kowt.. bkn sbb aku dah tua tapi aku nk fokus pada apa yg aku sedang buat! so, pada kali terakhir nie lar, aku berharap sgt, ape yg telah aku berikan pada mereka, mereka akan ingat dan tidak lupa kan sejarah yang pernah berlaku pda negara kita..


pada ari nie gak, aku dengar nadya (member aku) dah pregnent!! betul ker?? hu3..klo betul tahniah2...suka aku tau bila kawan aku dah ada baby..lepas nie, ak harap dia akan sentiasa berhati2 dan jgn uat keje berat2 k. jge kandungan tu leklok.. sesungguh nyer, zuriat itu adalah impian mereka yang telah berkahwin..

Wednesday, November 24, 2010

hospitality and travel marketing ( 24/11/2010) (rabu)





Ari nie aku mula study pasal “ hospitality and travel marketing service”.  Aku mula study part 1 mengenai “ introduction to marketing” iaitu bab 1 “defined marketing”
Dalam bab nie, aku didedahkan mengenai:
-          Definition of marketing
-          Principle of marketing
-          The hospitality and travel marketing enviroment.
Perh!! Susah gak nak paham walaupun ia adalah bab permulaan.  Bukan ape lorh!! Nota yang aku ada skang nie smuanyer dalam bahasa inggeris.  Senang citer, aku skang dah pakai buku. Buku nie ada 625 muka surat jer.. dan bahasa yg terdapat dalam buku nie adalah dalam bahasa inggeris. So, agak mencabar kowt!! So, aku kene study hard agar aku boleh menguasai subjek nie dgn jayanya.
Ari nie saje dah 20 muka surat aku selak... huhuhu...
Dalam kesempatan nie, aku nak cerita sikit pasal buku nie! Buku ni ada 5 bahagian ( topik besar)
Part 1: introduction to marketing ( what is marketing)
-          Dalam part 1 nie ada 3 bab kecil.
Part 2: planning research and analysis
-          Dalam part  ii nie ada 3 bab
Part 3: planning marketing strategy and planning
-          Dalam part iii nie ada 3 bab.
Part 4: implementing the marketing plan
-          Dalam part iv nie ada 10 bab
Part 5 :c controlling and evaluating the plan
-          Dalam part vi nie ada 1 bab.
Secara keseluruhannya, dalam subjek “ hospitality and travel marketing”  terdapat 20 bab yang harus dipelajari. Tapi bagi aku, giler ape nk belajar kesemuanya, hu3.. mahu beruban otak aku kowt!! Belum campur subjek lain lagi!!!!. Just belajar basic jer.. n belajar yg penting2 kowt.

Dalam kesungguhan aku nk stdy nie, aku risau lar result exam aku pada sem nie! (sem 3 cict) Ak tak tahu samada aku berjaya mengekalkan pointer exam aku mcm sem lepas ke tak. Aku risaukan subjek “hospitality accaunting”. Aku dah larr risau sgt pasal subjek nie. Aku bukan nyer hebat sangat dalam bidang akaun!. Aku pon tak tahu exam ari tuh aku leh jawab ke tak?. Pe yg aku harapkan adalah carry mark aku jer. Semua owang nk lulus subjek nie tapi aku tak nak lar mengharapkan lulus semata2. Aku nk aku leh dapat sekurang2 nyer “A- atau pointer bg subjek nie 3.75.  bila aku bersendiri, mesti aku pk kan pe larr keputusan aku sem nie.
Klo subjek lain, aku tak de larr risau sgt sbb aku rasa aku mampu untuk mengekalkan prestasi yg baik. Bukan aku nk bangga ke ape?. Aku rasa markah carry mark n result exam pada midterm yg lepas sgt membantu aku dalam aku mengekalkan pointer. Tapi aku tak boleh terlalu yakin sgt!!
Dalam kerisauan aku nie!! Ape yang aku boleh buat adlh dengan mendekatkan diri dengan Allah. Sentiasa berdoa dan memohon agar result aku sentiasa dalam keadaan baik. Agar si tukang penanda kertas aku nie sentiasa berfikiran sihat dan tenang ketika menanda kertas aku dan kawan-kawan yang lain. aku berharap agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi saat result nak kuar nie. Dan aku akan redha diatas apa yang sudah tertulis dan ditakdirkan untuk aku. Hanya Allah saja lah tempat aku memohon dan kepadaNya lah aku  bertawakkal.

aku tengok budak2 gaduh ( 23/11/2010)

Masa aku lepak kat padang bukit, aku ternampak sekelompok budak2 berhimpun dekat atas bukit!! aku tengok ramai giler budak.. pe yg aku dapat aku citerkan, terdapat dua kelompok budak kat atas bukit tuh:
a.     Budak kenanga
b.     Budang padang bukit
Aku saja jer memberi nama kumpulan cm tuh!! Sbb aku kenal budak2 tuh duk mana. Klo bergaduh atau pe2 hal r pon, mesti akan timbul beberapa kumpulan punyer. Kadang2 dowang sendiri yang bagi nama kumpulan dowang. Kebetulan pulak, aku duduk di area seksyen 17, sri kenanga!! So, aku nie kategori budak kenanga. Tapi pe2 pon aku tak terlibat dalam hal budak2 nie. Kami semua duk bersatu cme maklom larr, hal anak2 yang tak dapat dinafikan kenakalan nyer.. aku pon dulu cm tuh gak kowt!!
Nak dijadikan cerita, mereka tidak berpuas hati diantara satu sama lain! entah lar, aku pun tak tahu sbb ape ( gaduh  budak2 sekolah ). Aku malas nk amek tahu sbb nie hal budak2 kowt! Gaduh kali nie amat menarik minat aku sbb ramai giler yang menonton tau!! Sampaikan kawan2 lepak aku seperti caca, shuada,  shida n lain2 lagi tertarik untuk melihat pergaduhan tersebut!!

1.     Gaduh kat atas bukit:
Aku tengok pergaduhan dah bermula, time tuh aku kat tempat permainan kuda, so aku boleh nampak pergaduhan tuh dengan jelas. Yg peliknye, kat atas bukit tuh  riuh sangat dengan suara penonton! Hahaha
Aku kenal siapa yang riuh tuh!! Kawan aku jugak, caca, shuada semua tu!
Aku pon pelik ngn dowang, dowang pulak yg  excited! Aku just mampu ketawa je kowt ngn aksi dowang yg lucu.

Yang aku kagum nyer! Penonton yg menanti pergaduhan nie adalah dalam lingkungan 20 orang lebih!! Budak2 bawah 10 tahun pon ade gak.
Mereka mengambil masa yg lama untuk berbincang! Mungkin nk settle baik kowt. Sampaikan aku dh naik bosan utk tunggu bila larr nk mula aksi angkat tangan dan kaki nie? Sudah nyer, along ( kenanga) melakukan aksi mula dengan menumbuk budak padang bukit.
So, dengan permulaan tersebut, maka berlakulah aksi ganas! Hahah
Pergaduhan mereka diiringi oleh sorakan penonton dan rakaman video!! (mayb nak masuk youtube kowt)
Sudahnyer, wakil dari kenanga sudah menampakkan kekalahan nyer apabila dia dibelasah teruk oleh pihak lawan!
Ish3..uat malu jer dak2 kenanga nie..dalam sejarah kot kalah dalam pergaduhan.

2.     Gaduh diatas padang bola
Selepas mereka berhentam di atas bukit, mereka menuju dipadang bola ( larr, turun bukit tuh dah sampai kowt pdg bola). Mereka nk repeat kowt!. Aku kali nie terus lepak kat atas bukit ( tempat dowang bergaduh tadi) utk lihat pergaduhan yg seterusnya! Tapi aku kene lar cover sikit sbb aku nie dah besar kowt! Terasa malu lak nk join hal budak2 nie. Nasib baiklar, bukit nie ditutupi dengan pokok ceri yang agak rendang dan lebat daun nyer..

Biasalah, mereka nie mengambil masa yang lama untuk berbincang!! Aku pon pening, klo nk gaduh, gaduh je larr terus!! Pe susah.. jangan buang masa aku kowt! Sudah nye, tanpa membuang masa, aku dan jaja memanfaatkan masa kite owang dgn memetik buah ceri yang ranum dan merah! Hu3.. rezeki kowt! Banyak jugak kami berjaya petik.. bermacam gaya kami nk memetik buah ceri yang tinggi! Kadang2 kami terpaksa melompat mcm anak beruk n lain2 lagi lar.. ada diantara kami nk berebut buah yang satu! Hu3..macam2 hal kowt!

-          Berlaku kemalangan didepan mata!!
Dalam keasyikkan kami memetik buah ceri nie. Kami ternampak sebuah motosikal cuba mengelak daripada melanggar seorang budak  yang sedang membawa basikal!! Lalu budak yg bawak moto ni tadi, jatuh kowt dgn aksi yang bergaya. Nasib baiklah budak nie uat brek kecemasan kowt! Klo tak.....parah budak kecik naik basikal tadi!!

Kemalangan nie berlaku di persimpangan simpang tiga ( jalan utama nak masuk kawasan kenanga)( umah aku). Budak yg bermotosikal nie  cuba masuk ke satu lorong n tetiba budak yang bawa basikal nie memintas jalan budak moto ni tadi! Sudah nyer, budak moto nie tadi terpaksa mengelak larr..

Yang pelik nyer, budak bawa basikal nie leh uat tak tahu jer, dia boleh bantai berambus dan tersenyum. Nasib baiklar, budak moto nie jenis yang tak panas baran. Aku kenal budak bawa moto tuh! Dia “zaidi”, remaja lelaki yang kacak dan berkulit putih!! Mcm korean pon ade gak! Dia nie berbadan tegap kowt! Ramai gak yang minat kat dia..

Pengajaran: lu pk lar sendiri..hahahha.. tapi klo ak jadi zaidi pon, aku akn try elak langgar budak tuh! Klo teruk nasib aku pon, aku masuk larr longkang! Aku tak sanggup nk langgar budak tuh..sudah nyer arwah kang budak tuh. Huh!!! Walaupun badan aku yg teruk..!!

-          Sambungan dari cerita pergaduhan tadi!!
Hahahha...  dowang nie bukan men lama larr utk gaduh!! Tension aku tau.. sudah nyer, dowang mula larr gaduh..aksi dowang sama jer mcm kat atas bukit tadi. Budak pdg bukit berjaya menewaskan si along pendek dan poyo tadi. Tapi kali nie timbul rasa tidak adil, bila wakil budak padang bukit tadi dibantai ramai2 oleh budak kenanga! Yang pelik nyer, penyokong dari budak pdg bukit nie tadi, langsung tak backup member dowang yang kene bantai! Ish3.. penakut kowt!!
Pe2 pon aku n membe aku yg lain kesiankan budak dr pdg bukit nie. Tak pasal2 kene belasah ramai2 kowt.ish3..

-          Kantoii!! Aku baru tahu siapa budak pdg bukit yg kene bantai tadi! Dia sepupu kepada besan aku kowt!! Patut larr, besan aku panggil budak nie tadi.. kawan2 aku pulak tak tahu yg besan nie tadi adalah besan aku! Dowang lagi larr kutuk budak pdg bukit nie. Dowang kata “akan gaduh panggil abg kowt” bu33333333...!!!!..

Aku ape lagi, g larr nyorok disebalik timbunan pokok ceri td. Tak nk bg besan aku nmpak. Ak takut dia pk lain pulak kat aku... dh larr dia bawak nak buah aku sekali..ish3..kene jge imej nie..

3.     Pergaduhan kali ketiga.
Dowang bergaduh lagi!! Tapi kami malas nk join. Kami time tuh nk balik kowt! Dah senja larr wey.. hu3.. kami tengok pon gitu2 jer..dgr citer, kali nie lagi teruk kowt! Lantak dowang larr.. budak2 pye kes.. aku dh naik pening.

KONKLUSINYA:
1.     KELAKAR
2.     TERINGAT AKU ZAMAN2 BUDAK DULU TIME GADUH2..


Aktiviti ari nie ( 23/11/2010)
-          Bangun pagi
-          Sarapan : nescafe panas
-          Lepak dalam bilik je kowt! ( bosan sangat)
-          Dengar lagu ( 10 kali dengar lagu yg sama)
-          Tengok tv ( sukan asia di tv1)
-          Masak:
a.     Daging masak kicap berlada.
b.     Telur dada sheila rusli ( hai semua!! Mari dekat-mari dekat)

-          Lepak kat padang (taman) dan beli ice blended
Perisa mocha +  tiramisu + cornflake= RM 1.80 ( murah sangat!!)
-          Teman caca g amek anak buah dia( azra) kat tadika..
-          Malam pulak, lepak je larr keje aku!
-          Caca bg aku serbuk “baking powder” ( boleh larr aku buat kek kowt!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kunjungan ku!!